Friday, November 11, 2016

Jelajah BERSIH, universiti tahan aktivis pelajar

Seorang aktivis dari gabungan pelajar Kesatuan Mahasiswa Malaysia ditangkap di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di Gombak pada kira-kira jam 2:30 petang ini.

Aktivis pelajar Ashraff Nazrin Noor Azman dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan adalah yang pertama untuk berucap pada pelancaran siri jelajah BERSIH5 di kampus UIA.

Ketika dihubungi, Pengerusi KMM Anis Syafiqah Md Yusof mengesahkan kejadian itu dan berkata bahawa Ashraff telah dibawa ke Balai Polis Gombak.

"Ashraff ditahan kerana dia adalah yang pertama untuk berucap.

"Mereka (polis) merampas mikrofon beliau," katanya kepada Malaysiakini.

Anis Syafiqah berkata polis diletakkan dalam keadaan bersiap sedia ketika mereka tiba di kampus petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Ali Ahmad ketika dihubungi berkata pengawal keselamatan UIA yang menahan Ashraff Nazrin dan kemudian menyerahkannya kepada pihak polis.

“Bukan polis yang tangkap, pihak (keselamatan) UIA yang tahan pelajar tahan itu ketika pasang speaker.

“Dia dihantar ke balai polis Gombak lepas sembahyang (Jumaat). UIA yang membuat laporan polis. Kita akan temuduga dulu sebelum buat pertuduhan atau tidak,” katanya.

-MK
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Jelajah BERSIH, universiti tahan aktivis pelajar "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx