Friday, October 31, 2014

UMNO tidak bela Melayu?

PETALING JAYA: Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda PAS Malaysia (LPTB PPM) Ahmad Zamri A’sad Khuzaimi kesal dengan tindakan pemimpin UMNO yang tidak tampil memberi bantuan atau membela keluarga Melayu di Kampung Chubadak Tambahan yang dihalau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sepatutnya UMNO yang memperjuangkan slogan ‘hidup Melayu’ tampil terlebih dahulu membela rakyat terutmanya melibatkan orang Melayu Kampung Chubadak.

“Mungkin slogan ‘Ketuanan Melayu’ atau ‘Rakyat Didahulukan’ hanya untuk membela rakyat yang mesra UMNO sahaja tetapi rakyat seperti penduduk kg Chubadak ini dibiarkan merempat dan menderita,” katanya.

Tambah beliau, PAS merasa sedih dan kecewa dengan insiden rumah pasangan keluarga Melayu di Kampung Chubadak yang dirobohkan tempoh hari walau mereka telah menetap disitu sejak 45 tahun lalu.

Beliau juga menyeru pihak kerajaan supaya lebih serius dalam menangani isu-isu berkaitan perkampungan tradisi/warisan dan satu polisi khas perlu diwujudkan bagi mengawal dan melindungi perkampungan tersebut.

Pindaan juga perlu dibuat kepada beberapa peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi melindungi perkampungan tradisi/warisan ini daripada terus diganggu-gugat dengan sewenang-wenangnya.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " UMNO tidak bela Melayu? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx