Thursday, December 15, 2016

Kenapa Mahfuz Bertindak Berbeza Dengan Pendirian Partinya

Dato Mahfuz Omar, ahli parlimen Pokok Sena dan merupakan seorang bekas Naib Presiden PAS. Beliau ialah salah seorang anggota G-18 dari kumpulan progresif yang menghadiri perhimpunan "Jasamu Dikenang" di Jeram Muar pada Jun 2015 dimana terhasilnya DEKLARASI BAKRI yang memutuskan sebuah parti baharu ditubuhkan.

Setelah sebuah NGO bernama Gerakan Harapan Baru yang kemudiannya mewujudkan Parti Amanah Negara, majoriti anggota Geng 18 menyertainya tetapi Mahfuz memilih untuk kekal di dalam PAS.

Namun sikap dan tindakan beliau untuk terus berada di dalam PAS telah menyebabkan PAS menjadi pening dan mabuk kerana Mahfuz sentiasa bertindak berbeza dengan pendirian partinya, PAS.

Di dalam parlimen, beliau masih bersuara lantang mengkritik dan membelasah dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional, tidak seperti anggota PAS yang lain yang tiba-tiba menjadi tikus mondok, tak tahu untuk berhujjah setelah 6 orang ahli parlimennya yang terdiri dari professional dan pemidato yang hebat telah menyeberang ke parti Amanah.

Di saat partinya sentiasa mengambil sikap berkecuali di dalam undian belah bahagi di parlimen, Mahfuz pula mengambil tindakan disebaliknya. Beliau mengambil pendirian yang seiring dengan rakan-rakannya di dalam Amanah dan Pakatan Harapan.

Beigtu juga dengan perhimpunan BERSIH. Sekalipun PAS mengambil pendirian untuk tidak menyertainya, Mahfuz hadir di kedua-dua BERSIH 4 dan BERSIH 5 untuk menyatakan sokongannya terhadap perjuangan BERSIH.

Masyarakat umum mengetahui dan melabelnya sebagai "harum manis" - satu istilah untuk menggelar mereka yang diluarnya diluarnya hijau tetapi di dalamnya oren, di zahirnya PAS tetapi di dalam hatinya sudah Amanah!

Mahfuz belum menyertai Amanah tetapi beliau telah menghantar anaknya bernama Muhammad Mujaheed Mahfuz untuk menyertai parti itu.

Kendatipun demikian, PAS masih belum memecat Mahfuz seperti mana mereka tidak teragak-agak memecat Husam Musa di Kelantan.

Sebelum ini GB ada mencabar PAS untuk mengambil tindakan terhadap ahli parlimen dan ADUN-ADUNnya yang menyertai BERSIH, tetapi ternyata PAS tidak berani melakukannya. Pelbagai alasan diberikan oleh PAS untuk menutup kegentarannya untuk memecat kononnya tidak mendapat laporan dan seumpamanya.

Soalnya kini, bersediakah PAS kehilangan wakil rakyat mereka di parlimen dan DUN yang kini semakin susut bilangannya setelah ramai meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH?

Lagi dipecat lagi ramai yang menyertai AMANAH menjadikan AMANAH semakin kukuh dan kuat. Dan lebih ramai ahli-ahli PAS yang lain akan menyeberangi ke AMANAH sepertimana yang berlaku ke atas pemecatan Husam Musa di Kelantan.

Kita mengalu-alukan PAS memecat wakil-wakil rakyat itu. Ada berani?


Mahfuz lantang di dalam dan di luar parlimen. Hujjah-hujjahnya mantap dan tidak mampu ditangkis oleh kawan dan lawan.

Semalam, di dalam satu majlis ceramah anjuran Amanah Tangga Batu Melaka, Mahfuz memberikan sebab-sebab mengapa beliau mengambil pendirian yang berbeza dengan partinya.

Diantaranya beliau mempersoalkan mengapa kita harus berpisah diantara satu sama lain hanya kerana kita berbeza dari sudut parti politik.

Beliau meluahkan rasa tidak gembiranya dengan pendekatan politik ektreme dengan sikap yang menuduh mereka yang meninggalkan parti dan menubuhkan parti lain sebagai pengkhianat.

"Ini bukan pendekatan politik yang boleh membawa kepada kesejahteraan. Nabi yang kita peringati di dalam setiap kali sambutan keputeraan Nabi tidak pernah mengajar kita memutuskan hubungan silatur-rahim di kalangan umatnya," ujarnya.

Mengulas mengenai pendekatan "satu lawan satu" Mahfuz menyatakan ia bergantung kepada cara bagaimana kita berfikir di mana jika kita berfikir dengan cara yang serupa maka kita akan bertemu pada titik yang satu.

"Kita kena bersatu, untuk apa? Untuk negara kita. Kita tidak boleh mumutuskan (hubungan) diantara satu sama lain. Kita mesti eratkan hubungan kita ini. Kita mesti berganding bahu dan melangkah bersama untuk masa depan negara. -gb

xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Kenapa Mahfuz Bertindak Berbeza Dengan Pendirian Partinya "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx