Saturday, January 24, 2015

Apakah ada Ancaman Isis di Sabah?

Ancaman kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) di Sabah akan menjadi serius jika tiada langkah proaktif diambil untuk memeranginya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar), hari ini.

Beliau berkata Malaysia melihat ancaman ini sebagai perkara yang serius dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri membentangkan Kertas Putih mengenai ancaman Isis di Parlimen November lalu.

"Sekurang-kurangnya kita bertanya soalan (tentang bagaimana untuk melawan ancaman), sekurang-kurangnya kita mempersiapkan diri. Jauh berbeza daripada apa yang sedang dihadapi oleh negara-negara lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan, hari ini.

Hishammuddin yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Labuan dan Sabah berkata keseriusan kerajaan dalam menangani perkara itu juga ditunjukkan dengan memaklumkan kepada rakyat mengenai jumlah rakyat yang ditahan kerana terlibat dengan kegiatan Isis.

Beliau berkata hasil maklumat risikan, saki baki militan Darul Islam masih menjadikan pantai timur Sabah sebagai tempat mengembangkan ideologi mereka yang sealiran dengan Isis.

Hishammuddin berkata terdapat pula kumpulan bersenjata dari selatan Filipina seperti Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro dan Abu Sayyaf yang membuat kenyataan terbuka menyokong perjuangan Isis dan mengisytiharkan kesetiaan kepada kumpulan militant itu.

Katanya, ancaman ini menjadi lebih kompleks apabila wujud rangkaian antara militan Malaysia, Indonesia dan Filipina untuk membentuk kumpulan Isis Asia Tenggara yang dikenali sebagai Katiban Nusantara Lid Daulah Islamiyah.

"Penggabungan ini jika berlaku akan mempertingkatkan keupayaan kepakaran dalam membuat bahan letupan, aspek bantuan logIsistik, dana dan latihan persenjataan peperangan," katanya.

Beliau menjelaskan, ancaman-ancaman yang wujud ini menuntut kerajaan dan Kementerian Pertahanan melaksanakan pelbagai inIsisiatif dan pendekatan bagi memperkasakan pertahanan dan keselamatan di Sabah berdasarkan pengalaman insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Katanya, ini termasuk menaik taraf Pangkalan Udara Labuan sebagai lokasi strategik menjaga ruang udara negara khususnya di Sabah dan menambah baik sistem persenjataan beberapa aset udara. – Bernama,
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Apakah ada Ancaman Isis di Sabah? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx