Wednesday, October 19, 2016

Kenapa Perlu Guna Ular dalam kolam?


Kementerian Pelajaran mahu tindakan diambil terhadap pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertanggungjawab dalam insiden melibatkan pelajar dipaksa mengharungi kolam diletakkan ular.

"Saya harap APM akan siasat pegawai yang mengarahkan (letak ular itu) supaya perkara ini tidak berlaku lagi," kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi hampir tiga minit tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan murid perempuan meredah kolam yang dimasukkan ular di dalamnya.

Kamalanathan yang melahirkan rasa kesal atas kejadian itu berkata, pegawai APM tersebut sudah diberitahu oleh guru yang mengiringi pelajar terbabit supaya tidak membuang ular ke dalam kolam semasa sesi bina semangat tersebut.

"Tetapi pegawai itu kata jangan khuatir, ular itu tidak berbisa.

"Ini bukan isu (ular) bisa tak bisa tetapi ada trauma terhadap kanak-kanak ini. Mereka budak kecil, masih sekolah rendah," kata Kamalanathan.

Beliau juga mengesahkan sekolah tersebut sebelum ini telah menghantar pelajar untuk menjalani latihan tetapi ini adalah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

"Biasanya mereka hanya akan meminta pelajar untuk lari melalui kolam, itu sahaja," katanya.

Sementara itu, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dilaporkan telah membuat laporan mengenai perkara itu dan siasatan sedang dijalankan.

Jurulatih, pembantu digantung

Kamalanathan berkata, sekolah terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan Beluru juga diarahkan supaya berurusan dengan keluarga dan pelajar terlibat bagi menjalani sesi kauseling.

"Kita sedang minta sekolah untuk berurusan dengan keluarga untuk sesi kaunseling kepada anak-anak yang terlibat.

"Ini pertama kali berlaku, memang APM beri kerjasama dengan kementerian pendidikan di seluruh negara, tidak pernah ada masalah dan saya pasti apa yang berlaku di Kuala Kangsar tidak akan lagi berlaku," katanya.

Sementara itu, empat jurulatih dan enam pembantu APM Kuala Kangsar itu dilaporkan digantung serta merta daripada menjadi tenaga pengajar program bina jati diri sehingga siasatan selesai.

Pengarah APM Perak, Kol Pertahanan Awam Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata pihaknya mendapati berlaku pelanggaran operasi standard ketika berkenaan dijalankan.

Katanya, hasil maklumat awal yang diperoleh mendapati jurulatih melempar dua ular sawa ke dalam kolam yang perlu dilalui oleh sekumpulan pelajar perempuan.

"Pengurusan APM Pusat dan negeri sangat kecewa dengan kejadian ini kerana jurulatih yang berada di tempat kejadian melanggar SOP sedia ada.

"Kegagalan untuk mematuhi SOP tidak sepatutnya berlaku dan kita akan menjalankan siasatan terhadap kesemua mereka dan memastikan keadilan serta hukuman setimpal diberi mengikut prosedur tatatertib APM," katanya seperti dilaporkan Harian Metro Online.

-mk
xxx2

Komen Anda

1 Responses to " Kenapa Perlu Guna Ular dalam kolam? "
Master Sgp said...
October 23, 2016 at 11:02 PM

SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI ALIH,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI ALIH DAN AKHIRNYA AKI ALIH MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI ALIH SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI ALIH …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI ALIH: 082==313==669==888



>> KLIK DISINI ANGKA TOGEL KUTU 2D 3D 4D 5D 6D <<<




Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D dan alhamdulillah saya dpat Rp 150 juta dan semuaini
berkat bantuan angka dari AKI ALIH]
karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
hubungi AKI ALIH] DI 082==313==669==888
insya allah beliu akan menbatu k40esusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx