Monday, November 3, 2014

Dakwa PAS sesat, saman menanti

PAS berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan merujuk kepada Lajnah undang-undang PAS bagi tindakan susulan, lapor Harakahdaily.

"Kita mengecam kenyataan Tengku Adnan yang menuduh‎ PAS sebagai sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.

"Kita akan mendapatkan nasihat daripada Lajnah Undang-Undang bagi mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada Setiausaha Agung Umno itu," katanya seperti dilapor portal itu.

Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, semalam.

Beliau turut mendakwa Umno merupakan parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.

-mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Dakwa PAS sesat, saman menanti "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx