Monday, October 20, 2014

Lepas ni kempen pegang babi pula?

PETALING JAYA: Selepas penganjuran acara ‘I Want to Touch a Dog’ mendapat sambutan daripada orang Islam yang kononnya ingin membuang stigma bagi orang Muslim khususnya orang Melayu, adakah selepas ini ada penganjuran saya ingin pegang babi pula, soal Pendakwah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias.

Menurut Ustaz Kazim, acara ‘I Want to Touch a Dog’ itu adalah satu agenda halus untuk meliberalkan agama Islam.

“Inilah jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam agar menjadi fahaman liberal dan plural. Nanti ada yang kata kenapa ustaz bising isu anjing dan kenapa tidak bising isu memegang bukan mahram yang tidak bertudung.

“Isu tersebut sudah pun saya tegur, tetapi dalam isu kempen anjing ini, ianya satu gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya,” katanya di dalam laman Facebooknya.

Tambah beliau, tidak salah untuk memegang anjing namun kenapa pihak penganjur tidak pula buat kempen ke masjid, menerima hudud atau menerima konsep Kalimah Allah,” soalnya.

“Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak mai (datang), lepas ini apa pula? Jangan-jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dan diternak dalam aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa.

“Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti perkara ini,” jelasnya.
Ujarnya, acara ini merupakan agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

“Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepas itu melarat ke makan babi pulak. -fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Lepas ni kempen pegang babi pula? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx