Kemaskini Data Bantuan Sara Hidup 2019

Penerima BSH fasa pertama sebelum ini wajib kemaskini Bantuan Sara Hidup secara online atau hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran.

Kegagalan mengemaskini maklumat BSH akan menyebabkan permohonan BSH anda tidak akan diproses dan kemungkinan anda tidak akan menerima BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos nanti.

 Antara maklumat yang diperlukan ketika proses kemaskini termasuklah:

  •  Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris 

Segala maklumat tanggungan BSH 2018 tidak akan dibawa ke sesi pembayaran seterusnya. Jadi anda perlu membuat pendaftaran semula maklumat anak yang terkini. Ini termasuklah segala maklumat sokongan yang perlu anda kemukakan sekali lagi untuk kelayakan BSH 2019. 

 Slip gaji tidak diperlukan memandangkan LHDNM akan menggunakan data dari agensi berkaitan untuk pengesahan maklumat pendapatan pemohon Bantuan Sara Hidup. 

 Dan sekiranya pasangan anda yang telah menerima BSH 2018 telah meninggal dunia, anda boleh membuat permohonan baru menggunakan maklumat status perkahwinan terkini. 

 Jangan sesekali menggunakan maklumat palsu ketika mengemaskini permohonan anda. Sekiranya didapati bersalah anda boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BSH. 

Tarikh tutup kemaskini BSH 2019 adalah pada 15 Mac nanti. 

CARA KEMASKINI BSH ONLINE 

 Kemaskini secara manual boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDNM. 

 Bagi kemaskini BSH secara online, layari portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my/ 

 Kemudian pilih MyBSH dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Setelah berjaya log masuk ke dalam sistem kemaskini BSH, sila semak dan lengkapkan maklumat permohonan yang terkini. Dan jangan lupa untuk lengkapkan maklumat bank dengan memasukkan nombor akaun bank yang masih aktif.