Wednesday, October 22, 2014

Pesalah seks Malaysia ke New Zealand hadapi tuduhan

Seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang menghadapi tuduhan serangan seksual akan tiba di New Zealand Sabtu ini, setelah proses ekstradisi yang lama tertangguh untuk mendakwanya di negara itu.

Muhammad Rizalman Ismail, yang kepulangannya ke Malaysia pada Mei lalu menimbulkan kekecohan kerana dia sebelum itu ditangkap atas tuduhan menyerang seorang wanita di Wellington, dijangka berlepas dari Kuala Lumpur pada hari Jumaat ditemani polis New Zealand.

Laporan media New Zealand mengatakan, sebaik tiba, beliau akan segera dibawa ke Mahkamah Daerah Wellington.

Menteri Luar Murray McCully dipetik berkata, sebuah mahkamah Malaysia mengarahkan ekstradisi Rizalman dan perkara itu sekarang berada "sepenuhnya dalam sistem kehakiman kedua-dua negara," menurut The Dominion Post.

"Mereka yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang bersusah payah memastikan akan wujud perbicaraan yang adil dan tidak akan timbul persoalan mengenai sebarang kecacatan dalam proses ini yang akan menjejaskannya.

“Saya menghormati proses ini, begitu juga saya harapkan kepada orang lain," akhbar itu memetik beliau sebagai berkata, mengulas spekulasi media tentang tarikh perbicaraan Rizalman. – TMI
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Pesalah seks Malaysia ke New Zealand hadapi tuduhan "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx