Sabahdaily » bicara agama

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita
“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” ~Surah Muhammad, ayat 7

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah “

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi

hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa

yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita

dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.

Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang

berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,

dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

tak di nafikan bahawa jodoh petemuan di tangan ALLAH S.W.T

Kiriman : Shah Bundy, Sumber : CinaIslam

Mother’s Day. Hari Dewa Rhea !
Sememangnya kini kita berada dalam jaringan lubang dhab yang dalam dan berserabut hasil peninggalan penjajah Barat dan kesan weternisasi. Seolah-olah perkembangan pola pikir kita berlandskapkan permasalahan yang sama yang dideritai oleh barat. Akibatnya kita menelan segala pil yang dicipta barat bagi menyelesaikan segala permasalahan mereka. Seumpama orang yang berpenyakit yang terpaksa menelan pelbagai jenis pil yang ditetapkan doktor untuk penyembuhan tetapi si anak yang diterangkan transkripsi ubat oleh sang doktor untuk diberi kepada ibunya yang sakit turut menelan ubat yang sama. Beliau tidak menghadapi penyakit tersebut tetapi kerana terpesona dengan penerangan dan penjelasan atau kagum dengan si doktor. Betapa bodohnya dia.

Inilah yang dihadapi oleh umat Islam khususnya para pemerintah mereka. Seolah-olah terkapai-kapai tanpa sumber dan panduan. Mereka menelan semua pil barat untuk menghadapi penyakit-penyakit yang melanda Barat sedangkan segala virus dan punca penyakit tersebut juga mereka bawa dan datangkan dari barat. Sebenarnya mereka bercelaru dari segi welstanchaungnya (world view). Inilah juga yang menimpa kepada rakyat dan umat Islam.

Di barat, institusi keluarga menjadi hancur lebur. Kebanyakan mereka lebih memilih untuk bersekedudukan daripada mengamalkan institusi kekeluargaan. Lebih 50% bahkan sesetengah negara barat mencecah 2/3 rakyat mereka adalah lahir daripada anak luar nikah. Apabila mereka berusia 18 tahun, mereka bebas tanpa ikatan daripada keluarga mereka. Dasar materialisme dan individualistik amat mencengkam masyarakat mereka. Masing-masing mementingkan diri sendiri. Negaralah yang menguruskan anak-anak dan ibu-bapa yang bermasalah dan golongan tua. Krisis nilai dan akhlak jatuh melebihi tahap binatang. Hubungan kekeluargaan amat rapuh. Seolah tiada ikatan anatara anak serta ibu-bapa, antara isteri dan suami. Apatah lagi jiran tetangga maupun adik beradik, ipar duai. Kamu.. kamu, aku.. aku.

Sebab itulah mereka memperkenalkan pelbagai jenis hari. Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Pekerja, Hari Guru, Hari Jururawat… dan seribu jenis hari perayaan dan pelabagai cuti demi mengingatkan dan menghargai pelbagai golongan tersebut. Ini berlaku kerana krisis akhlak dan nilai moral yang sudah hilang. Tiada lagi ingatan, penghormatan, penghargaan yang diamalkan secara normal bahkan memerlukan ingatan secara paksaan. Dalam masa yang sama mereka juga mempunyai agenda dalam meng’kudus’kan icon-icon tertentu untuk memperkukuhkan kehendak dan perancangan agama dan kehendak pemerintah mereka. Apatah lagi agenda Yahudi-Nasara ini yang cuba untuk menglobalkan pemakaian cara hidup mereka atas dunia ini khususnya dunia Islam.

Dunia Islam sepatutnya tidak menghadapi isu korup aqidah dan akhlak yang amat menjijikkan ini. Bukan sekadar kita diikat dengan syaraiat dan akhlak Islam tetapi juga batas budaya dan kesopanan bangsa. Tetapi kini ia mula mencair akibat dunia kita diletakkan dalam parit dan saluran barat, yang mau tak mau, seluruh rakyat menuruti kehendak massa yang terdorong mengikuti life-stail barat yang penghujungnya adalah septik-tank yang penuh dengan tahik-tahik barat.

Dalam Islam isu-isu kekeluargaan, hak-hak sepatutnya tidak berbangkit. Tidak memerlukan HAM (Hak Asasi Manusia-PBB) untuk ditegak dan dipraktikkan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah Saw mengatasi tarikh dan kewujudan PBB itu sendiri. Apa yang dibawa oleh Baginda bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri apatah ianya diturunkan oleh Pencipta manusia dan Pemilik dunia dan cakrawala ini.

Sepatutnya tidak perlu satu hari khusus untuk Ibu dan satu hari khusus untuk Bapa. Di Barat mungkin ya. Tetapi tidak untuk umat Islam apatah lagi dia seorang mukmin. Setiap hari bagi si mukmin adalah hari ibu dan hari bapa. Sebab selagi mana ia tidak syirik kepada Allah selagi itulah dia mengikatkan ikatan syahadahnya itu untuk berbuat baik terhadap ibu-bapanya sendiri. Ini difirmankan Allah:

أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Jangan sesekali kamu syirik kepada Allah dan kepada dua ibu-bapa kamu hendaklah berbuat baik

Ada 4 tempat didalam al-Quran yang menggabungkan ayat tauhid dan taat ibu-bapa ini. Dan pastinya seorang mukmin tidak berlaku akhlak buruk yang melupakan ibu-bapa ini kecuali dia adalah muslim saduran.

Kalau Barat sendiri Hari Ibu mesti datang dari asal-usul dan punca kepercayaan mereka sendiri. Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati Dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari tersebut.

Peringatan Mother’s Day di sebagian negara Eropah mendapat pengaruh dari kebiasaan memuja Dewi Rhea, istri Dewa Kronus, dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno. Maka, di negara-negara tersebut, peringatan Mother’s Day jatuh pada bulan Mac. Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 negara lain, seperti Australia, Kanada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Singapura, Taiwan, Hongkong termasuk Malaysia peringatan Mother’s Day jatuh pada hari Minggu kedua bulan Mei kerana pada tarikh itu pada tahun 1870 aktivis sosial Julia Ward Howe mencanangkan pentingnya perempuan bersatu melawan perang saudara. Dan kini, masing-masing cuba menjadikan hari ibu sebagai hari memperingati tokoh-tokoh negara mereka. Malah di China, sesetengah rakyat China sedang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius.

Dalam Islam, pengajaran yang menukilkan tentang si ibu ini diungkapkan dalam al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasulullah Saw semenjak 14 abad yang lalu dan berjaya mewujudkan satu tahap manusia yang memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap ibu-ibu mereka. Apatah lagi isu kewanitaan telah diangkat martabat mereka semenjak kedatangan Islam setelah sekian lama wanita menjadi status hamba kepada kaum lelaki, sebagai kilang untuk melahirkan anak-anak mereka maupun sebagai sembahan kepada tuhan-tuhan yang anggapan mereka adalah lelaki yang memerlukan wanita-wanita. Sehingga ke hari ini tahap wanita masih lagi sebagai ikon seks mereka dan sebagai agen pengiklanan untuk mempromosi barangan yang diletakkan nilai dan harta seumpama barangan semata. Ianya masih lagi pemilikan kepada individu tetapi dalam bungkusan envelope moden.

Dalam Islam bebanan Ibu-bapa amat berat sehingga ibu-bapa mereka ini sebagai tanggung-jawab taklif terhadap mukmin keatas setiap batang tengkok si anak itu sendiri sehingga dosa penderhakaan itu hampir mencapai tahap syirik kepada Allah sebagaimana firman Allah Swt dalam surah al-Isra’ : 23

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Mengikut pandangan ulama, sudah cukup dikira derhaka jika dalam sehari ia tidak mendoakan kesejahteraan buat ibu-bapanya. Selayaknya seorang mukmin sentiasa mendoakan mereka setiap kali selepas sembahyang dengan doa yang ma’thur yang diajar oleh Rasulullah Saw. Itulah sebai-baik ‘wish’ dan ucapan buat ibu maupun bapa. Dengan apa yang diajar dan diucapkan oleh lidah yang mulia, iaitu Rasulullah Saw. Setiap hari 5 kali sehari semalam. Bukannya setahun sekali. Setiap kali bertemu dikucupnya tangan mereka maupun selepas tiap kali ada peluang. Bukannya tunggu hariraya sekali setahun. Sentiasalah berbuat baik kepada mereka dengan adab dan akhlak Islam. Tidak cukup sekadar sekeping kad dan setangkai bunga.

Rasulullah Saw bersabda:

قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مِيقَاتِهَا قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Berkata Abdullah bin Mas’ud r.a: Aku bertanyakan rasulullah Saw. “ Ya Rasulullah. Apakah amalan yang afdhal? Sabda Baginda: “Sembahyang ketika waktunya”. Kemudian apa lagi. Jawab Baginda: “Berbuat baik kepada ibu-bapa”. Aku bertanya lagi, kemudia apa? Jawab Baginda: Jihad sabilillah. Riwayat Bukhari.

Tuntutan dalam memenuhi keperluan si ibu dilebihkan oleh Islam berbanding si ayah. Faktor kelemahan fizikal, usia dan betapa perlunya ia menerima kasih-sayang dan bantuan, apatah lagi di usia emas mereka. Sehingga Rasulullah Saw mensabdakan beberapa potong hadis. Antaranya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوكَ

Daripada Abu Hurayrah r.a berkata: Telah datang seorang lelaki dan bertanya. Ya Rasulullah siapakah orang yang lebih berhak untuk aku santuninya dengan terbaik? Rasulullah bersabda : ibu kamu, kemudian siapa? Sabda Baginda : ibu kamu, kemudian siapa? Bersabda Rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu. Riwayat Bukhari

Ianya dikuatkan dengan firman Allah dalam surah Luqman ayat: 14

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).

Hadis riwayat ibn Majah pula menyebut tentang seorang lelaki yang acapkali bertanyakan soalan untuk keluar berjihad tetapi disuruh oleh baginda menjaga ibunya itu lebih afdhal.

عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ جَاهِمَةَ السُّلَمِيِّ قَالَ : أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ أَرَدْتُ الْجِهَادَ مَعَكَ أَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ وَالدَّارَ الْآخِرَةَ قَالَ وَيْحَكَ أَحَيَّةٌ أُمُّكَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ ارْجِعْ فَبَرَّهَا

Daripada Muawiyyah bin Jahimah al-Sulami berkata: Aku mendatangi Rasulullah Saw dan berkata: Ya Rasulullah. Aku ingin keluar berjihad bersama kamu untuk mencari keredhaan Allah dan Hari Akhirat. Sabda Baginda: Adakah ibu kamu masih hidup?. Jawabku: Ya. Sabda Baginda: Pulanglah dan jagalah ibumu sebai-baiknya.

Kita juga tahu akibat daripada tingkah laku sebaliknya. Bagaimana fitnah yang dihadapi oleh Juraij akibat tidak menyahut panggilan ibunya ketiaka beliau melakukan solat-solat sunatnya. Apa yang ditimpakan terhadap Alaqamah yang tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika hampir matinya akibat ia mendahulukan isteri daripada ibunya. Kecualilah jika ibunya mendorong dan menyuruh kepada kekufuran atau kemaksiatan. Apabila bertembung taat makhluk dengan Allah ketahuilah bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul itu adalah mutlak. Seperti apa yang diriwayatkan dalam Hadis Muslim kisah Saad bersama ibunya yang mengadu kepada Rasulullah Saw yang cuba memaksanya meninggalkan Islam dan meninggalkan Rasulullah Saw. Ia mengugut untuk tidak makan dan minum sehingga mati kecuali jika Saad murtad. Allah Swt menurunkan firmanNYa:

وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan. Surah Luqman: 15

Berdasarkan diatas, jika mereka seorang yang benar-benar beriman, nescaya tidak berlakunya kelompangan akhlak terhadap ibu-bapanya. Tidaklah ia menjadi masyarakat kurang ajar terhadap mereka yang melahirkannya kecualilah ibu-bapa mereka itu juga buruk akhlak dengan tuhannya atau buruk akhlak dengan datuk dan nenek mereka. Nescaya kemana ditumpahkan kuah kalau tidak ke nasi. Di harapkan tidak lagi terjadi kecelaruan umat Islam yang teraba-raba seperti sibuta kehilangan tongkat. Ikut tercapai dek tangan meskipun kayu berduri dan berbisa. Ingatlah kita ada al-Quran serta Hadis sebagai rujukan. Cukuplah Islam sebagai ubat dan penawar kepada ummah. Selagi tak kembali kepada panduan suci itu, selagi itulah umat Islam tidak lepas daripada penyakit serta virus yang diciptakan itu.

Habis bagaimana dengan sambutan ‘Hari Ibu’ yang disambut kini. Setengah ulama seperti Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin ada yang membid’ahkan sambutan tersebut kerana setiap hari raya yang bertentangan dengan hari raya yang disyariatkan adalah bid’ah dan tidak dikenal pada masa salafushalih. Apatah lagi pencetusnya bukan kaum muslimin, sehingga di dalamnya ada bid’ah menyerupai musuh-musuh Allah. Hari raya-hari raya yang disyariatkan sangat dikenal oleh pemeluk Islam, yaitu Idul Fitri dan Idul Adha, serta Idul Usbu’ (hari Jum’at). Dalam Islam tidak ada hari raya lain selain tiga hari raya tersebut, maka setiap hari raya yang diadakan di luar tiga hari raya itu ditolak, bid’ah dan batil menurut syariat Allah, karena Nabi Sawbersabda:

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barang siapa yang mengadakan sesuatu amalan baru dalam urusan (ibadah) kami yang bukan daripadanya (Nabi) maka ia tertolak.” (HR Muttafaqun alaihi).

Memandangkan masyarakat hari ini yang terjebak jauh dalam pengamalan-pengamalan Yahudi dan Nasara, yang bukan sekadar sejengkal bahkan sudah berada dalam lubang biawak mereka. Di harapkan umat Islam mengambil pelbagai pendekatan untuk memberi penjelasan serta mengislamisaikan pengamalan hari ini agar selari dengan tuntutan Islam. Gunakan majlis serta atur-cara yang ada untuk berdakwah serta menyampaikan konsep dan pandangan Islam agar mereka dapat membezakan antara susur galur Islam dan lainnya.

Kita perlu menjelaskan kembali status ibu dalam al-Quran. Peranan mereka dalam melahirkan generasi spesisi manusia ini. Hatta melahirkan para nabi, sahabat dan ulama. Bermula dengan Ibu manusia iaitu Hawa maupun Ibu Nabi Musa a.s, Maryam sebagai ibu Nabi Isa, Isteri Imran, Hajar dan Sarah, maupun Aminah, ibu Rasulullah dan isteri-isteri Rasulullah Saw. Para sohabiah yang berjuang bersama baginda. Bukan sekadar kisah tetapi tautan aqidah, syariah serta akhlak dan siri-siri perjuangan mereka dalam menegakkan Islam. Silih-gantikan dengan coretan dan kisah ibu-ibu dan wanita derhaka sebagai iktibar dan pengajaran seperti isteri nabi Noh, Isteri nabi Lut maupun isteri Abu lahab. Hidup mereka yang sentiasa merintangi syariah dan perjuangan Islam bahkan yang berada di barisan hadapan sebagai penentang kebenaran dan penegak kejahatan.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ

Para mukmin lelaki dan mukminah perempuan sebagai pemimpin antara mereka

Mereka adalah kepimpinan yang sentiasa bahu membahu sesama mukmin untuk berkerja dan berjihad dijalan Allah. Bekerja untuk berdakwah kepada masyarakat agar kembali kepada Islam yang syumul yang telah lengkap segala-galanya dan tak terkurang walau satupun. Bukan ianya sekadar teori tetapi realiti dan praktikal dan telah terbukti kehebatannya semenjak 14 abad yang lalu.

-http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Dahsyatnya Azab Kubur
Salam mesra kepada semua, sedikit tazkirah ringkas dalam blog saya ini untuk memperingati kepada diri saya dan semua akan azab kubur yang amat pedih dan dahsyat. Suatu azab yang cukup hebat kepada hambanya yang melakukan maksiat dan dosa. Azab kubur merupakan intro sebelum menempuh azab neraka kepada orang yang menderhakai Allah dan RasulNya.

Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.

Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut. Jika rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait dengan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.

Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan. Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?. Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat manusia yang tidak diketahui di mana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang di laut dan sebagainya.

Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzakh iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat.

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.

Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasai nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi. Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti inipun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan alam barzakh lebih hebat dari itu.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam’iyyat” yang wajib kita yakini. Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur?. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepadanya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepadanya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepadanya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Agama yang cukup, yakin akan kudrat dan kuasa Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin dengan adanya siksaan dan nikmat kubur. Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzakh dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.

Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.

Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.

Untuk itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi kekasihnya.

Dengan mengingati azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, merosakkan harta awam, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya. Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita ke arah melakukan kebaikan yang sangat dituntut oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Surah Ali-Imran ayat : 16)

Sumber: CINA ISLAM

Tips Keyakinan & Motivasi Diri
Ustaz ada tips tak macam mana nak tingkatkan keyakinan diri dan meningkatkan motivasi diri?

Jawapannya :

Setiap manusia yang dilahirkan atau dijadikan oleh Allah adalah untuk memperhambakan diri kepadaNya. Firman Allah yang bermaksud :

“Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia, melainkan untuk beribadah kepadaKu”.

Ayat di atas ini dapat disimpulkan bahawa manusia ini hanya milik Allah dan manusia ada tanggungjawabnya untuk dilaksanakan iaitu beribadah dan mengerjakan amalan yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah. Keyakinan diri akan lahir pada orang yang benar-benar mengenali Allah dan rasulNya. Sepertimana kata orang sufi :

“Barang siapa yang hendak mengenali Allah, maka dia perlu mengenali dirinya terlebih dahulu”.

Apabila orang tersebut mengenali Allah, maka dia tahu akan tanggungjawab dan kewajipannya. Orang seperti ini dinamakan sebagai orang yang beriman dan bertaqwa. Apabila orang yang bertaqwa, maka orang ini akan mempunyai kemampuan diri yang sangat ajaib dan mempunyai keyakinan yang tinggi sehingga setiap perkara yang sukar dapat ditempuhi dengan mudah dengan hanya berbekalkan keyakinan diri dan yakin setiap perkara baik dan buruk itu datangnya dari Allah. Contohnya Nabi Muhammad dapat menyebarkan Islam dari tiada apa sehingga Islam bertapak dan kuat di Madinah. Jika difikirkan secara logik, mustahil seorang Nabi yang tiada harta dan anak yatim piatu dapat menjadi pemimpin dunia yang dikenali dari kalangan umat Islam dan bukan Islam. Semua ini berlaku adalah berkat dari kesabaran dan keyakinan Baginda terhadap perintah Allah.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang kuat keyakinannya dan susah untuk digugatnya, kerana akidahnya sangat kental dan teguh terhadap Allah swt. Orang yang bertaqwa juga mudah untuk melaksanakan pekerjaan dunia dan akhirat, kerana mereka ini selalunya seiring antara dunia dan akhirat. Kalau sesuatu usaha mereka gagal, maka mereka mengatakan ini adalah ujian dari Allah dan bukan rezeki mereka. Hal ini beza dengan orang yang tidak bertaqwa dan tidak yakin apa yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Orang yang tidak bertaqwa sering kali kecewa sehingga ada yang membunuh diri dan tidak sanggup lagi untuk menghadapi perkara tersebut.

Begitu juga dengan motivasi diri mesti dengan agama, kerana agama itulah penawar bagi segala-galanya. Agama juga merupakan nur dan panduan bagi semua umat manusia untuk menjadi manusia yang berguna dan manusia yang berjaya hidupnya di dunia dan di akhirat. Al-Quran dan Hadis sebagai petunjuk dan panduan kepada semua umat manusia, supaya umat manusia termotivasi dan terdorong untuk melakukan perkara yang bermanfaat dan berguna untuk dirinya dan sekelilingnya. Alasan saya mengatakan agama adalah motivator yang terbaik untuk merubah dan membimbing umatnya. Firman Allah yang bermaksud :

“ Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ? Dan Kami telah meringankan daripadamu : bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan). Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).” (Al-Insyirah : 1-8)

Ayat di atas ini merupakan satu motivasi bagi sesiapa yang sukar untuk menempuh cabaran hidupnya, walaupun ayat di atas ini ditujukan kepada Nabi Muhammad saw, tetapi ianya juga sesuai kepada kita untuk dijadikan pengajaran kepada orang yang beriman kepada Allah, kerana setiap kesukaran ada jalannya untuk keluar dan perkara ini merupakan sunnatullah. Tiada kesusahan yang tidak ada jalan keluarnya. Bagaimana jalan keluarnya? Iaitu agama Islam merupakan jalan keluar terbaik untuk segala masalah yang dihadapi. Mengalami masalah belajar? Maka berusaha sedaya yang mampu dan selebihnya berdoa dan tawakal kepada Allah. Ada masalah kewangan? Kalau orang ada agama, maka dia tidak akan berbelanja berlebihan, malah dia akan sentiasa beringat dan tidak mudah untuk berutang dan terlibat dengan perkara yang syubhah. Ada masalah keluarga? Maka agama juga jalan keluarnya, iaitu masing-masing tahu peranan dan tanggungjawab, maka keluarga tersebut akan aman dan bahagia. Semua masalah yang ada di dunia ini, Islam ada penawarnya dan tips untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Al-Israk : 82)

Apa tunggu lagi!! kembalilah kepada agama Islam yang kaffah, amalkan segala suruhan Allah dan tinggalkan segala larangan Allah, nescaya hidup kita semua tidak akan sesat selama-lamanya dan terhindar dari azab api neraka Allah. Kepada siapa yang ambil amalan Islam pada keadaan yang tertentu sahaja, cepat-cepatlah tukar cara hidup anda yang lama dan ambillah keseluruhan cara hidup Islam dengan melaksanakannya dengan hati yang benar-benar ikhlas kepada Allah. Selamatkan cepat keluarga kita dari terjebak dalam lembah kerugian, dan jadikan Islam cara hidup anda, keluarga kita, nescaya tidak akan menyesal dihari kemudian.

-ustaznoramin.blogspot.com

Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba
Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.

Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.

فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ

Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)

Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang “tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia”.

Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikamatan sementara yang wujud di atas dunia ini.

Saya suka berkongsi dua video melalui entry ini. Satu darinya telah saya kongsikan di facebook saya, namun bagi meluaskan lagi jangkauan kebaikan yang boleh diperolehi dari video ini, saya muatkan ia di web ini. Sebuah video yang saya tonton berkali-kali, dan sebuah video yang mampu mengalirkan air mata.

Video ini memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya.  Kita tidak tahu, bila tiba-tiba ia jammed. Terhentinya ia beberapa minit cukup untuk menamatkan umur kita di atas dunia. Ia bukan seperti enjin kereta yang boleh ditangguh-tangguh untuk memulihkannya.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="488" height="385" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/v1Qgw2KVwDc&rel=0&border=1&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en_GB&feature=player_embedded&fs=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="488" height="385" src="http://www.youtube.com/v/v1Qgw2KVwDc&rel=0&border=1&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en_GB&feature=player_embedded&fs=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Kekaguman saya kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian yang begitu baik ( pada hari Jumaat  1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya. Ketika itu, terfikir bahawa kematiannya juga adalah sebuah dakwah yang hebat.

Setiap aliran darah, denyutan jantung, fungsinya hati, usus dan sebagainya, semua dikawal oleh kuasa Allah ta’ala. Bukan hanya apa yang di dalam tubuh malah juga semua yang diluarnya, Lihat video ini bagaimana secara tiba-tiba tiang boleh jatuh dan menimpa pejalan kaki.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="488" height="385" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/04MoA7djt3k&rel=0&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en_GB&feature=player_embedded&fs=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="488" height="385" src="http://www.youtube.com/v/04MoA7djt3k&rel=0&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en_GB&feature=player_embedded&fs=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk  dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.

Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta’ala :

أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر

Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Manakala dalam catatan Imam Ahmad

إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر

Ertinya:  Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)

Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.

Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:

ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت

Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.

Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Ciri Wanita Solehah
Rasulullah bersabda,’Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah’. (Riwayat Muslim).*

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni’matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.

- Wajib menutup aurat

- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.

- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa

- Berbuat baik kepada dua ibubapa

- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang

- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi

- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami

- Sentiasa menyenangkan suami

- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.

- Tidak cemberut di hadapan suami.

- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

- Tidak keluar tanpa izin suami.

- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.

- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: ” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni’matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: Ertinya:” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com

Hukum Orang Berhadas Menyentuh Al-Quran
Salam dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog Salam Perjuangan. Sebenarnya post ini disediakan adalah berdasarkan pertanyaan rakan kerja saya di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, beliau bertanya “Ustaz bagaimana hukum orang yang menyentuh Al-Quran tetapi tidak mempunyai air sembahyang (wuduk). Atas rasa tanggungjawab saya sebagai guru agama, maka saya telah menyiapkan sedikit perbahasan yang tidak seberapa ini untuk kepentingan umum dalam masalah menyentuh Al-Quran. Jika ada apa-apa pertanyaan atau pendapat bolehlah melalui ruangan komen yang disediakan.

Menyentuh dan mengangkat Al-Quran

Menurut firman Allah yang bermaksud : “Tidak menyentuhnya (Al-Quran) melainkan orang-orang yang suci.” (Al-Waaqiah : 79).

Berdasarkan ayat Al-Quran di atas ini, haram bagi sesiapa yang menyentuh Al-Quran tanpa wuduk kerana ayat-ayat Al-Quran ini merupakan kalam Allah, perlu kita menghormati kalam Allah ini sebagai panduan kepada semua umat manusia. Haram juga bagi sesiapa yang datang haid menyentuh Al-Quran, kerana mereka berada dalam kekotoran atau berhadas besar. Mengikut sesetengah ulamak menyatakan bahwa dibolehkan bagi hafizah (wanita yang menghafal Al-Quran) sahaja di bolehkan mengulang dengan diniatkan kepada berzikir, tujuan dibolehkan ialah mengelakkan mereka lupa kepada surah-surah hafazan mereka kerana sesiapa yang menghafal Al-Quran diwajibkan kepada mereka menjaganya supaya mereka tidak lupa akan ayat-ayat yang telah dihafal. Tetapi jika mereka mengulang akan ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafal dengan niat mengulang ayat Al-Quran maka hukumnya haram.

Kanak-kanak Mumayyiz menyentuh Al-Quran

Bagi kanak-kanak yang mumayyiz tidak mengapa menyentuh Al-Quran kerana keperluan mereka untuk mempelajari Al-Quran di sekolah atau ke tempat pengajian Al-Quran yang lain. Hal ini menurut fatwa Ibn Hajar mengatakan guru dan kanak-kanak dimaafkan terutama bagi mereka yang tidak berupaya menjaga wuduk mereka. Jika boleh atau berkemampuan, maka seeloknya mereka ini bertayammum sebagai ganti kepada wuduk mereka, tujuan bertayammum adalah mudah untuk mengambilnya jika berbanding dengan wuduk. Sumber rujukan ialah (I’anah Al-Thalibin: 1.82-83).

Mengangkat Al-Quran Dengan Barang Lain

Menurut kitab Al-Tuhfah bagi sesiapa yang mengangkat Al-Quran dengan barang lain, seperti meniatkan (qasad) menanggung mushaf, menanggung mushaf bersama barang, atau menanggungnya secara mutlak, ketiga-tiga cara ini adalah haram. Di bolehkan atau tidak haram jika diqasadkan kepada Al-Quran itu seperti menanggung barang biasa sahaja.

Menyentuh Lambaran, Kulit Atau Sarung Al-Quran

Menyentuh lambaran kulit mushaf adalah haram sekalipun bahagian yang tiada tulisan dan haram menyentuh bungkusan atau sarung mushaf yang khusus disediakan untuk menyimpan mushaf dengan syarat pada ketika itu mushaf ada di dalam bungkusan atau sarung berkenaan.

Menyentuh Mushaf Al-Quran Yang Mengandungi Tafsirnya

Menanggung dan menyentuh mushaf bersama tafsirnya tidak menjadi haram sekiranya tafsirnya itu lebih banyak. Jika tafsir itu sama banyak, atau tafsirnya sedikit atau diragukan mana yang lebih banyak, maka adalah haram menyentuhnya. Ulama juga menggariskan kedudukan antara mushaf dan tafsir dalam mengukur banyak sedikitnya. Ketika menanggungnya yang diambil kira ialah jumlah Al-Quran dan tafsirnya. Manakala dalam perkara menyentuh, yang perlu diperhatikan ialah tempat di mana ia meletakkan tangannya. Jika pada tempat itu tafsirnya lebih banyak, tidak haram menyentuhnya, tetapi jika Al-Quran lebih banyak, haram menyentuhnya. (I’anah Al-Thalibin : 1:82).

Kesimpulannya

Perlu diingatkan setiap perkara yang hendak kita lakukan yang berkaitan dengan syiar atau syariat Islam perlu mempunyai hujahnya yang bersumberkan kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Jika sesiapa yang melakukan perkara ibadah atau penghayatan Islam tanpa berpandukan kepada dalil-dalil atau hujah para ulamak, maka ia dinamakan sebagai jahil murakkab (jahil tidak mahu belajar), hal ini dikuatirkan orang tersebut sesat didalam penghayatannya.

-http://ustaznoramin.blogspot.com

Tujuh Perkara Tanda-Tanda Takut Kepada Allah
MENURUT Abul-Laits tanda-tanda takut kepada Allah dapat dilihat dalam tujuh perkara;

Pertama, pada lisannya. Seseseorang itu yang menghindarkan daripada dusta, ghaibah, menyibar fitnah, berbual-bual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al Quran dan muzakarah ilmu. Dalam hal ini tentulah berzikir dengan nawaitu tidak betul, misalnya hendak menunjuk-nunjuk kealiman dan untuk dilihat sebagai orang yang senantiasa mengingati Allah.

Membaca al-Quran pula bukan untuk menghayati hukum-hukum dan perintah Allah tetapi untuk menunjuk kelunakan suara dan kebolehan melagukan ayat-ayat Quran dengan berbagai lagu dan irama. Manakala bermuzakarah tentang ilmu bukan mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalahan yang timbul tetapi menegakkan hujah dan ego masing-masing.

Kedua, pada hatinya. Seseorang itu membuang masa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Perlunya membuang kedengkian kerana dapat menghapuskan kebaikan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda; “Hasad dapat memakan kebaikan sebagaimana api yang membakar kayu.” Penyakit hasad adalah amat merbahaya. Tidak ada ubat untuk mengatasi penyakit ini selain ilmu dan amal.

Ketiga, pada pandangan. Seseorang yang tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian dan hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpesona dengan dunia. Sebaliknya dia memanang dengan mengambil iktibar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Barang siapa memenuhi matanya dengan benda haram, maka Allah akan memenuhinya dengan api pada hari Kiamat.”

Keempat, pada perutnya. Perut seseorang itu tidak diisi dengan barang dan wang haram, hasil curi, rompak, rasuah dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesuap makanan haram masuk ke perut, seluruh Malaikat di langit dan di bumi akan melaknati selama barangan itu berada di dalam perutnya. Jika mati di dalam keadaan demikian maka dia akan di tempatkan ke Neraka.”

Kelima, pada kedua tangannya. Seseorang yang tidak menggunakan kedua tangannya untuk melakukan sesuatu yang haram melainkan untuk taat kepada Allah. Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar dia berkata; “Sesungguhnya Allah telah membina bangunan dari zamrud hijau. Di dalam terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak dapat masuk ke kawasan itu selain orang ditawarkan barang haram, namun dia menolak kerana takut kepada Allah.”

Keenam, pada langkah kakinya. Seseorang itu tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke tempat maksiat. Tetapi melangkah hanya untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh.

Ketujuh, terlihat kepada ketaatnya. Seseorang itu menjadikan ketaatannya semata-mata mencari keredhaan Allah. Takut kepada riak dan munafik.

Sesiapa yang melakukan tujuh perkara itu dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan Allah; “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga).” – Al Hijr: 45.

Wassalam.

Kiriman: Shah Bundy

Tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam tak tepat
Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Paimuzi Yahya, berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar seperti disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai saja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersolat.

“Untuk tujuan itulah Ilim diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya,” katanya selepas menutup Kursus Falak (Qiblat) di sini, semalam.

Kursus anjuran Jakim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK); Jabatan Mufti Kelantan (JMK); Jabatan Agama Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheiak); dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) disertai hampir 100 peserta terdiri kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Paimuzi berkata kebanyakan masjid dan surau dan premis hotel, dan kediaman peribadi umat Islam di negara ini masih tidak menggunakan kaedah yang betul dalam menentukan arah kiblat. - Bernama

15 perkara penyebab bala
Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut….”dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.

(Hadith riwayat Tirmizi)

Kiriman: Shah Bundy