Saturday, October 18, 2014

Apa gunanya PASma?

KUALA LUMPUR: Sekiranya niat penubuhan sesuatu badan bukan kerajaan (NGO) seperti PASma adalah untuk memecah belahkan parti, maka ia adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Menurut, Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GU), Ustaz Nor Azli Musa, kebanyakkan program-program yang dilaksanakan oleh PASma itu dilihat mempertikaikan kredibili Presiden PAS, kredibiliti Majlis Syura Ulamak dan pelbagai perkara lain.

“Kewujudan NGO itu haruslah membantu parti, tetapi jika tidak.membantu parti, apa gunanya.penubuhan parti itu?” soalnya.

“Jika parti tidak dapat bergerak menuju ke sesuatu perkara atas sekatan sebagai parti, maka NGO pula boleh masuk dan sertai untuk memperkasakan parti,” katanya lagi.

Nor Azli walaubagaimanapun setuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang melarang dan mengharamkan semua ahlinya untuk menyertai PASma. -fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Apa gunanya PASma? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx