Sunday, October 12, 2014

Benarkah Peguam Negara mendapat tekanan dari UMNO?

KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat mendesak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mendedahkan nama Ketua Bahagian UMNO yang hadir dalam pertemuan tertutup dengan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos lepas.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu Berkata sehingga kini tiada penafian yang dibuat oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara sepertimana yang dilaporkan media arus perdana.

Pihaknya juga menyeru Peguam Negara supaya menjawab beberapa persoalan melibatkan pertemuan tersebut.

Antara persoalan yang timbul ialah, adakah Peguam Negara terlalu menurut perintah pemimpin UMNO, siapa ketua bahagian UMNO yang terlibat dalam pertemuan tersebut dan mengapa baru sekarang Peguam Negara mengambil tindakan terhadap laporan polis yang sudah lama dibuat ahli UMNO.

“Sekiranya Peguam Negara gagal menjawab persoalan-persoalan diatas, persepsi orang awam adalah, beliau telah menyalahgunakan kuasa untuk kepuasan parti pemerintah.

“Keyakinan awam (public confidence) terhadap kebebasan dan pemerintahan keadilan yang adil juga tergugat,” katanya.

Dalam pada itu Mohamad Sabu berkata pihaknya juga memberi amaran keras kepada Peguam Negara agar menasihati kerajaan supaya memansuhkan Akta Hasutan sepertimana yang dijanjikan Perdana Menteri serta menarik balik kesemua pendakwaan ke atas individu yang telah didakwa di bawah akta tersebut.

PAS dan Pakatan Rakyat juga menyokong penuh Gerakan Hasutan Akta Hasutan (GHAH) yang menuntut supaya Akta Hasutan dihapuskan.

Beliau berkata pihaknya akan mengerahkan semua jentera akar umbi seluruh negara bagi melawan akta zalim ini.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri sidang media bersama Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di Pejabat Agung PAS Pusat.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Benarkah Peguam Negara mendapat tekanan dari UMNO? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx