Friday, November 11, 2016

Najib berdendang, berjoget dengan presiden Filipina

Kemesraan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte terserlah dalam lawatannya ke Malaysia minggu ini.

Najib antaranya meraikan presiden lantang negara itu dalam majlis makan malam, yang antaranya menyaksikan kedua-dua mereka berduet menyanyikan lagu.



Pilihan mereka lagu popular 70-an "Sha La La La" oleh kumpulan glam rock Denmark, The Walkers.

Duterte kelihatan bersahaja menyanyikan lagu itu manakala Najib pula tampak lebih menghayati apabila menyanyi sambil berjoget dan tersenyum.

Turut berkongsi pentas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Video itu dimuat naik ke atas talian oleh kakitangan Duterte.

Najib memang peminat lagu-lagu 70-an ketika mendedahkan senarai lagu di telefon bimbitnya.

“Saya ada lagu 70-an yang saya selalu dengar. Tetapi saya juga suka lagu lebih baru seperti Bruno Mars. Saya suka Bruno Mars.

“Saya juga suka penyanyi-penyanyi antaranya, seperti Lionel Richie and Stevie Wonder and Motown,” ketika ditanya sama ada beliau ada membeli lagu di atas talian.

Sementara itu, dalam majlis makan malam itu, Duterte turut mendendangkan lagu klasik "Wind beneath my wings" oleh Bette Midler.

Najib pula turut menyanyi lagu Cliff Richard "Young ones".
-MK
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Najib berdendang, berjoget dengan presiden Filipina "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx