Thursday, October 23, 2014

Perwakilan India selar majikan Malaysia

Suruhanjaya Tinggi India menyelar majikan di Malaysia yang masih memberi layanan buruk kepada warganya yang bekerja dengan firma terbabit.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyatakan kekecewaan perwakilan India di Malaysia atas kejadian yang masih berlaku walau dengan kerjasama yang dijalin dengan Kementerian Sumber Manusia.

"Kami masih mendapatkan maklumat mengenai kes penganiayaan fizikal dan layanan buruk ke atas tenaga kerja India di Malaysia,” kenyataan itu dipetik.

Oleh itu, suruhanjaya itu kini akan mengurangkan keistimewaan kepada majikan Malaysia yang didapati bersalah dalam kes penganiayaan ke atas warganya.

Ia termasuk kemudahan visa dan kad Warga Asal India (PIO) ke atas majikan terbabit.

Kad PIO itu memberi kemudahan akses kepada warga asing yang mempunyai keturuan India.

"Kami merayu kepada semua majikan agar bekerjsama dengan Suruhanjaya Tinggi India dalam memastikan keselamatan, perlindungan dan kebajikan kesemua pekerja India yang diambil bekerja di Malaysia.”

Kenyataan itu timbul susulan laporan pemerhati hak asasi antarabangsa, Amnesty International pada 2010 yang mengkritik Malaysia kerana tidak banyak berusaha untuk mengekang kes penganiayaan seperti itu.

Laporan berkenaan antara lainnya menggariskan kes pekerja Bangladesh, Indonesia dan Nepal, yang dipaksa bekerja dalam keadaan berbahaya, dan tempoh kerja sehingga lebih 12 jam sehari. -mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Perwakilan India selar majikan Malaysia "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx