Tak logik Umno bagi PAS RM90 juta..?

Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata adalah tidak masuk akal jika parti itu menyalurkan dana sebanyak RM90 juta kepada PAS bagi menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Secara logiknya takkan Umno beri RM90 juta kepada PAS untuk menumbangkan Umno.

“Saya sendiri kalah kepada PAS (pada Pilihan Raya Umum lalu),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pemuda pembangkang di Semenyih petang tadi.

Menurut Asyraf beliau yakin isu yang dibangkitkan Pakatan Harapan (PH) itu tidak akan merencatkan kempen BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 16 Februari nanti.

Asyraf sebaliknya berkata isu RM90 itu membuktikan PH ketandusan idea sehingga terpaksa membangkitkan perkara yang tidak relevan.

Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SRPM) sebelum ini membuka siasatan berhubung dakwaan parti Islam itu menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Umno.

Ia susulan satu laporan polis yang dibuat selepas PAS menyelasaikan saman berhubung kontroversi itu di luar mahkamah dengan pemilik portal Sarawak Report, Browne Clare.

Anggota jawatankuasa PAS pusat, Nik Muhammad Abduh Nik Aziz, bekas timbalan presiden PAS, Nashruddin Mat Isa antara yang sudah dipanggil SPRM bagi merakam kenyataan.

-MK