Thursday, January 15, 2015

Nurul Izzah diceraikan talak satu

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini secara rasminya berpisah dengan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Ini ekoran Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Mahkamah hari ini mendengar berhubung hak penjagaan anak mereka tetapi berakhir dengan lafaz cerai.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. -mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Nurul Izzah diceraikan talak satu "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx