Tuesday, October 21, 2014

Malaysia rugi lebih RM4 bilion jika meterai TPPA

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendedahkan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan menyebabkan Malaysia kerugian bersih RM4.79 bilion setahun apabila nilai import akan meningkat lebih pantas berbanding eksport.

Badan Bertindak Bantah TPPA itu memetik laporan yang dikeluarkan pakar ekonomi kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Rashmi Banga yang mendedahkan nilai eksport Malaysia selepas perjanjian itu meningkat AS$1.5 bilion tetapi nilai import meningkat lebih tinggi iaitu AS$2.9 bilion.

"Oleh itu, eskport tolak import (BOT) untuk Malaysia dengan 11 negara rakan TPPA akan merudum sebanyak AS$1.465 (RM4.79 bilion). Lebihan dagangan akan jatuh daripada AS$19.84 bilion kepada AS$18.37 bilion.

"Ini bermakna Malaysia tidak akan mempunyai keuntungan bersih daripada peningkatan perdagangan yang terhasil daripada TPPA," kata Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Nizam Mahshar pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. –tmi
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Malaysia rugi lebih RM4 bilion jika meterai TPPA "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx