Thursday, November 24, 2016

Kerana DUIT anak beranak sanggup bertikam

Pertengkaran dua
beranak yang sama-sama menganggur berpunca daripada ma­salah kewangan
berakhir de­ngan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati
ditikam dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Ehsan Jaya, Desa
Cemerlang di sini malam kelmarin.








Dalam kejadian pada pukul 7 malam, Azrul Hanafi, 23, mati selepas dia
cedera di dada kiri. Mayat Azrul ditemui di ruang tamu rumah. Bapa
Azrul yang berusia 54 tahun pula cedera terkena tikaman di dada kiri dan
perut.




Azrul merupakan anak sulung daripada empat beradik. Kejadian menyedihkan itu disaksikan ibu mang­sa, Nor Hasidah Hashim, 49.




Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd. Aziz
berkata, siasatan tragedi itu dikatakan berpunca daripada mangsa yang
didakwa tidak berpuas hati dengan bapanya berkaitan kewangan.




Menurut beliau, masalah dan perselisihan faham antara kedua-dua
beranak yang tidak bekerja itu sudah lama dan pergaduhan malam kelmarin
merupakan kemuncaknya.




“Ketika polis tiba di rumah teres dua tingkat itu, kita mengambil
masa kira-kira sejam untuk memujuk dan berunding dengan si bapa yang
enggan menyerah diri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Kerana DUIT anak beranak sanggup bertikam "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx