4 penjuru di PRK Cameron Highlands

Pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands akan bermula hari ini yang akan menyaksikan Pakatan Harapan (PH) cuba mencipta sejarah untuk merampas kerusi itu dari BN buat kali pertama.

BN memecah tradisi dengan tidak meletakkan calon dari MIC di parlimen itu dan sebaliknya meletakkan Ramli Mohd Nor, yang bukan ahli mana-mana parti gabungan BN.

Ramli, anak tempatan dan bekas pegawi kanan polis, kini dilihat merupakan calon pilihan untuk memenangi PRK itu kerana beliau dijangka mendapat sokongan pengundi Melayu dan Orang Asli, yang merupakan kira-kira separuh daripada jumlah pengundi.

PH pula meletakkan M Manogaran, seorang peguam yang membuat cubaan ketiga untuk memenangi kerusi Cameron Highlands.

BN telah memenangi kerusi Cameron Highlands oleh sekerat pada tahun 2013 dan 2018. -MK