Monday, October 20, 2014

Tidak perlu berhimpun demi Anwar?

KUALA LUMPUR: Hasrat PKR untuk membawa rakyat turun ke jalanan bagi menyatakan solidariti terhadap Anwar Ibrahim yang akan berhadapan dengan keputusan rayuan kes liwatnya punya kebarangkalian yang tinggi untuk gagal, tidak seperti 1998.

Menurut Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris, beliau berharap supaya apa-apa keputusan yang dikenakan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diterima oleh Anwar.

Malah, tindakan PKR yang mengajak anak muda turun ke jalan hanya disebabkan oleh seseorang individu bernama Anwar Ibrahim adalah tidak perlu.

“Menjadi lumrah bagi anak muda suka membangkang dari apa-apa segi. Namun saya berharap agar anak muda rasional dan waras. Berkumpul hanya disebabkan oleh seorang individu adalah sesuatu yang tidak perlu,” katanya sewaktu dihubungi FMT.

Pada masa yang sama, Irwan turut mengharapkan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan berkenaan perhimpunan itu.

“Hanya disebabkan Anwar seorang, orang ramai menjadi susah,” katanya lagi.
Sebelum ini, Angkatan Muda PKR sudah pun melancarkan kempen #RakyatHakimNegara bagi mengumpul sokongan untuk Anwar apabila mengadakan flashmob dan ceramah di depan Istana Keadilan di Putrajaya pada 28 Oktober semasa pendengaran di Mahkamah Persekutuan bermula.

Anwar menghadapi Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober bagi keputusannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menukar pembebasan kes liwatnya.

Roadshow seluruh negara “Solidariti dengan Anwar” yang menganjurkan ceramah dari negeri ke negeri juga akan bermula Selasa ini dan berakhir di kemuncak acara di Stadium Kelana Jaya pada 27 Oktober. -fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Tidak perlu berhimpun demi Anwar? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx