Harga petrol akhirnya turun

Selepas 11 minggu harga petrol tidak turun-turun, pengguna akhirnya boleh menarik sedikit nafas lega.

Penurunan berlaku setelah harga petrol RON95 dan RON97 menunjukkan trend menaik bermula sejak 6 Julai atau selama 11 minggu.

Untuk minggu mendatang, mulai jam 12.01 tengah malam ini, RON95 dan RON97 akan dijual lebih murah.

Harga runcit baru RON95 ditetapkan pada 2.19 seliter (2sen lebih murah) manakala RON97 pula RM2.49 seliter (turun 3sen).

Harga diesel juga dilaporkan turun dan akan dijual pada harga RM2.10 seliter (turun 4sen).

Sebelum ini, harga minyak naik hampir setiap minggu sejak 6 Julai lalu.

Dalam tempoh itu, perubahan harga tidak berlaku hanya dua kali, iaitu pada 20 Julai dan 24 Ogos.

Harga minyak diumumkan setiap Rabu.

Ia ditetapkan secara mingguan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.

Mekanisme baru ini diperkenalkan sejak April lalu.

-malaysiakini.com/