Perniagaan Internet : Apa yang boleh saya jual..?

Peniagaan Internet adalah perniagaan yang dijalankan secara online. Apa sahaja produk atau perkhidmatan yang anda jual di Internet boleh disebut sebagai Perniagaan Internet.

Perkembangan perniagaan Internet masa kini amat menggalakkan. Ini didorong oleh beberapa kebaikan yang nyata memberikan kelebihan untuk ramai usahawan menceburi perniagaan Internet ini. Kebaikan inilah yang membolehkan sebilangan daripada usahawan memperolehi pendapatan yang lumayan dan ada dikalangan mereka yang telah bergelar jutawan.

Sebenarnya banyak produk atau perkhidmatan yang boleh anda jual di Internet. Anda boleh menjual produk anda sendiri sama ada produk fizikal atau produk Digital.

Produk Atau Perkhidmatan Sendiri

    • Produk Fizikal – mencari produk fizikal yang mempunyai permintaan tinggi
    • Produk Ebook – berkaitan dengan kepakaran anda
    • Perkhidmatan menyelesaikan masalah orang lain
    • Seminar atau latihan kepada orang ramai

Produk Atau Perkhidmatan Orang Lain

  • Produk Affiliate – menyertai program affiliate
  • Pengiklanan Affiliate – google adsense, adnow, nufnung, dan sebagainya
  • Produk Dropship – menjadi orang tengah menjual produk fizikal
  • Perniagaan Pelaburan Forex
  • Perniagaan MLM – promosi perniagaan MLM melalui internet

Senarai di atas adalah sebahagian produk atau perkidmatan yang boleh anda jual di Internet. Anda perlu pilih yang mana sesuai dengan kepakaran, kebolehan dan minat anda terhadap sesuatu produk tersebut. Lakukan satu persatu perniagaan tersebut supaya anda boleh fokus untuk meningkatkan jualan ke tahap yang lebih lumayan.

-mustahing.com