Sunday, November 2, 2014

Utusan bidas MCA jangan sibuk isu pakaian wanita Islam

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini melancarkan kritikan terhadap Naib Presiden MCA Datuk Chew Mei Fun, menuntut supaya beliau tidak campur tangan dalam hal-hal mengenai pakaian Islam.

Hal ini susulan kritikan Chew berhubung operasi oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu untuk mengenakan denda terhadap wanita Islam yang tidak memakai tudung atau berpakaian sopan.

"Kepada Mei Fun, biarlah kod etika wanita Islam ditentukan oleh orang Islam. Yang bukan Islam tidak perlu masuk campur atau menyibuk kerana kepentingan politik yang sempit sekaligus menghina orang Islam," kata Penolong Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain dipetik.

Menulis dalam ruangan Anekdot Ahad dalam akhbar mingguan itu, Ku Seman menegaskan orang Islam tidak pernah menyibuk cara berpakaian wanita bukan Islam kecuali pada acara tertentu yang menuntut mereka menghormati dengan menutup aurat.

Dalam tulisannya juga, Ku Seman berpendapat peraturan atau undang-undang yang dilakukan adalah sesuatu yang baik kepada wanita Islam di Kelantan atau di seluruh negara demi menjaga maruah dan martabat wanita.

Akhbar itu juga melaporkan Ku Seman berkata orang Islam juga tidak pernah menganggap hal itu sebagai kongkongan termasuk etika berpakaian kerana "Islam ada kod etika sendiri yang kadangkala bukan Islam kurang memahami."

"Misalnya ada sesetengah dalam kalangan bukan Islam boleh menerima seks luar nikah sebagai satu cara hidup, pemimpin yang dilibatkan dengan isu ini tidak terjejas kerjaya politiknya.

"Tetapi dalam Islam tidak boleh. pemimpin yang terlibat dengan seks luar nikah akan tersungkur di tepi pentas ppolitik," katanya dalam ruangan itu.

Sehubungan itu, dalam tulisannya, Ku Seman menggesa Chew menyediakan fakta bukan tuduhan yang mengelirukan bahwa menguatkuasakan peraturan itu akan menjejaskan usaha melahirkan mebih banyak usahawan wanita.

-mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Utusan bidas MCA jangan sibuk isu pakaian wanita Islam "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx