Tuesday, October 21, 2014

Penganjur ada 'ulat dalam kepala' kata Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjur program program kontroversi menyentuh anjing Ahad lalu sebagai ada “ulat dalam kepala”.

“Menganjurkan program khusus bagi menjamah anjing hanya dilakukan mereka yang seumpama ada ulat dalam kepala.

“Ia bertentangan dengan mazhab Shafei,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily pada program sambutan ulang tahun ke-24 pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) di Kota Bharu.

Nik Aziz juga dilapor berkata, sekarang timbul banyak aliran “bersifat liberal” dalam Islam dengan menimbulkan idea-idea pelik dan boleh dianggap sesat.

Katanya, ada pihak cuba melabelkan Islam sebagai liberal semata-mata bagi menghodohkan Islam.

Sedangkan, tambahnya lagi, demokrasi atau pelbagai kefahaman lain tidak pernah dilabel sebagai liberal, lapor akhbar PAS web PAS itu.

Penganjuran program “I Want to Touch a Dog” di Bandar Utama, Petaling Jaya Ahad lalu mencetuskan kontroversi setelah mendapat sambutan hangat umat Islam.

Sebahagian golongan ulama dan mufti tampil menyatakan bantahan dan rasa tidak senang mereka terhadap perbuatan yang dianggap tabu dalam masyarakat Melayu itu. -mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Penganjur ada 'ulat dalam kepala' kata Nik Aziz "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx