Sunday, October 26, 2014

Anwar mungkin dipenjara atas 2 kesalahan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bukan saja beliau bakal berdepan hukuman penjara kerana kes liwat kedua, bahkan terdapat kemungkinan berdepan hukuman penjara tambahan atas dakwaan kes hasutan.

Katanya, meskipun beliau dipenjarakan kerana kes liwat yang bakal diputuskan Mahkamah Persekutuan, kemungkinan pihak berkuasa mahu beliau mendiami penjara lebih lama dengan kes hasutan.

Dalam wawancara di kediamannya di Segambut itu, Anwar nampak mesra dan tersenyum walaupun berdepan kemungkinan karier politik beliau akan sekali lagi dijejaskan dalam masa beberapa hari lagi.

Malah ada yang mengatakan karier politik Anwar bakal berakhir sekiranya dijatuhkan hukuman lebih lima tahun penjara.

"Kes (hasutan) ini diluar siasatan polis kerana mereka telah menutup kes ini. Tetapi ada arahan dari Putrajaya kepada Pejabat Peguam Negara (AG).

"Saya ada masalah dengan AG, (Tan Sri) Abdul Gani (Patail) kerana beliau menganggap ia peribadi, walaupun saya amat berhati-hati.

"Saya hanya bercakap menentang sistem, kemungkinan penglibatan perdana menteri (dalam kes Altantuya Shaariibuu) dan langsung tidak menyentuh AG.

"Saya diberitahu mereka (polis) perlu mengambil keterangan saya kerana mereka (kerajaan) mahu membuat pendakwaan (hasutan), dan sepatutnya ia disediakan minggu depan (selepas kes liwat)," kata beliau ketika wawancara dengan Malaysiakini.

-mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Anwar mungkin dipenjara atas 2 kesalahan "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx