Saturday, December 13, 2014

Salahkan Google punca bahasa Melayu ‘cincai’?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, laporan itu menggunakan bahasa yang bermutu rendah, cincai dan nampak malas.

"Barangkali kerana begitu tergesa-gesa mahu menyiapkan laporan terbabit, pihak yang bertanggungjawab menyediakan naskhah rasmi dalam Bahasa Kebangsaan akhirnya menggunakan khidmat penterjemahan Google sahaja, dan menghasilkan terjemahan yang begitu rendah mutunya bagi sebuah laporan bertaraf 'Diraja'," kata Kit Siang.

Beliau berkata, 200 muka surat awal laporan itu seakan-akan tiada masalah, dan menggunakan bahasa ringkas.

"Namun jika dicermati betul-betul kita akan mendapati terjemahan yang diberikan adalah dibuat secara langsung (direct translation) daripada teks asal dalam Bahasa Inggeris dan kedengaran seperti ditulis oleh murid sekolah rendah sahaja.

"Terdapat juga kejanggalan pada cara laporan RCI merujuk saksi-saksi. Kadang kala ia merujuk saksi sebagai ‘beliau’, dan ada kalanya pula menggunakan perkataan ‘dia’.

"Seolah-olah wujud perbezaan kasta dalam kalangan saksi-saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya tersebut," kata Kit Siang (gambar, kiri).

Sehubungan itu, beliau melihat gesaan kerajaan Melaka yang mahukan sekolah menggunakan tulisan Jawi untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan boleh ditempelak.

"Cukup sekadar menunjukkan kepada mereka mutu terjemahan laporan RCI Sabah yang dikemukakan kerajaan pada 3 Disember lalu," katanya.

Kit Siang berkata, dengan sekali imbas, dapat dilihat ringkasan terhadap keterangan yang diberikan saksi ditulis semula secara ringkas dan bermutu rendah.

"Tidak hairanlah kenapa laporan RCI ini kehilangan 5,000 muka surat selebihnya yang sepatutnya memuatkan nota-nota keterangan saksi," katanya.

Malah, terdapat juga perenggan yang lucu apabila dibaca, kata Kit Siang, memberikan contoh berikut: "Kami mula, kerana adalah perlu bagi kami dalam menetapkan asas yang sepatutnya, dengan meneliti secara ringkas perpspektif sejarah berhubung dengan penghijrahan awal orang dari Filipina ke Sabah termasuk penghijrahan yang berikut selepas itu. Penghijrahan ini adalah tersendiri, ditentukan pada dasarnya dan dengan berkesan oleh masa, hal keadaan dan peristiwa. Terdapat 3 peringkat yang terlibat."

Menurut Kit Siang, perenggan tersebut pelik dan janggal.

"Barangkali kerana ketergesaan menterjemahnya daripada teks asal berbahasa Inggeris telah menghasilkan kerja yang cincai dan tidak membawa makna. Sukar juga untuk kita fahami perenggan ini dan apa sebenarnya yang ingin disampaikan," katanya.

"Kejanggalan dalam penterjemahan ini adalah disebabkan penterjemahan terus secara cuai dan malas daripada teks asal berbahasa Inggeris."

Beliau berkata, penulisan laporan ini yang menggunakan gaya penulisan penghakiman pastinya lebih baik mutunya sekiranya tidak dibuat secara sambil lewa.

"Banyak lagi contoh-contoh yang boleh kita dapati dalam laporan ini yang akan membuat pengamal bahasa merasa jelik.

"Seandainya inilah mutu penterjemahan dokumen rasmi kerajaan yang sedari awalnya tidak pun ditulis dalam bahasa kebangsaan, bagaimanakah kerajaan boleh membuktikan ia benar-benar mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan bagaimana pula gesaan menggunakan papan tanda dengan tulisan Jawi boleh membantu kakitangan kerajaan untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan lebih baik dan bukan secara cincai," katanya.

Beliau berkata, disebabkan mutu laporan itu, berkemungkinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjauhkan diri ketika majlis pelancaran laporan berkenaan.

"Tidak hairanlah kenapa Najib pun menjauhkan diri daripada pelancaran laporan ini dan hanya menyerahkannya kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dengan tidak seorang pun menteri kabinet Persekutuan hadir." – -tmi
xxx2

Komen Anda

1 Responses to " Salahkan Google punca bahasa Melayu ‘cincai’? "
co wendy said...
December 26, 2014 at 10:40 AM

Since 1993, the Discount LV Handbags Philippine government and the CPP-led "National Christian Louboutin Bois Dore Democratic Front" peace talks, but has been unable Christian Louboutin Daffodile to reach a substantive peace agreement. Last April, the christian louboutin remise 50% Philippine government to the CPP "lack of Discount Louis Vuitton sincerity and political will" on the cheap christian louboutin grounds announced the termination Bags Louis Vuitton of negotiations, ugg and the "National Democratic Front" Air Jordan 11 Gamma Blue accused the Aquino government unwilling to abide by the agreement reached by the previous government and its leading dim prospects for peace.Last December, Cheap Louis Vuitton Handbags the Central Committee christian louboutin of the uggs outlet Communist Party of the Philippines ugg boots said in discount christian louboutin a statement accusing commemorate ugg australia the 45th anniversary of the establishment of the Aquino government issued its cheap jordans no intention to negotiate a just peace by claiming that the CPP has not expect Cheap LV Handbags to wholesale jordan shoes restart peace talks with ugg soldes the Aquino government, "except to cheap nike jordan shoes wait for the next administration took office after negotiations, but had no choice. " "National Democratic Front," chief negotiator Jialanduoni earlier this year, also said that President christian louboutin shoes Aquino has not demonstrated to achieve a just peace in the "political will" through negotiations, peace talks between the Aquino discount nike jordans government for uggs on sale the "National Democratic Front" "Do not hold expectations."According to Knox Kabbah revealed during the celebration of the 46th anniversary of the establishment of the Communist Party ugg pas cher of the Philippines, the Philippine military will remain on high alert.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx