Jangan bawa parti kamu ke Sabah

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sudah bertemu Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaikan kebimbangan mengenai laporan mendakwa parti Semenanjung itu akan menubuhkan cawangan di Sabah.

“Ya, saya telah berjumpa dengannya dan memberi pendapat saya,” kata ketua menteri Sabah kepada pemberita hari ini.

“Perkara yang terbaik ialah kekalkan persefahaman kita sebelum pilihan raya,” katanya.

Peristiwa ahli-ahli politik negeri meninggalkan Umno Sabah menyemarakkan khabar angin mendakwa PPBM akan melebarkan sayap ke Sabah, walaupun Dr Mahathir setakat ini menafikan parti itu akan dilancarkan di negeri itu.

Bekas pengerusi Umno Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor dilapor yakin PPBM akan mengambil langkah itu tidak lama lagi.

Shafie hari ini berkata Warisan disokong komuniti-komuniti Bumiputera Sabah.

“Ini tidak bermakna kita tidak disokong komuniti bukan Bumiputera.

“Kerajaan Sabah stabil, kami ada 45 daripada 60 kerusi negeri, jadi sayap harap kita berpegang kepada apa yang telah disepakati,” katanya.

-FMT