Thursday, December 15, 2016

Lagu Yuna disenarai pendek untuk pencalonan Oscar

Sebuah lagu nyanyian Yuna disenarai pendek untuk pencalonan Anugerah Oscar bagi kategori lagu asal terbaik.

Lagu 'On Ghost Ridge' adalah antara 91 lagu yang disenarai pendek untuk pencalonan Oscar, menurut portal hiburan IndieWire.



Lima daripada lagu-lagu itu akan dicalonkan untuk Anugerah Akademi ke-89.

Pencalonan akan diumumkan pada 24 Januari tahun depan, manakala majlis anugerah akan diadakan pada 27 Februari 2017.

'On Ghost Ridge' telah ditulis dan dihasilkan oleh komposer yang pernah memenangi Anugerah Emmy, Nicholas Pike.

Lagu ini telah dipaparkan dalam dokumentari "100 Years: One Woman's Fight For Justice".

Dokumentari itu berkisar mengenai aktivis Orang Asli Amerika, Eloiuse Pepion Cobell, yang mencabar salah urus dana amanah bagi masyarakat pribumi di repubik itu.

Ini bukan kali pertama lagu nyanyian Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai telah disenarai pendek untuk pencalonan Oscar.

"Shine Your Way" telah disenarai pendek bersama 74 lagu-lagu lain untuk pencalonan di Anugerah Akademi ke-86.

Lagu berkenaan merupakan nyanyian Yuna bersama band Amerika Owl City.

Lagu itu telah dipaparkan dalam filem animasi "The Croods" tetapi tidak dicalonkan.

Sementara itu, album Yuna, 'Chapters' baru-baru ini turut tersenarai dalam 10 Album R&B Terbaik Billboard 2016: Pilihan Pengkritik.

-mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Lagu Yuna disenarai pendek untuk pencalonan Oscar "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx