Wednesday, October 8, 2014

PAS perlu keluar dari PR?

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, PAS dianggap bacul kerana sanggup menerima tomahan daripada Lim Guan Eng yang telah merendah-rendahkan maruah parti tersebut.

Syed Ali berkata, kenyataan terbaru Lim Guan Eng secara psikologinya mahu menendang PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) apabila secara terbuka meminta ahli PAS yang anti PR supaya menunjukkan diri dan jangan menjadi “talam dua muka’.

“PAS kena sedar diri dan sampai bila mahu membiarkan parti itu diejek dan dihina oleh DAP dan PKR yang tidak senang dengan PAS sejak kebelakangan ini.
“Kini terdapat anggota PAS sudah dilabelkan talam dua muka atau pembelot dalam PR, takkan Hadi Awang mahu berdiam diri. Tindakan Hadi Awang berdiam diri menampakkan sikap sebenar Presiden PAS yang gagal mempertahankan anggota sendiri bila ditohmah oleh Lim Guan Eng,” kata Syed Ali menerusi entri terbaru di blognya.

Jelas beliau, kesepakatan PAS bersama PKR dan DAP bukanlah untuk memperjuangkan kepentingan rakyat sebaliknya mahu menumbangkan kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum sahaja.

“Kini PAS sudah dilihat sebagai sampah dan langsung tidak berguna kepada perjuangan PR. PAS kena membuat keputusan muktamad keluar dari PR dan membuktikan parti itu berpegang kepada prinsip serta tidak gadai kepentingan Islam.

“Selagi PAS bersama PR selagi itulah PAS akan menjadi batu penghalang DAP menghapuskan keistimewaan Melayu dan menghalang parti itu mempertikaikan perlembagaan negara,” ujarnya.

Tambah Syed Ali, PAS seharusnya mengambil keputusan meninggalkan DAP dan PKR sebelum mereka ditendang keluar daripada PR.

Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menerusi temubual ‘The Malaysian Insider’ mengingatkan Ahli PAS supaya jangan jadi ‘talam dua muka’, sekiranya mereka tidak ikhlas mereka perlu keluar dari PR.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " PAS perlu keluar dari PR? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx