Futsal wanita ‘ajar’ Hong Kong

Pasukan futsal wanita kebangsaan berjaya mengekalkan momentum kemenangan apabila menewaskan Hong Kong 2-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa futsal wanita kelas ”A” di Real Sport Arena, di sini malam ini.

Hong Kong bagaimanapun terlebih dahulu berada di hadapan apabila Wai Ki Cheung menjaringkan gol pada minit ke-13 hasil rembatan daripada jarak dekat.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan Malaysia bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Norhawa Md Yasin pada minit ke-35, selepas penjaga gol gantian pasukan Hong Kong, Naau Yau Cheung dipersalahkan kerana memegang bola terlalu lama.

Hanis Farhana Shamsul Azizan muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-37 perlawanan.

Pada aksi persahabatan pertama semalam, Malaysia menewaskan Hong Kong 5-3. – BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/295150