Wednesday, October 8, 2014

Mengapa PAS tidak puas hati dengan DAP

PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali meminta Lim Guan Eng supaya tidak mengeluarkan kenyataan secara terbuka yang boleh menggangu gugat Pakatan Rakyat (PR).

Beliau menambah bahawa setiap permasalahan yang melibatkan rasa tidak puas hati perlulah diperbincangankan supaya tidak berlaku percanggahan pendapat.

Jelasnya lagi, pendapat yang dikeluarkan oleh Guan Eng itu adalah bersifat peribadi sedangkan Guan Eng sepatutnya membuat perbincangan secara rasmi.

“PAS sendiri ada rasa tidak puas hati dengan DAP tetapi kita tidak mengeluarkan kenyataan secara terbuka dan akan bercakap perkara tersebut di tempat yang sepatutnya,” katanya semasa menghadiri bantahan pengajuran pesta arak Oktoberfest di Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Jelasnya lagi, semua ahli PR perlu menghormati syarat-syarat tahaluf siyasi yang telah dipersetujui bersama.

Khairuddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Guan Eng yang meminta supaya ahli PAS yang menjadi talam dua muka keluar daripada PR.
Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, sepatutnya Guan Eng membawa masalah tersebut melalui persidangan meja bulat.

Jelasnya lagi, walaupun pelbagai krisis yang berlaku dalam PR, PAS tidak akan keluar daripada PR seperti mana yang disarankan oleh Syed Ali Alhabshee.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi temubual bersama ‘The Malaysian Insider’ mengingatkan ahli PAS supaya menunjukkan diri dan jangan menjadi ‘talam dua muka’. Sekiranya mereka tidak ikhlas mereka perlu keluar dari PR.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Mengapa PAS tidak puas hati dengan DAP "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx