Friday, October 31, 2014

Pembangkang terus perbodohkan rakyat?

PETALING JAYA: Kegagalan pihak polis mengenakan sebarang tindakan terhadap fitnah yang dilakukan pihak pembangkang kononnya pemotongan subsidi semata-mata untuk program Permata Negara (Permata) akan memberi peluang kepada mereka (pembangkang) untuk terus memperbodohkan rakyat.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata pihak pembangkang akan mengambil peluang ini untuk terus memanipulasi usaha yang dilakukan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung Permata.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kegagalan pihak polis mengambil sebarang tindakan terhadap pembangkang selepas 20 hari laporan dibuat oleh beliau.

“Kenapa sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap pembangkang dan dimana Standard Operasional Prosedur (SOP) yang dilaungkan pihak polis sebelum ini,” katanya kepada media ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya hari ini.

Sebelum ini Naib Ketua Wanita PKR Haniza Talha mempertikai tindakan pihak kerajaan memotong subsidi rakyat dan memperuntukan RM 711 juta kepada program Permata.

” Dalam keadaan ekonomi negara yang agak sukar apabila subsidi dipotong dan rakyat menanggung beban, lebih baik duit yang diperuntukan itu dibelanja pada benda yang lebih berguna,” kata Haniza.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Pembangkang terus perbodohkan rakyat? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx