Thursday, February 12, 2015

Bolehkah Obama bebaskan Anwar dari penjara?

Sebuah petisyen terhadap Barrack Obama sedang diusahakan supaya presiden Amerika Syarikat (AS) itu memainkan peranan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petisyen orang ramai itu mensasarkan kutipan 100,000 tandatangan supaya gesaan mereka layak disemak Rumah Putih sebelum dimajukan kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.

Kenyataan rasmi harus dikeluarkan selepas itu.

Petisyen itu dirancang diserahkan kepada Obama pada 12 Mac depan.

Baru 24 jam, petisyen di laman khas disediakan Rumah Putih itu kini sudah berjaya mengumpulkan hampir 20,000 (ketika berita ini ditulis) sokongan pelbagai pihak.

Petisyen itu antaranya menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas “tuduhan yang direka-reka”.

"Masa depan demokrasi di Malaysia sedang dipertaruhkan.

“Pembebaskan Anwar Ibrahim dari penjara harus menjadi keutamaan dalam dasar AS terhadap Malaysia, untuk menjadikan maju dalam pelbagai bidang,” menurut petisyen itu.

Antara paling banyak sokongan

Menurut undang-undang AS, hak mempetisyen presiden termaktub dalam perlembagaannya supaya orang ramai dapat mengetengahkan pelbagai isu untuk perhatian negara itu.

Bagi memudahkan orang ramai, Rumah Putih menyediakan sebuah laman khas atas talian.

Antara pelbagai petisyen dikemukakan terhadap Obama (kiri), petisyen berkaitan Anwar menjadi antara yang paling banyak mendapat sokongan setakat ini.

Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam mengundang kebimbangan antarabangsa terhadap ketelusan sistem kehakiman Malaysia.

AS turut menyatakan perkara itu melalui kenyataan jurucakap Rumah Putih Bernadette Meehan. -mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Bolehkah Obama bebaskan Anwar dari penjara? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx