UCL : Setiap pemain dapat RM11 juta

KEJAYAAN Real Madrid menjulang Liga Juara Juara (UCL) menyaksikan pemain skuad menerima bonus terbesar dalam sejarah bola sepak profesional.

Kelab gergasi Sepanyol itu meraih gelaran berganda memenangi gelaran Eropah dan juara La Liga untuk kali pertama dalam tempoh 59 tahun.

Pemain akan menerima £2 juta (RM11j) setiap seorang atas kejayaan musim ini.

Struktur bonus dilakukan di Madrid berbeza kerana jumlah bonus terbabit adalah keputusan peribadi presiden kelab Florentino Perez berbanding apa ditulis dalam kontrak dengan pemain seperti yang dilakukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perez yang kini berada pada penggal keempat selaku presiden kelab dan dikenali dengan minatnya untuk membentuk skuad berstatus bintang Galacticos termasuk membawa masuk David Beckham ke Real Madrid dijangka lebih pemurah berbanding apa pernah dilakukannya sebagai apa dianggap pencapaian terbaik kelab sejak 1958.

-hmetro