Tuesday, October 7, 2014

Bajet 2015: Jaga kroni dan bodohkan rakyat?

PAS Perak menaruh harapan semoga bajet pada kali ini berkisarkan bajet prihatin rakyat, dan bukannya bajet yang menjaga kroni serta bajet yang membodohkan rakyat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Razman Zakaria, ia dilakukan untuk mengekalkan kuasa semata-mata.

“Dapat dilihat, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) langsung tidak memberi impak kepada ekonomi, rakyat dan juga negara.

Tambahnya, PAS Perak turut menanti pengisytiharan yang baik daripada bajet 2015 yang akan dibentangkan pada hari Jumaat ini.

“Kerajaan Umno, Barisan Nasional perlu sedar kuasa yang diberikan oleh rakyat seharusnya dapat memainkan peranan untuk memikir sesuatu usaha bagi meringankan beban dan kos sara hidup rakyat,” kata beliau lagi.

Jelasnya, kini, pendapatan pekebun kecil getah dan sawit merosot lebih daripada 50 peratus. Bahkan, sebelum ini juga, harga sawit sebelum PRU13 mencecah RM9 per kilogram namun sekarang serendah RM1.60 per kilogram.

“Sawit daripada RM900 berkurang sehingga sekitar RM300.00 hingg RM400.00 metrik tan. Penurunan harga komoditi ini dikatakan berpunca daripada kejatuhan harga pasaran dunia,” jelasnya.

Namun apa yang menghairankan ialah, diketahui harga pasaran dunia minyak mentah dunia ketika ini turun daripada USD 135/barel kepada sekitar USD 90/barel namun kerajaan Umno bertindak tidak seiring apabila menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

“Kenaikkan ini mendorong kepada kenaikan barangan lain dan perkhidmatan seterusnya menambahkan lagi beban yang dialami oleh rakyat.

“Ini belum lagi mengambil kira kesan daripada tindakan kerajaan menafikan tarif elektrik sebelum ini,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, penurunan pendapatan dan peningkatan kos sara hidup menjadikan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana amat tertekan.

“Fenomena ini mendorong rakyat terpaksa melakukan dua tiga pekerjaan untuk menampung perbelanjaan.

“Rakyat menghabiskan lebih daripada 12 jam sehari bekerja untuk menampung kekurangan pendapatan dan ini akan menyumbang banyak lagi perkara negatif dalam institusi masyarakat dan keluarga,” katanya.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Bajet 2015: Jaga kroni dan bodohkan rakyat? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx