Sabahdaily » artikel umum

Mengawal emosi dalam berpolitik
Umum berpendapat tidak salah berpolitik, tetapi apa yang penting adalah mengawal emosi semasa berceramah, berkempen dan berhujah. Jika emosi tidak dikawal akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Calon yang menang perlu mengawal emosi agar tidak terlebih gembira hingga menyebabkan pihak yang kalah berasa terhina. Begitu juga calon kalah perlu mengawal emosi dan menerima kekalahan dengan seadanya

Di mana-mana apa juga isu politik menjadi menarik dan panas. Seperti kopi panas ada manis dan ada juga terasa pahitnya, begitulah kehidupan. Sebagai pemerhati atau penyokong juga perlu mengawal emosi bagi menyelaraskan tindakan. Emosi yang baik akan menghasilkan tindakan waras, justeru berpolitik tanpa kawalan emosi akan menghasilkan tindakan kurang baik.

Menurut kajian, manusia adalah makhluk beremosi yang dapat digunakan sewajarnya untuk menegakkan kebenaran dan membenci atau memerangi kebatilan. Emosi tersebut meliputi perasaan suka, duka, kasih sayang, benci, marah, riang, sedih, bangga, dukacita, kecewa, bahagia, derita dan sebagainya. Manusia yang tidak beremosi dikatakan tidak seimbang.

Keseimbangan, jasmani, emosi, rohani dan intelek sangat penting. Jelaslah emosi perlu dipupuk dan dibangunkan agar insan yang menggunakan emosi ini dapat mengawal dengan sewajarnya. Sebagai contoh sentiasa mencintai kebenaran dan kebaikan, dan membenci kezaliman dan keburukan yang berlaku dalam masyarakat.

Memetik kata-kata John Dewey, pemisah emosi yang panas hanya dengan akal dingin, adalah suatu tragedi. Menurut John Morley, anda tidak dapat memperlihatkan emosi juga tidak dapat mematikan cita-cita.

Bagi mengelakkan emosi yang terlampau, hanya dengan akal dingin dan waras. Kewarasan hanya dapat mengawal segala-galanya. Jika tidak waras dalam mesyuarat cawangan atau bahagian, kerusi boleh terbang melayang-layang disebabkan kemarahan.

Emosi adalah perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira dan takut. Beremosi mempunyai emosi sementara emosional adalah cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan. Dalam hal ini, setiap daripada kita mestilah bijak mengawal emosi dalam melakukan sesuatu. Emosi yang terkawal ialah bertindak mengikut akal bukan perasaan.

Sifat marah dapat dikawal dengan emosi yang tenang dan akal yang bijaksana. Apabila akal sempurna tindakan yang dilakukan adalah lebih waras dan baik. Dalam kehidupan kita tidak digalakkan terlalu beremosi yang boleh mempengaruhi perasaan dan hati. Ceramah yang disampaikan melalui kempen-kempen politik mestilah dikawal dengan emosi yang baik.

Ada orang menjadi agresif kerana tidak dapat mengawal emosinya. Oleh itu kawal emosi dengan akal yang bijaksana supaya apa yang kita bicarakan, atau apa yang kita lakukan lebih sempurna dan positif hasilnya. Emosi yang terkawal akan menghasilkan sifat baik hati, tenang dan pencetus minda ke arah berfikiran terbuka.

Memetik kata-kata, J C Hare, lidah adalah wakil kebatinan kita, menunjukkan kecerdasan fikiran, keluasan kefahaman, kedalaman penyelidikan, kebanyakan pengalaman dan melambangkan kegagahan dalam kemanisan seseorang.

Peradaban yang baik melalui didikan agama akan mengawal emosi. Orang yang beradab akan sentiasa menjaga lidah dan bicaranya. Orang yang beradab juga tidak akan memburukkan orang lain melalui kata-katanya. Dia sentiasa menjaga dan mengawal emosi serta perkataannya agar tidak menyakiti hati orang lain.

Oleh DR AMINUDIN MANSOR

Penulis ialah penyair, bekas pendidik. PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.

Hancurnya Umat Kerana Rosaknya Ulama
Ulama adalah orang yang memang dihormati sama ada oleh orang awam mahupun pemerintah ataupun penguasa. Penghormatan para alim ulama ini bukanlah pada keturunannya, bukanlah pada pangkatnya tetapi mereka dihormati kerana ilmunya. Semakin alim seseorang itu, semakin dihormati mereka itu.

Benarlah kalam Allah yang bermaksud, “ Allah mengangkat darjat orang yang berilmu itu beberapa darjat”. Dengan penghormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah ini, membolehkan mereka menjadi wasilah untuk mengajak masyarakat kembali kepada ajaran islam yang syumul sebagaimana yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Malang seribu kali malang, hari ini institusi ulama mula dipandang hina dalam masyarakat. Hari ini suara ulama tidak lagi dipandang tinggi, tunjuk ajar mereka tidak lagi dituruti, akhlak mereka mula dikeji. Segalanya ini bukanlah salah mereka yang mengeji, bukanlah salah orang yang tidak menuruti, namun sikap yang ditonjolkan oleh ulama itu sendiri menyebabkan segalanya ini berlaku. Lihat sahaja, ulama bersuara apabila persoalan yang akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka ditimbulkan, namun diam menyepi apabila persoalan  umat ditimbulkan demi menjaga kedudukan dan kepentingan peribadi masing-masing. Mereka inilah ulama-ulama su’ yakni ulama jahat. Sabda Nabi Muhammad s.a.w, “diakhir zaman nanti lahirnya ulama su’.”

Jahatnya ulama ini tidaklah perlu dilihat apabila mereka bersuara, cukup mendapat gelaran su’ apabila mereka diam tentang sesuatu perkara demi menjaga hati pemerintah ataupun menjaga kedudukan mereka seperti mereka yang bergelar mufti. Lihat sahaja, dalam soal pembakaran lilin diperak oleh pemimpin pembangkang yang berugama islam, pantas fatwa dikeluarkan ianya haram. Lihat sahaja dalam soal penggunaan ayat al-quran oleh pemimpin pembangkang yang non-muslim, dengan pantas mufti bersuara membantahnya. Namun apabila soal pemerintah Negara yang mengambil yahudi menjadi penasihat dalam pentadbiran Negara, kebanyakkan bisu seluruh mulut ulama su’ ini bagaikan terkena sumpah. Lihat pula apabila kerajaan menimbang untuk membenarkan perjudian sempena FIFA piala dunia, diam tanpa tiada suara yang membantah oleh para mufti su’ ini.

Allah Azza Wa Jalla melarang keras kepada orang islam yang menjadikan orang-orang yahudi itu sebagai penolong ataupun sahabat mereka sebagaimana firmanNya dalam surah al-maidah pada ayat 51. Dalam ayat itu, dengan jelas Allah menegaskan bahawa, “barangsiapa yang mengambil mereka(yahudi dan nasrani) menjadi wali(pembantu), maka mereka termasuk dalam golongan mereka”. Dalam persoalan judi juga, Allah menegaskan dalam firmanNya dalam surah al-maidah pada ayat 90 bahawa judi itu adalah perbuatann keji dan ianya termasuk perbuatan syaitan. Ayat tentang judi dan mengambil orang yahudi sebagai penolong ini adalah ayat yang jelas dan bukannya ayat mutasyabihat. Oleh itu hukumnya adalah haram dan berdosa besar bagi mereka yang melakukannya. Namun, isu yang besar ini, yang melibatkan seluruh umat islam, tiada mufti yang berani bersuara, tiada hukum yang dikeluarkan, segalanya kerana mereka menjaga kedudukan dan kepentingan masing-masing. Inilah mufti ataupun ulama yang jelas dari pandangan zahir, adalah ulama su’ iaitu ulama jahat.

Sesungguhnya aku kasih pada para alim ulama walaupun aku bukan daripada kalangan mereka. Namun, aku PALING BENCI kepada alim ulama iaitu orang yang ada ilmu, tetapi ilmunya itu hanyalah untuk diri mereka sendiri lantas merosakkan umat islam seluruhnya. Mereka ada ilmu, tetapi tidak mampu untuk menegur mereka yang salah. Mereka ada ilmu, tetapi tidak berani untuk mengatakan kebenaran. Segala ilmunya itu langsung tiada manfaat, malah ilmunya itu akan melaknat tuannya hingga diazab dengan seksaan yang pedih dihari kemudian.  Nabi Muhammad s.a.w mengelar orang yang berilmu iaitu ulama, tetapi tidak menyatakan kebenaran, mereka itulah sebenarnya ‘syaitan bisu’.  Sesungguhnya rosaknya umat ini kerana rosaknya para ulama. -Tranungkite

Kehidupan moden ancam tradisi dan budaya masyarakat
Perkembangan kehidupan moden hari ini memperlihatkan generasi muda lebih banyak menghabiskan masa di depan televisyen dan juga komputer sehingga mengakibatkan mereka leka dan tidak mengambil tahu tentang identiti serta kebudayaan mereka.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, berbeza dengan zaman 50an dan 60an, pesta Kaamatan begitu dekat kepada semua masyarakat Kadazandusun terutamanya golongan muda.

“Namun berbeza pada hari ini, generasi muda semakin kurang mengambil tahu mengenai latar belakang kebudayaan mereka.

“Ini kerana mereka mempunyai dunia dan aktiviti sendiri sehingga ada kalanya mengakibatkan hubungan diantara ibubapa dan anak tidak sebegitu rapat jika dibandingkan dengan kehidupan keluarga zaman dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perayaan Pesta Kaamatan peringkat Mukim Toboh, Tambunan, dekat sini, pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Presiden KDCA Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Presiden SAFA Datuk Lawrance Gimbang, Pengerusi Penyelaras KDCA Tambunan dan Daniel Kinsik Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Welfredoline Jakil, Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Angor, Jurutera JKR Daerah, Petrocelli Joseph, Penolong Pegawai Daerah, Thomas Logijin, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Laiwon Dalus, dan pengerusi penganjur bersama, OKK Augustine Badi Kandawai dan Robert Yandiu.

Pairin berkata, pada zaman dahulu, sebelum kewujudan televisyen, komputer dan sebagainya ibubapa dan anak-anak begitu rapat dan lebih banyak masa diluangkan bersama khususnya pada waktu malam yang mana sebelum tidur biasanya ibubapa akan ‘manangon’ (bercerita) kepada anak-anak.

‘Tangon-tangon’ bukan sekadar cerita yang menghiburkan tetapi merupakan satu bentuk pendidikan tidak formal kerana dalam tangon tersebut terkandung segala kepandaian, kemahiran, kebudayaan, adat resam serta pantang larang masyarakat Kadazandusun.

“Selain itu, ia juga mampu merapatkan hubungan diantara anak dan ibubapa. Bagaimanapun hari ini, budaya tangon-tangon ini semakin dilupakan,” katanya.

Beliau berkata, atas sebab itu, ramai antara generasi muda kini kurang memahami budaya dan adat resam mereka. “Sebagai contoh sudah ramai orang tidak mengetahui kegunaan rotan yang sebenarnya boleh ditonjolkan dalam pelbagai bentuk seperti seni bina dan tidak tertumpu kepada pembuatan kraftangan sahaja.

“Apa juga kemahiran yang kita warisi daripada nenek moyang perlu diperturunkan kepada generasi muda kerana semua ini boleh kita pertunjukkan kepada pelancong-pelancong yang datang khususnya pada musim perayaan pesta kaamatan,” katanya.

Salain itu katanya, semakin sedikit masyarakat Kadazandusun pada hari ini yang memakai pakaian tradisi meskipun pada musim perayaan.

“Pakaian tradisi haruslah menjadi kebanggaan dan pergunakan musim perayaan seumpama ini untuk menunjukkan kecantikan pakaian tradisi kita kepada pelancong,” katanya.

Justeru itu Pairin berkata, semua pihak harus mengambil inisiatif mendidik anak-anak dengan tradisi serta kebudayaan suku kaum masing-masing agar tidak pupus ditelan zaman. -NST

Media Blog Mengatasi Media Konvensional?
Tidak dinafikan blog, sebahagian daripada media baru, mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia dan mempunyai pengaruh yang agak besar terhadap rakyat Malaysia.

Atas sebab tertentu secara perlahan ia menafikan pengaruh media konvensional seperti televisyen, radio dan akhbar sebagai sumber utama maklumat.

Kehadiran media baru memupuk proses ketamadunan sesuatu negara melalui pengwujudan masyarakat yang peka dan berinformasi, namun ia juga membuka ruang manipulasi oleh pihak tertentu.

Situasi ini menimbulkan persoalan sejauh mana cabaran media baru kepada masyarakat dan negara dan apakah impaknya terhadap pemikiran masyarakat dan masa depan negara.

Pensyarah Fakulti Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata media baru ialah satu bentuk “kepercayaan baru” yang merentasi sempadan politik, ekonomi, budaya, kaum dan agama.

“Ia dianuti hampir semua masyarakat dunia,” katanya kepada Bernama di sini.

Media baru amat berpengaruh dalam kalangan generasi muda kerana mereka rata-ratanya celik IT dan memiliki sikap ingin tahu yang tinggi.

Atas fakta ini, wujud kebimbangan dalam kalangan pemerintah sekiranya media baru itu dimanipulasi dan dijadikan alat subversif oleh kelompok berkepentingan.

Contoh paling dekat ialah bagaimana blog tertentu digunakan untuk mengeruhkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia berhubung beberapa isu berbangkit baru-baru ini.

Sekalipun perkara ini tidak dipaparkan di media tempatan, mereka yang aktif dalam dunia siber tahu mengenainya.

Dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat multietnik, cabaran media baru dilihat lebih kritikal.

BUKAN BEBAS MUTLAK

Di Malaysia media baru berpusat kepada Internet ini tidak ditapis.

Rakyat di negara ini diberikan hak untuk mengakses apa saja maklumat dan memaparkan pandangan mereka sama ada di blog dan portal berita online mengikut garis panduan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Akta ini turut memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta polis mengambil tindakan sewajarnya jika pengamal media baru ini melampaui undang-undang ditetapkan.

Antara peruntukan terbabit ialah Seksyen 211 dan Seksyen 233 AKM 1998 terhadap pemberian kandungan jelek dan mengenai penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian.

Antara yang dilarang mengikut seksyen di atas ialah komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelek sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Sehingga Julai tahun ini, 52 kes disiasat di bawah Seksyen 233/211 melibatkan emel dan laman web.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, sebanyak 11 kes didakwa di mahkamah antarnya kes membabitkan lapan individu yang menghantar komen menghina Sultan Perak.

Malah di Amerika Syarikat, terdapat penulis blog didakwa di mahkamah kerana melanggari undang-undang negara itu.

ANCAMAN SIBER

Di Malaysia, ancaman siber dilihat semakin berbahaya dan hakikat itu juga diakui Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Malah Dr Rais menyifatkan “ancaman” siber itu sebagai amat berbahaya daripada musuh nyata seperti komunis kerana ia boleh memasuki kamar serta pemikiran generasi muda tanpa disedari.

Hakikat itu turut disokong Prof Dr Musa Abu Hassan yang berkata generasi muda mudah terpengaruh kerana mereka tidak dapat membezakan antara fakta, maklumat dan fitnah.

“Akses kepada Internet luas. Kalau dulu sebuah TV setiap rumah tetapi Internet ada pada setiap orang,” kata profesor Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT) daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang itu.

“Blog buat orang rasa bebas dan tidak terikat. Mereka lebih percaya media baru ini berbanding media konvensional yang ada kekangannya sendiri,” kata Prof Musa.

Beliau berkata proses “media convergence” (contohnya Youtube.com) yang menggabungkan teks dan visual) juga menyebabkan kenapa golongan muda meminati media baru yang lebih dinamik.

“Apa yang bermula sebagai blog yang bersifat peribadi menjadi perkongsian sosial,” kata Prof Musa sambil berhujah media baru lebih diminati generasi muda selepas televisyen, radio dan akhbar dianggap mereka sebagai mewakili suara kelompok tertentu sahaja.

Saiful Nujaimi Abdul Rahman dalam buku “Kewartawan Malaysia: Praktis dan Cabaran” menulis bahawa antara dilema dalam blog ialah pembaca tidak dapat membezakan antara maklumat dan fakta.

Pensyarah komunikasi daripada UPM itu menyatakan bahawa maklumat, asasnya ialah perkhabaran benar, palsu dan keliru dan bergumpal bersama manakala fakta ialah maklumat yang melalui beberapa proses saringan.

“Logiknya, bolehkah kita mempercayai keseluruhan maklumat yang datang dari sumber yang tiada lesen penerbitan, tiada kewibawaan pemberitaan yang jelas, dan tiada agensi yang dapat dipertanggungjawab atas maklumat dipaparkan?,” kata Saiful Nujaimi dalam bukunya itu.

PENGARUH KEPADA REMAJA

Kemunculan media baru juga dikaitkan dengan golongan remaja, di mana menurut satu kajian baru-baru ini, golongan itu menghabiskan masa selama 16 jam seminggu untuk melayari Internet, dengan atau tanpa disedari ibu bapa masing-masing.

Ruang inilah yang membuka kepada pornografi di Internet yang kini menjadi tumpuan kerajaan menerusi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Namun apa yang penting keterbukaan kerajaan kepada pengamal media seharusnya tidak dijadikan lesen untuk menabur dakyah dan fitnah kepada mana-mana pihak termasuk kerajaan.

Dalam konteks ini generasi muda harus bijak memilih apa yang disaji di Internet, sekalipuan kajian umum menunjukkan hanya 23 peratus pembaca blog yang percaya bulat-bulat dengan apa yang mereka dapati secara online.

“Kita perlu sedar sensitiviti pihak terlibat ketika memberi komen atau berhujah,” kata Prof Musa sambil berkata akta sedia ada sudah memadai untuk memantau dunia siber di negara ini.

Sepertimana kata Dr Abu Hassan, “media adalah etika ibarat irama dan lagu ia tidak boleh dipisahkan”, kerana itu ia seharusnya dimanfaat ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya.

– BERNAMA

Wanita dan Kesuburan
Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.

Waktu subur boleh dikenalpasti sendiri melalui:

1. Pusingan Haid (menstruasi):

Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur. Pegeluaran benih akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar).

Satu pusingan haid – ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.

Oleh yang demikian adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan cahaya mata senantiasa merekod tarikh bagi keluaran haid dalam buku catatan khas – yang mengandungi carta suhu badan.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

2. Catatan Suhu Badan:

Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar “ovulation thermometer”. Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.

Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:

1. Ujian Darah:

Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

2. Ujian D & C:

Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak.

3. Pemeriksaan Fizikal:

Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:

Buah dada

Kilang tiroid pada leher

Sistem peranakan.

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

4. Pemeriksaan Laparoskopi:

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

5. Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)

Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.

Tips Untuk Hamil
Anda ingin hamil? Berikut ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk hamil.

Sebenarnya, saya menerima begitu banyak sekali pertanyaan dari rakan rakan ibu di Mengandung.com yang berbunyi; “Bagaimana saya boleh mengandung? Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengandung?

Dan ada juga yang bertanyakan dalam bentuk yang lebih khusus iaitu, bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks (waktu subur wanita), berapa kali perlu dilakukan, posisi dan cara serta kaedah terbaik semasa hubungan seks untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil.

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme – klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:-

Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:-

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks:-

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:-

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.

Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.

-mengandung.com

Implikasi demonstrasi anti-Islam di London
Berikutan ulang tahun peristiwa 11 September 2003, satu demonstrasi diadakan di London, Britain bagi membantah keganasan peristiwa itu. Kebanyakan pesertanya terdiri daripada mereka yang dianggap sebagai golongan perkauman, rasis, atau ultra nasionalis, merujuk kepada penganut fahaman kebangsaan pelampau. Di antara penunjuk perasaan itu juga adalah dari kalangan apa yang disebut sebagai fasis baru, atau neo-fasis.

Parti golongan ini ialah Parti Nasionalis Britain (BNP), sebuah parti yang menolak kehadiran pendatang asing ke Britian. Mereka menunjukkan sikap anti orang Asia, dan khususnya juga menentang Islam. Susur galur BNP boleh sampai kepada parti fasis negara yang bersekutu dengan parti Nazi Jerman menjelang Perang Dunia Kedua.

Golongan neo-fasis atau neo-Nazi mempunyai pengikut yang tidak kurang ramai di seluruh Eropah. Kalau dahulu pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua sasaran mereka ialah orang Yahudi, tetapi selepas perang itu, kebencian mereka adalah kepada pendatang dari Asia dan Afrika. Oleh kerana kebanyakannya orang islam, maka dengan sendirinya kebencian mereka beralih kepada orang Islam.

Keadaan bertambah buruk apabila berlaku 11 September 2003 yang mengukuhkan lagi kepercayaan mereka bahawa Islam adalah agama keganasan. Untuk menghapuskan keganasan, apa yang perlu dilakukan ielah menghapuskan Islam. Apa yang disebut sebagai neo-nazi, neo-fasis atau ultra-nasionalis kini dapat diungkapkan sebagai Islamofobia.

Anasir-anasir Islamofobia atau fahaman membenci Islam ini berada di banyak negara Eropah dengan mereka memiliki parti politik sah dan mempunyai pengaruh politik ke atas pilihan raya negara masing-masing serta juga proses demokrasi yang berlaku. Justeru, walaupun fahaman mereka ternyata tidak logik dan tidak bertamadun, tetapi kesan penentangan mereka pasti wujud dalam landskap politik negara masing-masing.

Maka hari ulang tahun peristiwa 11 September merupakan tarikh paling sesuai bagi golongan ini mengadakan demonstrasi untuk melemparkan perasaan benci mereka terhadap Islam. Kata-kata dan sikap mereka tidak terhad kepada soal keselamatan sedangkan itulah isu utama, tetapi merangkumi juga hal politk, dan yang memedihkan lagi ialah penghinaan terhadap Islam.

Tunjuk perasaan anti-Islam dan berbentuk Islamofobia ini dibantah oleh demonstrasi balasan oleh penyokong-penyokong orang Islam dan minoriti. Mereka bukan saja terdiri daripada orang Islam tetapi sebahagiannya adalah dari kalangan golongan kiri yang mempunyai fahaman bahawa layanan saksama wajar diberikan kepada golongan minoriti, termasuk Islam.

Kalau golongan fasis merupakan sayap kanan dalam spektrum politik di Britain, maka pihak sosialis, termasuk Parti Buruh yang memerintah dianggap sebagai sayap kiri yang secara tradisi adalah simpati pada golongan minoriti, termasuk orang Islam. Ini kerana orang Islam turut dianggap sebagai pihak yang tertindas oleh Britain sebagai penjajah.

Hakikat bahawa terdapat sebilangan orang Islam memilih jalan keganasan  adalah suatu yang dikesalkan tetapi ia dapat difahami dalam konteks kebangkitan golongan yang tertindas. Banyak pihak kiri melihat kebangkitan sesuatu kumpulan itu adalah kerana penindasan politik yang mempunyai asas ekonomi.

Di Britain sendiri, perjuangan menentang penjajahan yang paling terkenal ialah kebangkitan nasionalis Ireland Utara yang akhirnya menjadi satu kumpulan pengganas, di mana pihak Parti Buruh cuba tangani secara simpati. Tetapi golongan kiri juga melihat bahawa kehadiran pendatang asing ke Britain adalah hasil daripada dasar penjajahan Britain dahulu, semasa menjadi empayar.

London telah menawan dan menjajah banyak kawasan di dunia. Empayar Britain adalah terbesar berbanding imperialis lain pada zamannya. Semasa penjajahan ini, berlakulah rampasan hak dan budaya pihak yang dijajah. Banyak kerajaan dan negara islam tumbang akibat penjajahan Inggeris, termasuklah kerajaan Uthmaniah dan Moghul. Masalah Palestin dan India menghantui kembali Britain, dan mereka inilah kemudiannya menjadi pendatang dan keturunannya merupakan warganegara minoriti di situ.

Kalau dilihat peristiwa 11 September, maka apa yang berlaku juga ada kaitan dengan penjajahan ke atas dunia Islam. Bagaimana Osama bin Laden muncul dan kaitannya dengan penjajahan Britain dan Amerika Syarikat ke atas Palestin, Afghanistan, Arab Saudi dan Iraq. Keganasan muncul kerana penjajahan. Tetapi itu tidak bererti keganasan dibolehkan. Orang Islam menentang keganasan.

Sejak peristiwa 11 September, berapa banyak orang Islam yang menjadi korban dalam perang Afghanistan dan Iraq. Peristiwa itu tidak boleh diasingkan daripada peperangan itu. Kini keganasan yang berleluasa berlaku di Iraq dan Afghanistan, yang mana majoriti mangsa adalah orang Islam.

Kebencian yang ditunjukkan golongan neo-fasis dalam tunjuk perasaan di London itu merupakan cetusan anti-Islam yang terbuku dalam hati mereka. Ia mungkin datang dari rasa tidak selamat tentang kedudukan merekadi samping pertembungan budaya antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, apa yang wajar dilakukan umat Islam adalah menambahkan kerja-kerja dakwah dan memperbaiki hubungan dengan orang bukan Islam tempatan. Sifat konfrontasi hanya menambahkan anggapan bahawa orang Islam terlalu sensitif dan cenderung untuk berbalah serta menggunakan kekerasan.

Oleh  ABU FIRDAUS (Detikdaily)

Menyembuhkan bangsa yang ’sakit’
Penulisan ini ditulis sebaik sahaja selesai mengkhadam esei penulisan tokoh reformasi Indonesia, Amien Rais. Tajuk sama saya kemukakan kerana saya kira begitu cocok dengan permasalahan di negara ini.

Namun penulisan ini saya kupas dalam kerangka yang lebih kecil; khas untuk masyarakat kampus. Menyembuhkan bangsa yang sakit adalah karya Amien Rais tentang penyakit yang melanda bangsa Indonesia yang sudah terlalu parah.

Penyakit yang saya kira mampu meranapkan masa depan mana-mana negara juga rakyat terbanyak. Namun, menurut Amien Rais keparahan itu mampu disembuhkan melalui satu kalimah yakni reformasi. Di negara kita, reformasi itu sinonim dengan Anwar Ibrahim.

Beliau adalah pencetus kepada gelombang reformasi 1998 yang menjadi asas kepada perubahan lanskap politik yang berlaku hari ini. Kita tinggalkan perkaitan itu kerana penulisan ini lebih rancak dan sihat dengan kritik untuk perubahan anak muda khususnya masyarakat kampus.

Perjuangan Amien Rais membawa agenda reformasi didokong oleh kebanyakan anak muda dan mahasiswa. Mahasiswa lantas bangkit berdiri bersama rakyat memperjuangkan idea-idea perubahan mereka demi kesejahteraan rakyat.

Rejim Soeharto jatuh akibat penafian kuasa mahasiswa dan di negara kita penafian itu tetap berlaku dan tiada tindak balas yang hebat dari mahasiswa. Soal pendemokrasian di kampus kita sama sekali berbeda dengan Indonesia kerana demokrasi di kampus kita sudah hampir lenyap.

Kerana itu demokrasi Indonesia sudah jauh di hadapan. Penulis melihat perihal ini benar-benar terpasak kukuh dan sekalipun AUKU dimansuhkan namun rohnya akan tetap menidakkan tindakan dan pemikiran mahasiswa daripada terus kritikal.

Kebanyakan mahasiswa hari ini hanya berdiam dan pasif dengan idea apatah lagi dengan tindakan. Kebanyakan mereka lebih selesa dengan apa yang ada, juga yang telah ditetapkan oleh universiti.

Mahasiswa tidak lagi independen dalam mencari hala tuju dan merencana masa depan mereka sendiri. Semuanya sudah ditetapkan oleh universiti dan mahasiswa hanya duduk diam belajar dan kemudian keluar mencari kerja meskipun kegawatan ekonomi melanda dengan kebanyakan mahasiswa yang tamat pelajaran hanya menganggur.

Maka, mahasiswa merelakan diri mereka mengikut arus yang tidak mereka ciptakan sendiri. Begitu juga dengan soal mahasiswa sebagai pemimpin masa depan.

Jika hari ini mahasiswa menolak kesempatan untuk berpengalaman merencana masa depan mereka, itu bermakna mahasiswa sendiri mempertaruhkan masa depan mereka dan negara di tangan pemimpin yang baru mahu mula belajar bagaimana merencana masa depan rakyat dan negara.

Masalah-masalah yang dihadapi masyarakat kampus

Kesediaan mahasiswa untuk mendepani cabaran akan datang harus diletakkan ditempat yang teratas dalam usaha merencana masa depan yang baik dan gemilang.

Saya begitu khuatir dengan kesediaan ini kerana tidak dapat menyaksikan kesediaan mahasiswa berpartisipasi dengan segala pembuatan dasar atau perancangan dalam hal mahasiswa sendiri apalagi dengan partisipasi mahasiswa dalam arena pendemokrasian di kampus.

Terdapat pelbagai masalah mahasiswa yang bakal membawa kepada rentetan kegagalan Malaysia mencipta masa depan yang baik. Masalah-masalah yang dihadapi masyarakat kampus sudah terlalu banyak.

Antaranya ialah masalah demokrasi kampus dan penyemaian semangat kepandiran. Masalah taklid juga begitu hebat menyelubungi mahasiswa akibat tindakan pihak universiti yang tidak toleran dengan mahasiswa.

Hal ini menyempitkan pemikiran dan menjadikannya lebih jumud dan rigid. Begitu juga dengan masalah demokrasi di kampus dengan kongkongan peraturan yang menafikan hak-hak mahasiswa untuk berpartisipasi sama ada dalam soal dan isu di kampus atau nasional.

Proses demokratisasi kita di kampus masih jauh daripada apa yang diharapkan, universiti juga hilang wibawanya akibat pelecehan pentadbiran yang tidak putus-putus, kecenderungan untuk mempertahankan mahasiswa yang mendukong pentadbiran dan kerajaan ditambah lagi dengan ketidakpekaan mahasiswa sendiri dengan isu-isu nasional dan kampus.

Tidak semua masalah yang ditonjolkan dalam penulisan ini. Hanya sebagian yang menonjol dengan jelas.

Masalah Demokrasi Kampus

Tulisan Mohamad Abu Bakar, artikel Falsafah Perjuangan Mahasiswa dalam majalah Nadi Ilmu terbitan Persatuan Sains Sosial Malaysia ketika era 70an banyak memberi kesan kepada penulisan dalam mengupas persoalan tajuk ini..

Demokrasi dalam kampus pernah mencapai tahap yang hebat suatu ketika dahulu, sebelum dan selepas Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1970 diperkenalkan.

Demokrasi kampus sebenarnya tidaklah terlalu bermasalah kerana tidak semua hak-hak yang terangkum sebagai esensi utama demokrasi disekat atau dikongkong oleh pentadbiran.

Masalah-masalah demokrasi yang utama ialah soal kebebasan bersuara, berhimpun, juga kebebasan akademik yakni perihal yang dilihat oleh saya sebagai yang paling buruk.

Sifat dan aksi mahasiswa sangat berbeza jika dilakukan perbandingan secara serius. Semua orang mengakui hal ini dan tiada siapa yang mempertahankannya.

Permasalahan demokrasi kampus hari ini adalah rentetan dari sistem universiti yang mengabaikan suara dan pendapat mahasiswa yang bangkit mengemukakan pandangan mereka dengan berani. Penafian ini bagi saya adalah sikap bongkak pentadbiran yang tidak mahu menerima teguran atau idea-idea mahasiswa yang sering diperlekehkan sebagai idea dan teguran budak mentah dan baru setahun jagung.

Ini adalah satu set ketidakpercayaan pentadbiran terhadap golongan mahasiswa biarpun golongan ini adalah golongan yang terpelajar dalam kalangan masyarakat. Hal ini yang saya perihalkan sebagai penafian hak mahasiswa untuk merencana masa depan sendiri.

Semuanya perlu dilakukan mengikut kehendak pentadbiran universiti yang seolah-olah tidak pernah melakukan kesilapan walau sekali. Mahasiswa hanya sekadar mengikut apa yang telah disusun dan direncana oleh universiti.

Jika dilihat secara tegas, hal ini mempunyai kesinambungan yang baik dalam usaha menggelapkan masa depan mahasiswa dan negara. Sekatan-sekatan yang dilakukan menolak sama sekali partisipasi mahasiswa dalam segala bidang dan ruang aktivisme.

Memang tidak semuanya disekat atau sudah dipinda sebahagiannya (AUKU) tetapi mahasiswa tetap tidak akan melakukan sebarang aksi kerana roh yang sudah di tiupkan bahawa segala apa yang dilakukan adalah bertentangan dengan peraturan dan bakal menerima hukuman bagi yang melakukannya.

Maka suasana kampus; sebagai zaman peralihan mereka yang seharusnya dinikmati oleh mahasiswa tidak lagi menjelma. Hanya suasana seperti itu yang akan memupuk intelektualisme dan personaliti mahasiswa menjadi yang lebih hebat. Demikian yang disaksikan sebagai peranan sebenar mahasiswa oleh Robert Liebert;

“In the university milieu, he is subjected to what has been described as the ‘subversive’ function of the university: to expose, interrelate, and ultimately question the foundations of the society”.

Mahasiswa adalah sebagai satu badan semak dan imbang (check and balance) bagi sesebuah universiti. Kerana itu kebiasaannya, mereka dilihat sebagai penentang atau pembangkang kepada pentadbiran universiti.

Kita akui bahawa tidak semua yang dirancang dan cadangkan oleh mahasiswa itu adalah terbaik dan betul, tetapi kita juga harus akui bahawa tidak semua yang dilakukan oleh pentadbiran itu betul dan terbaik buat mahasiswa. Maka harus ada satu ruang partisipasi bagi semua pihak agar setiap rencana menjadi yang terbaik.

Demikian juga dengan kebebasan akademik yang saya perihalkan sebagai fenomena paling buruk yang bakal merosakkan masa depan negara. Hasilnya, Malaysia tidak akan mampu menghasilkan tokoh dan pimpinan negara yang hebat dan berkualiti pada masa akan datang.

Melihat kepada suasana dan persekitaran universiti hari ini, semuanya bakal musnah jika tidak dibangunkan kembali. Universiti hari ini tinggal sekadar bilik kuliah dan kolej kediaman serta bangunan milik pentadbiran. Mahasiswa hanya datang ke kuliah, kemudian kembali ke asrama dan ke bangunan pentadbiran untuk membayar yuran pengajian.

Berbeza dengan mahasiswa yang dahulunya menjadikan bangunan pentadbiran sebagai sasaran utama berdemonstrasi! Namun, bukan itu yang mahu kita bicarakan.

Universiti hari ini tiada lagi diskusi-diskusi yang kritikal, tiada lagi menghasilkan pimpinan mahasiswa dan pensyarah yang tulisannya kritikal dan hebat, tiada lagi pensyarah-pensyarah yang tegas dan hebat mempertahankan hujah-hujah akademik mereka.

Semuanya tunduk kepada kekuasaan AUKU yang menutup ruang akademik. Sedangkan pensyarah yang memberikan pendapat kepada media juga diberikan amaran apa lagi pelajarnya.

Mengapa hal ini berlaku? Prof D.J. Harris dari Univerisiti Nottingham berpendapat, apabila kita membicarakan hal-hal akademik khususnya hal undang-undang secara kritikal, kita tidak dapat lari daripada tindakan memalukan kerajaan.

Prof Abd Aziz Bari dalam Politik Perlembagaan pula menyifatkan bahawa hal ini bukanlah sesuatu yang disengajakan kerana jika kita teliti secara kritikal atau tidak sekalipun, kerajaan adalah badan yang paling banyak menafikan hak-hak orang awam. Maka, kita merumuskan bahawa hanya komentar yang tidak kritikal kepada pihak-pihak itu yang akan dibenarkan.

Kebebasan akademik seharusnya diberikan kepada semua bagi menjamin masa depan negara kerana universiti adalah tabung ilmu masyarakat. Kadang kala kita sedikit jumud dengan mengatakan hanya sarjana-sarjana sains sosial yang disekat.

Ia juga sebenarnya turut berlaku pada sarjana-sarjana sains fizikal. Sebagai contoh, kawalan alam sekitar dan sains nuklear dan sebagainya turut disekat bila berbicara soal dasar kerajaan. Mengapa mereka harus disekat sedangkan mereka adalah orang-orang yang terdidik dengan ilmu-ilmu yang mengkhusus kepada soal dasar tersebut.

Kerana itu Prof. Andrew Harding menghujahkan bahawa akta-akta yang mengawal seperti Akta Penerbitan, Akta Mesin Cetak, juga termasuk AUKU membuatkan kebanyakan pensyarah berfikir beberapa kali sebelum memberi komentar.

Prof P. Ramasamy dan Allahyarham Rustam Sani juga percaya bahawa AUKU telah menyekat suasana yang sihat dan bebas dalam membentuk kematangan masyarakat kampus kerana ia bukan saja memberi impak negatif kepada aktivisme pelajar tetapi juga pensyarah-pensyarah. Percayalah bahawa suatu hari nanti hal ini bakal memberi kesan dan masyarakat akan merasainya.

Taklid, akibat fenomena Pandir.

Taklid ini saya takrifkan sebagai jumud dan membabi buta. Sikap mahasiswa yang hilang pendirian dari segenap aspek adalah fenomena yang berlaku akibat semangat kepandiran yang tersemai di segenap pelosok kampus.

Pemikiran yang jumud serta mempelopori sesuatu isu secara membabi buta adalah asas kepada kehancuran generasi akan datang. Logiknya, sikap dan semangat ini juga menjadi penyebab persatuan-persatuan mahasiswa terutama di dalam universiti tidak lagi mempunyai kredibiliti bagi mewakili mahasiswa.

Persatuan-persatuan pelajar hari ini tidak lagi mahu mengutarakan pendirian atau pandangan masing-masing kerana terdapat sokongan atau pendirian tentang satu-satu isu itu kerana sikap taklid dan jumud. Mahasiswa tidak lagi kritikal lantas bertindak sebagai agen yang menggagaskan idea-idea baru serta mengutarakan pandangan-pandangan yang kritikal.

Mahasiswa hari ini ternyata gagal mencipta masa depan sendiri. Taklid itu bakal melumpuhkan seluruh daya kreatif mahasiswa yang harus ada dalam satu-satu gerakan.

Begitu luasnya sikap taklid dalam kalangan mahasiswa sedangkan mereka adalah masyarakat yang terpelajar dan tinggal di dalam universiti. Belum lagi kita fikirkan bagaimana masyarakat belia yang tidak berkelayakan masuk ke universiti. Maka hal ini adalah proses induk kepada kehancuran masa depan negara.

Perkauman walau sudah lebih 50 tahun Merdeka

Belajar dan tinggal di kampus Universiti Kebangsaan tidak semestinya bebas daripada sifat dan nilai-nilai perkauman. Berbeda sama sekali dengan perkataan kebangsaan.

Mungkin dalam era 1 Malaysia ini kita harus belajar supaya mengubah dan memperbaiki dasar dan perkara asas dalam universiti supaya berpadu dengan lebih kuat. Bukan hanya bergantung pada struktur yang seolah-olah perkauman itu tidak wujud sama sekali dalam masyarakat kampus.

Arus perubahan yang melanda politik negara setelah lebih 50 tahun merdeka adalah sebagai instrumen yang harus kita ambil iktibar dan tauladan.

Mahasiswa adalah aset yang paling berharga dan harus dipelihara. Namun bukan untuk dipelihara oleh universiti, tetapi mahasiswa harus memelihara diri sendiri.

Saya kira perkauman di kampus adalah hasil konstuksi sistem dan persekitaran universiti yang tidak menggalakkan semangat perpaduan. Baik dari soal politik kampus, sistem pembelajaran, kolej kediaman mahupun mata pelajaran hubungan etnik, masih tiada yang sihat dan menggalakkan semangat perpaduan.

Begitu juga dengan perkaitan masalah taklidisme tadi. Sokongan mahasiswa terhadap parti-parti politik juga mendukung perkembangan masalah perkauman yang dashyat di universiti.

Tiada masalah untuk mahasiswa menyatakan sokongan masing-masing kepada mana-mana parti politik. Namun masalah taklidisme ini tadi yang membawa kepada kepada perkauman. Kita harus melihat struktur politik negara ini yang masih lagi berlandaskan kepada perkauman.

Maka, sokongan yang membabi buta terhadap parti ini kadangkala membawa kepada keruhnya hubungan baik antara kaum baik di dalam mahupun di luar universiti. Di tambah pula apabila kebanyakan parti politik memanipulasi semangat perkauman untuk melariskan parti mereka.

Pernah saya terfikir. Mengapa mahasiswa harus terikut-ikut dengan politik di luar. Benar tidak salah dan harus diingat bahawa ia juga tidak semestinya betul.

Mengapa mahasiswa yang terpelajar dengan nilai-nilai perpaduan, semangat bermasyarakat dan soal integrasi antara kaum terikut-ikut dengan nilai perkauman yang di api-apikan oleh politikus di luar? Apakah mahasiswa sudah tidak kritikal dengan pandangan-pandangan ini. Bila di fikir-fikirkan maka itulah jawapannya yakni taklidisme atau membabi buta.

Oleh: HILMAN IDHAM (Mahasiswakini)…*Anak jati Klang ini merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dan Presiden bagi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), sebuah front mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan, demokrasi dan intelektualisme mahasiswa.

Iklan Judi dan Riba dalam Blog dan Akhbar
Judi. Islam telah mengharamkan semua unsur perjudian. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya mengharamkan judi dan menyuruh umat Islam menjauhinya kerana ia adalah perbuatan keji dan ia adalah perbuatan syaitan serta tergolong daripada dosa-dosa besar.

Sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya : “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”.(Surah Al- Baqarah: 219)

FirmanNya lagi: Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.(Surah Al-Ma’idah: 90)

Dan firmanNya yang lain: Tafsirnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.(Surah Al-Ma’idah: 91)

Riba. Begitu juga Dosa Riba. Semua kita telah mengetahuinya. Tidak perlulah saya bawakan dalil berkaitanya lagi.

Isu Penglibatan Kita Semua Dalam Kedua Dosa Besar Tersebut.

Persoalannya berapa ramai pula antara kita yang menyedari bahawa mereka telah terbabit secara sedar (patut sedar) atau tidak, atau secara langsung atau tidak, bahawa kita sebenarnya telah terlibat dan memberi kerjasama dalam suatu perlakuan Dosa Riba dan Judi ini? Wal iyazubillah!

Adalah perlu difahami Dosa atas penglibatan kepada satu perlakuan atau amalan Judi adalah menimpa kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam perlakukan itu iaitu samada secara aktif atau pasif, langsung atau tidak langsung mengikut kadar sokongan dan sumbangannya dalam perlakuan Dosa itu seperti memberi kerjasama, bantuan, galakan, turut gembira, bersama merai dan memakan hasilnya dan lain-lain.

Dalil : Ayat Al-Quran. “Dan janganlah kamu Bantu membantu dalam urusan dosa dan permusuhan” (Al-Maidah: 2).

Hadis Nabi: “Rasulullah Solallahu ’alaihiwasallam melaknat tentang arak, atas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah).

Walaupun hadis ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam. Begitu jugalah dalam hal judi dan Riba.

Merujuk kepada kedua dalil dan nas ini maka adalah cuba kita semak akhbar-akhbar di Malaysia ini

Iklan Judi di Akhbar. Percayalah saya dah semak suatu akhbar perdana berbahasa melayu yang majoriti pembaca-pembacanya adalah orang-orang Islam (yang tidak digemari pembangkang). Memang Ada. Yalah walaupun jenis yang berlesen.

Iklan Riba Di Akhbar dan Blog. Ini sangat banyak. Ia menunjukkan umat Islam masih kurang prihatin atau kurang ilmu. Cuba perhatikan ruang iklan pada semua akhbar dan juga blog-blog popular yang dah disaratkan dengan iklan-iklan. Lihat pada iklan- pelbagai bentuk dan jenis pinjaman yang ditawarkan. Begitu banyak. Perkataan Pinjaman sudah begitu sinonim dengan Riba. Sangat berbau Riba. Asalkan pinjaman Konvensional, ia adalah Riba. Kalau ia tertulis pinjaman syariah, ia menunjukkan kejahilan dalam memahami istilah kewangan syariah, maka ia juga berbau Riba. Dalam blog-blog, ada walaupun tak banyak.

Berat ke Ringan Kerjasama Dalam Perlakuan Dosa ini.

Bukankah fungsi iklan untuk mempromosikan bagi tujuan melariskan lagi suatu produk? Ia adalah suatu fungsi penting dalam penyebaran maklumat? Entah berapa juta orang membaca iklan itu? Jika ia dikatakan kononnya dosa kecil dalam menjayakan dosa besar, ia dilakukan saban hari dan berterusan.. tak jadi dosa besarke… sikit-sikit ,lama-lama tak ke jadi bukit?, Bukankah iklan-iklan ini memberi pendapatan kepada yang mengiklankan? Bagaimana hasil pendapatan darinya? Bagaimana sumbangan kita yang membeli akhbar dan yang membacanya? Sehari demi sehari? (Nasib Baik aku tak beli akhbar dah).

Berhati-hatilah saudara-saudaraku seakidah! Sendiri mahu fikir, sendiri buat pilihan. Sendiri buat keputusan. Sendiri juga yang kena jawab nanti. Wallahu taala alam.

Selamat berpuasa (khusus dalam khusus)

Abudubeis @ http://abu-dubeis.blogspot.com

Perilaku Seks Remaja: Makin Bebas! Membimbangkan
Produsen kondom Durex, London International Group Plc., pada tahun 1999 pernah mengadakan survei perspektif remaja terhadap seks. Dalam kata pengantarnya dikatakan, remaja memegang peran penting karena remaja adalah indikator paling jernih, untuk mengetahui bagaimana dampak pendidikan seks dan kebudayaan terhadap keluarga dan orangtua masa depan di era Milenium baru.

Survei yang diberi nama 1999 Global Sex Survey, A Youth Perspective ini, mengambil 4.200 responden berusia 16-21 tahun dari 14 negara, yakni Amerika, Inggris, Kanada, Perancis, Jerman, Taiwan, Italia, Yunani, Meksiko, Polandia, Singapura, Republik Czech, Spanyol, dan Thailand (Kompas, 16 Oktober 1999).

Sayangnya, survei tersebut tidak menyertakan remaja Malaysia sebagai responden. Meski demikian, setidaknya bisa ‘sedikit’ diambil kesimpulan. Kenapa? Karena hasil survei tersebut menyangkut urusan seks remaja yang akhir-akhir ini makin bebas, bahkan mendekati liar.

Di antara hasil survei tersebut adalah: Secara keseluruhan, 50 persen remaja mengatakan mereka melakukan seks pertama kali karena mereka dan pasangannya merasa siap. Hanya 12 persen mengatakan karena dibujuk atau dipaksa, dan 12 persen lagi mengaku melakukan seks dalam keadaan mabuk.

Meski hasil survei ini menunjukkan remaja terlihat amat bebas, tetapi masih ada yang mereka takuti. Takut sama Allah dan Rasul-Nya? Wow, kayaknya ketakutan seperti itu nggak ada dalam daftar mereka tuh! Tapi ketakutan mereka itu seputar masalah-masalah virus HIV/AIDs, Penyakit Menular Seksual (PMS), dan kehamilan. Itu saja.

Bahkan hampir semua remaja (99 persen) sadar akan bahaya PMS dan HIV/ AIDs. Lebih dari 45 persen remaja putra dan putri mengaku takut pada HIV/AIDs dan PMS dibanding apa pun. Kehamilan merupakan kekhawatiran kedua setelah HIV/AIDs dan PMS bagi remaja.

Sebanyak 32 remaja putri mengatakan takut hamil, dan 18 persen remaja putra takut menjadi ayah pada usia muda. Waduh, kalo gitu gaswat bener. Soalnya meski survei itu nggak menyertakan remaja di negeri ini, tapi ternyata perilakunya sama. Di sini seks bukan lagi sebagai sesuatu yang tabu dan suci lagi, tapi sudah lumrah dan liar. Mengerikan Brur!

Survei tersebut juga mengungkap tentang umur berapa remaja-remaja di negara yang disurvei itu pertama kali melakukan hubungan seks. Hasilnya? Remaja di Kanada dan Amerika menduduki peringkat paling muda dalam melakukan hubungan seks, yakni 15 tahun, diikuti Inggris umur 15,3, Jerman umur 15,6, dan Perancis pada umur 15,8 tahun. Remaja di Asia Tenggara cenderung melakukan seks lebih telat. Remaja Thailand mulai melakukan seks pada umur 16,5 tahun, dan Taiwan umur 17 tahun. Ini mungkin memperlihatkan pengaruh dari kondisi sosial dan tradisi budaya yang berbeda.

Melihat fakta seputar perilaku seks remaja yang makin bebas dan liar ini tentu saja kita semua prihatin. Kamu juga mungkin bisa geleng-geleng kepala atau mengurut dada. Namun, sikap peduli kamu bukan sekadar diwujudkan dengan geleng-geleng kepala atawa mengelus dada doang. Itu nggak cukup. Soalnya ini adalah masalah gede yang perlu—bahkan wajib—diselesaikan dengan benar dan baik. Bila tidak? Kehancuran sebuah masyarakat tinggal menunggu waktu saja, Brur!

Makin Berani

Huh, bagi kamu yang tidak biasa dengan kehidupan para remaja di kota-kota besar pasti bakalan ‘shock’. Suer, mereka ternyata beberapa langkah lebih maju dalam urusan seks. Tapi sayangnya maju dalam kerusakan. Waduh, bayangkan saja, anak SMP dan SMU—ya, seusia kamu-kamulah—mereka udah terbiasa dengan urusan seks yang—maaf—bukan sekadar pegangan tangan atau ciuman saja, tapi sudah lebih ke arah yang ‘suerrem’ banget tuh. Kamu pasti tahu dong. Ya, begitulah. Memilukan dan memprihatinkan sekali.

Non, dalam suatu investigasi yang dilakukan oleh majalah remaja pria ternama di ibukota—terhadap para remaja yang doyan kelayaban malam-malam—ternyata datanya cukup mencengangkan. Misalnya saja, ditemukan ada beberapa anak cewek yang melengkapi dirinya dengan barang bawaan yang nggak lazim, yakni bawa kondom dan alat tes kehamilan. Lho, kok anak cewek bawa-bawa kondom sih?

Menurut pengakuannya kepada tim investigasi majalah tersebut, si gadis ini punya alasan: kondom adalah senjata utama yang bakal dia berikan kepada teman kencannya bila teman kencannya udah keburu nafsu tapi doi nggak bawa kondom. Jadi untuk jaga-jaga katanya. Kenapa? Soalnya takut hamil! “Kalo dia (cowoknya) nggak bawa kondom gimana, yang tekdung (hamil, Red) kan gue. So, mending gue yang sedia,” kata cewek 17 tahun itu. Waduh, kacau Rek!

Malah disebutkan pula dalam hasil investigasinya, bahwa bukan cuma cewek yang kena ‘todong’ itu saja yang suka bawa kondom dan alat tes kehamilan. Tapi menurut gadis itu, hampir semua teman-temannya melakukan hal yang sama seperti dirinya. Bahkan ada yang kemudian menjadikan barang-barang tersebut sebagai daftar belanja rutinnya. Wow, wow, wow, makin parah aje nih.

Dan, fakta yang satu ini bakal bikin kita nggak habis pikir. Kenapa? Sebab, banyak juga remaja ibukota yang making love di sembarang tempat. Tepatnya nggak peduli kapan dan di mana dia berada. Termasuk ada yang nekat ML alias berhubungan seks dalam mobil di jalan tol. Berikut pengakuan Irvan (bukan nama sebenarnya) seperti yang ditulis majalah HAI: “Entah kenapa, begitu masuk tol Ciawi tiba-tiba aja pengen. Karena nggak kuat gue pinggirin mobil dan gue ngelakuinnya di dalam,” kata cowok 17 tahun itu. Nggak heran emang. Irvan mulai ngelakuin seks bebas sejak setahun lalu. Sejak itu pula dia bisa berbuat di mana aja. Di rumah sering, di jalan pernah, dan di sekolah pun udah (HAI No. 41/XXIV) Edan memang!

Melihat gelagatnya, tentu saja teman-teman kamu yang tadi nggak jalan sendirian. Di belakang mereka masih banyak remaja yang melakukan perbuatan sejenis. Cuma nggak terdata aja. Ibarat fenomena gunung es. Kecil di permukaan, tapi besar di bawah. Wow, padahal itu baru kelakuan buruk remaja Jakarta, belum yang di Bandung, Yogyakarta, Surabaya, Medan, Palembang, dan kota-kota besar lainnya. Bisa dibayangkan tentunya.

Seperti yang sering dibahas banyak orang, kelakuan mereka yang menjijikkan itu memiliki risiko yang nggak kecil. Penyakit AIDs sudah siap mengintai, belum lagi ancaman PMS lainnya, dan kehamilan yang nggak dikehendaki juga bisa membengkak datanya. Dan yang pasti pelakunya bakal disentuh api neraka.

Cermin Retak

Bicara tentang upaya penyelesaian perilaku seks remaja yang kian menggila ini tak cukup cuma di seminar, tulisan-tulisan, pesan-pesan moral, dan nasihat belaka yang sifatnya normatif. Bukan hanya itu, dan memang tidak cukup hanya dengan itu. Kenapa? Karena kondisi masyarakat yang amburadul ini lebih disebabkan karena kegagalan sistem kehidupan yang mengaturnya. Khusus masalah perilaku seks remaja ini, ternyata bila kita telusuri penyebabnya adalah karena dalam sistem kehidupan Kapitalisme diberlakukan kebebasan bertingkah laku alias hurriyatusy syakhshiyah.

Setiap individu dijamin haknya oleh negara untuk berbuat apa saja sesuai dengan keinginannya, asal tidak menganggu individu lain. Misalnya, mau teler atau giting berat, nggak boleh ada yang usil dan ngerecokin selama perbuatan tersebut tidak menyebabkan orang lain terganggu. Kalau pun ada pengusutan, tapi sayangnya itu dilakukan dengan setengah hati dan nggak karuan. Menangani kasus narkoba saja pemerintah kebingungan. Terutama mengungkap siapa The Big One-nya. Udah gitu, hukuman bagi pengedar dan pengguna ringan.

Bahkan bisa diajak ‘salam tempel’. Nah, dalam kehidupan yang diatur oleh sistem Kapitalisme, hal itu tidak dilarang. Kenapa? Sekali lagi, karena kebebasan individu ini dijamin sepenuhnya oleh negara. Coba kamu lihat dalam aturan yang diberlakukan dalam KUHP di negeri ini—yang sebetulnya ‘nyontek’ dari undang-undang negerinya Edwin Van Der Saar—nggak bakalan ditemukan larangan berzina atau bergaul bebas antara laki-laki dengan perempuan. Yang bakal kamu temukan adalah; bila suka sama suka, maka itu tidak termasuk dalam kasus perzinahan atau perkosaan. Buktinya? Kamu juga pasti sering dengar soal lokalisasi pelacuran. Benar kan? Ya, soalnya keberadaan tempat itu nggak dilarang.

Malah sengaja dibangun dan dilindungi dengan hukum. Padahal justru tempat tersebut adalah sarang kemaksiatan—khususnya pelacuran. Dan, itu sama dengan seks bebas. Berarti dosa besar. Nah, itu dia. Dengan demikian, remaja ternyata juga sudah diajarkan nggak benar oleh lingkungannya. Ditambah lagi dengan ‘mental’ remaja pada umumnya yang masih belum stabil. Yakni, sifat meniru dan coba-cobanya masih besar ketimbang sikap waspada dan takut dosa. Tambah parah Bo! Ah, gokil juga memang.

Berarti dengan demikian, selama ini remaja—sejak bisa melek—udah ‘bercermin’ di cermin yang retak. ‘Cermin’ kehidupan yang parah. Bisa dipahami dong, sejak kamu bisa ngomong, kamu bercerita tentang apa yang kamu lihat dalam kehidupan sehari-hari, lengkap dengan ‘aturan’ yang ada dalam lingkungan kamu. Televisi sudah mengajarkan hal yang nggak benar. Kehidupan masyarakat dimana kamu berada pun sudah terbiasa memberikan persoalan dan penyelesaian problem yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Terus ketika kamu sekolah, di lembaga pendidikan ini ternyata memberikan pendidikan yang tidak jelas kemana arahnya. Walhasil, kamu dan kita semua bercermin di cermin yang retak. Nah, cermin yang retak itulah sistem kehidupan yang mengatur kita selama ini. Maka, bila ingin selamat di dunia dan akhirat, ‘cermin’ kita nggak boleh retak. Memangnya ada yang nggak retak? Ada dong sayang. Mana lagi selain Islam. Ya, cuma Islam yang bisa dijadikan cermin dalam kehidupan kita. Tentu Islam yang diterapkan sebagai akidah dan syariat.

Dikenakan Sanksi Berat

Ah, ketar-ketir juga kan? Nah, karena penyelesaiannya tak cukup dengan seruan atau himbauan saja, maka pelaksanaan sanksi oleh negara perlu ada. Dalam Islam, orang-orang yang melakukan seks bebas bakal dikenakan sanksi dera (cambuk) atau rajam.

Rasulullah s.a.w lalu bersabda: “….Demi Zat yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya aku akan memutuskan hukuman ke atas kamu berpandukan kitab Allah (al-Quran). Seratus ekor kambing dan hamba perempuan tadi harus dikembalikan dan anakmu mesti dihukum rotan sebanyak 100 kali cambukan serta diasingkan selama setahun. Sekarang pergilah kepada isteri orang ini, wahai Unais! Jika dia mengaku, maka jatuhkanlah hukuman rajam ke atasnya.” Maka Unais pun datang menemui wanita tersebut dan ternyata dia mengakui atas perbuatannya itu. Maka sesuai dengan perintah dari Rasulullah s.a.w maka wanita itupun dijatuhkan hukuman rajam. (HR. Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud)

Jadi bagi yang masih lajang akan dicambuk, dan bagi yang sudah berkeluarga akan dirajam sampai mati. Bagaimana kalo kejadiannya kayak sekarang, yakni nggak diterapkan aturan Islam. Berarti bakal lolos dari hukuman di dunia, dong? Bisa jadi, tapi ingat saudara-saudara, di akhirat pelakunya nggak bakalan bisa lolos. Pasti akan ‘menikmati’ adzab Allah yang sangat pedih. Dalam sebagian jalan (riwayat) hadits Samurah bin Jundab yang disebutkan di dalam Shahih Bukhari, bahwa Nabi Saw. bersabda: “Semalam aku bermimpi didatangi dua orang. Lalu keduanya membawaku keluar, maka aku pun pergi bersama mereka, hingga tiba di sebuah bangunan yang menyerupai tungku api, bagian atas semoit dan bagian bawahnya luas. DI bawahnya dinyalakan api. Di dalam tungku itu ada orang-orang (yang terdiri dari) laki-laki dan wanita yang telanjang. Jika api dinyalakan, maka mereka naik ke atas hingga hampir mereka keluar. Jika api dipadamkan, mereka kembali masuk ke dalam tungku. Aku bertanya: ‘Siapakah mereka itu?’ Keduanya menjawab: ‘Mere

ka adalah orang-orang yang berzina.” Ih, naudzubillahi min dzalik.

Nah, itulah hukuman di akhirat nanti yang bakal dijalani oleh para pezina. Jadi, kalo sekarang ada teman-teman kamu yang merasa aman-aman saja karena nggak dapat hukuman di dunia—karena nggak diterapkan aturan Islam—siap-siaplah karena Allah akan memberi adzab yang pedi dan berat. Firman Allah Swt.:

كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا فِيهَا وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

“Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, niscaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (Kepada mereka dikatakan): “Rasakanlah azab yang membakar ini”. (QS. al-Hajj [22]: 22)

Baik, inilah hukuman di dunia dan adzab di akhirat bagi para pelaku zina—seks bebas. Lalu, bagi yang menjaga diri dari perbuatan tersebut? Allah akan memberikan pahal dan tempat yang baik di surga.

Abu Hurairah dan Ibnu Abbas r.a. berkata: “Rasulullah Saw. berkhutbah sebelum wafatnya, yang di antaranya beliau bersabda: “Barangsiapa mampu bersetubuh dengan wanita atau gadis secara haram, lalu dia meninggalkannya karena takut kepada Allah, maka Allah menjaganya pada hari yang penuh ketakutan yang besar (kiamat), diharamkannya masuk neraka dan memasukkannya ke dalam surga.” (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Raudhah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin).

-oleh O. Solihin (Dupahang)