Saturday, October 11, 2014

Umno Sabah gembira dengan Bajet 2015

KOTA KINABALU: Bajet 2015 yang bernilai RM 273.9 billion yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak pada Jumaat disokong sepenuhnya oleh Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan beberapa pemimpin Umno Sabah.

Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata bajet itu adalah yang terbaik, realistik dan merupakan rahmat bagi rakyat.

Beliau berkata, Perdana Menteri memberi tumpuan spesifik dalam budget terhadap pembangunan infrastruktur awam, keselamatan, pembangunan pertanian dan penyeragaman harga barangan.

“Bajet 2015 memberi penekanan yang berterusan terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah melalui pengagihan RM27 billion untuk Lebuhraya Pan Borneo, pembaikan jalan di pedalaman dan usaha untuk menghasilkan lebih banyak usahawan Bumiputera di Sabah dan Sarawak,” kata Musa.

Musa berkata bahawa Najib memberi penekanan kepada keseimbangan di antara “ekonomi modal” dan “ekonomi rakyat”, untuk memastikan pembangunan yang adil dan menyeluruh untuk seluruh negara.

Sejumlah RM 660 juta juga telah diagihkan untuk meningkatkan keselamatan Sabah dengan menambah aset keselamatan di Eastern Sabah Security Zone (Esszone).

“Bajet ini adalah penerusan tradisi dalam menjaga kebajikan rakyat, terutamanya melalui peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” kata Musa.
Beliau menekankan bahawa perbelanjaan berhemat yang dirancang di bawah Bajet 2015 akan memastikan bahawa ekonomi akan kekal kukuh, mampan dan berdaya saing dalam menempuh ekonomi global yang lembap.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Masidi Manjun berkata pemberian subsidi khas kepada pengusaha padi bukit adalah sesuai dan tepat pada masa kerana padi bukit lebih susah untuk ditanam berbanding dengan padi sawah.

Menteri Belia dan Sukan Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata bajet yang baru dibentangkan ini sebagai lebih mesra belia berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Jainab Ahmad berkata bajet itu mempunyai pelbagai pakej kebajikan untuk rakyat yang akan mendatangkan manfaat kepada keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana di Sabah.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Umno Sabah gembira dengan Bajet 2015 "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx