Wednesday, October 15, 2014

MP Ghapur tak puas hati syarikat Semenanjung 'rompak' lebuh raya

Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) tidak berpuas hati apabila kontrak lebuh raya merentasi Borneo, Pan Borneo Highway di Sabah didakwa diuruskan syarikat-syarikat dari Semenanjung.

Dua syarikat yang dimaksudkan itu adalah UEM dan MMC yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Syed Mokhtar Albukhary.

Menurutnya, senario itu menyebabkan surat layang mendakwa 'Umno merompak' diedarkan kepada orang ramai.

"Di Sarawak, (kontrak) diberi kepada syarikat dari Sarawak," katanya.

"Walhal di Sabah, bukan saya reka-reka, ada surat menyatakan Umno rompak lagi.

"UEM, MMC adalah syarikat Umno yang diketuai (Tan Sri) Syed Mokhtar Albukhary ambil alih semua jalan raya di Sabah," katanya.

Abdul Ghapur yang juga merupakan seorang wakil rakyat Umno berkata beliau pastinya akan membantah perkara itu jika dialog tentangnya diadakan.

"Ini apa jadi? Kalau ada dialog pun saya membantah," katanya.

"Kalau ini sudah betul, batalkan ini semua dan bagi pada orang Sabah.

"Tanya pada kerajaan negeri yang mana satu syarikat negeri, kita bagi.

"Ini balik-balik kita nampak orang Sabah ini apa jadi? Putih gigi sahaja.

"Kadang-kadang apa-apa yang perlu untuk Sabah, kita bagi untuk Sabah. Jangan kita bagi untuk Semenanjung," katanya lagi sambil menggesa Datuk Seri Najib Razak agar membetulkan keadaan itu.

-mk
xxx2

Komen Anda

1 Responses to " MP Ghapur tak puas hati syarikat Semenanjung 'rompak' lebuh raya "
Anonymous said...
October 16, 2014 at 5:33 PM

UNDI LAH BN


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx