Monday, October 6, 2014

Dua jemaah Malaysia meninggal dunia di Makkah

Makkah: Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia semalam, menjadikan keseluruhan yang meninggal dunia seramai sembilan orang.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jemaah haji Othman Abdullah@ Wee Chen Kian dari Kampung Sageng, Sarawak, 64, meninggal dunia di Pusat Perubatan Shisya yang dikendalikan Tabung Haji, manakala Abdul Hamid Hussain, 84, meninggal dunia di Hospital King Fadh.

Beliau berkata, kedua-dua jemaah itu meninggal dunia masing-masing akibat jangkitan di paru-paru dan penyakit jantung.

-mymetro
xxx2