Tiada SST untuk penerbangan antara bandar di Sabah, Sarawak

Kerajaan hari ini mengumumkan semua penerbangan antara bandar di Sabah dan Sarawak dikecualikan SST bulan depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pengecualian diberikan kerana kebiasaannya pengangkutan udara satu-satu pilihan praktikal untuk bergerak antara bandar di 2 negeri itu.

“Pengecualian diberikan jika anda terbang dari Kuching ke Bintulu atau Miri, atau dari Kota Kinabalu ke Tawau, contohnya. Tetapi anda akan dikenakan SST untuk perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuching,” katanya di taklimat bersama Ketua Pengarah Kastam T Subromaniam hari ini.

Beliau berkata pengecualian tidak akan diberikan untuk penerbangan di Malaysia Barat kerana jarak perjalanan yang dekat antara bandar senegeri. -FMT