Friday, October 17, 2014

Kes kunci nafsu kerana cemburu

PASIR PUTEH - Kerana cemburu, sebilangan manusia sanggup bertindak kejam dan di luar batasan agama dengan menggunakan perkhidmatan bomoh bagi mengunci nafsu sehingga mangsa hidup menderita.

Pengamal perubatan Islam, Mohd Hafiz Nor mendedahkan, akhir-akhir ini beliau lebih banyak mengendalikan kes seperti itu yang dilakukan dengan pelbagai kaedah.

Katanya, bagaimanapun kaedah memasukkan bahan dalam makanan dan minuman tidak lagi popular kerana sihir itu boleh dituju kepada mangsa dari jarak jauh tanpa perlu sentuhan fizikal.

Menurutnya, terdapat kes yang mana isteri muda mengenakan sihir menggunakan bantuan bomoh ke atas suami sendiri kerana didorong perasaan cemburu kepada isteri tua.

"Mangsa yang terkena sihir ini menjadi tidak bernafsu kepada mana-mana wanita dan lebih teruk, ada dalam kalangan mangsa mengalami sakit pada kemaluan serta seluruh badan berkudis.

"Dalam kes lain pula, ada sihir yang membuatkan suami dilihat jijik dan busuk oleh isteri sendiri. Semua ini dilakukan kerana manusia tidak berpegang teguh kepada agama," katanya.

Tambahnya, terdapat juga kes yang mana mertua mengenakan sihir ke atas menantu kerana kurang bersetuju dengan perkahwinan anaknya.

"Menantu akan jadi tawar hati dan hubungan suami isteri menjadi dingin. Lebih parah apabila menantu (perempuan) tidak diberikan nafkah zahir dan batin," jelasnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Tradisional Islam Al-Rukyah, di sini, semalam.

Mohd Hafiz berkata, rawatan menggunakan ayat al-Quran dilihat berkesan membuka semula nafsu yang dikunci menggunakan sihir, bagaimanapun semuanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

Tegasnya, sentiasa mendekati ALLAH SWT merupakan sesuatu yang perlu dilakukan kerana ALLAH SWT berkuasa atas segala-galanya.

"Ada sihir bertujuan 'menipu pandangan' menyebabkan orang disihirkan dilihat hodoh atau menakutkan sehingga ada satu kes yang mana anak kecil menangis kerana tidak mahu didekati ibu sendiri," katanya.

-sinar harian
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Kes kunci nafsu kerana cemburu "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx