Tuesday, October 28, 2014

BN Sarawak Hadapi Masalah Dalaman?

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) meramalkan kekuatan Barisan Nasional (BN) Sarawak akan tergugat jika masalah dalaman yang tercetus terutama membabitkan parti komponen SUPP dan SPDP tidak diatasi secara bijak.

Presiden PRS James Jemut Masing bimbang Sarawak yang selama ini sebagai “simpanan tetap” BN akan berakhir seandainya tiada tindakan penyelesaian dilakukan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Beliau berkata masalah dalaman yang menghantui SUPP dan SPDP yang berlarutan sehingga tertubuhnya parti politik baharu di negeri ini (Teras dan UPP) perlu diselesaikan segera.

“Tindakan beberapa orang bekas wakil rakyat BN yang menyertai Teras kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan Ketua Menteri baharu Adenan Satem merupakan ‘titik hitam’ dalam arena politik Sarawak,´ katanya pada Jamuan Malam Ulang Tahun Ke-10 PRS di sini, malam semalam.

“PRS tegas tidak bersetuju dengan cara dan masa Teras dibentuk. Saya menganggap rakan-rakan dalam SUPP, SPDP dan PBB juga berpendapat sedemikian.”

James Masing yakin parti komponen BN Sarawak tidak akan membenarkan Teras dan UPP menyertai ‘keluarga BN’ kerana parti baharu berkenaan telah menunjukkan sikap tidak setia kepada parti.

“Jangan harap Teras dan UPP akan diterima sebagai ‘keluarga BN’. Perkara ini mustahil berdasarkan kepada prinsip dan peraturan BN,” tegasnya.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " BN Sarawak Hadapi Masalah Dalaman? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx