Saturday, October 11, 2014

Petrol tak kena GST, harga barang tetap naik

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan Bajet 2015 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, sewaktu pembentangan, Najib langsung tidak menyatakan cara-cara dan langkah bagi mengatasi masalah kebocoran, ketirisan, rasuah dan cara untuk melakukan tender secara terbuka terhadap beberapa projek mega.

“Perkara tersebut langsung tidak disentuh, bahkan jika tidak dibendung akan menyebabkan kos barangan meningkat secara tidak langsung,” katanya sewaktu ditemui media di lobi Parlimen selepas selesai pembentangan Bajet 2015.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyatakan jika tidak dicegah, ia juga akan menyebakan taraf hidup rakyat semakin meningkat ditambah pula dengan peningkatan harga minyak.

Katanya lagi, mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia bukan sahaja soal pengecualian semata-mata, tetapi dengan perlaksanaan GST pada April tahun hadapan pastinya akan meningkatan harga barangan.

“Ia adalah satu pendekatan yang pastinya akan meningkatkan harga barangan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, sewaktu pembentangan Bajet 2015, Najib telah mengumumkan penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) diberikan pelepasan GST.

“Kini, lebih RM 21 billion setahun diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG.

“Kesannya, peruntukan subsidi telah meningkat lebih 14 kali ganda daripada RM1.65 billion tahun 2002 kepada RM23.5 billion tahun 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah.

“Ini disebabkan peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada 2013,” katanya.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Petrol tak kena GST, harga barang tetap naik "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx