Sabahdaily » johor
Anwar : Menuju Kebangkitan Rakyat Johor
Kempen menuju perubahan giat di jalankan di negeri Johor Darul Takzim, negeri keenam yang disasarkan sebagai frontline Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam pusingan kempennya di selatan tanahair tiba di Parit Sulong, Batu Pahat menemui lebih 3,000 Melayu, Cina, India dan penyokong Pakatan Rakyat yang bersesak-sesak di Markas Pas Parit Sulong.
“Zaman kita ini adalah zaman edan, yang hendak bercakap benar dipadamkan, digelapkan, kita terangkan hak kebenaran orang Melayu, tak malu ke kita? Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan, bagi tahu kepada kita bahawa begitu melebarnya pendapatan orang Melayu, Melayu yang paling kaya dan paling miskin.
“Istilah sekarang kata kesenjangan antara orang Melayu bumiputera, masalah bumiputera yang dapat AP, dapat kontrak percuma kaya melangit, sedangkan orang Melayu ramai termasuk di Parit Sulong merempat di bawah ini”
Memetik karya ulung pujangga Jawa, Ronggo Wisoto, Anwar berkata rakyat harus melihat kebejatan yang berlaku hari ini dengan rasa insaf dan membulat tekad menuntut perubahan sepertimana yang dituntut agama dan bicara akal waras.
“Kenapa dikata gila? Yang hak dikata bakhil, orang yang rasuah diangkat, tapi orang yang baik dihumban ke penjara, bukan saya kata tapi Ronggo Wasito, seorang ahli falsafah.”
“Orang yang zalim dipuja, yang menegakkan keadilan dihina, orang yang merompak kekayaan negeri dianggap pejuang tapi orang yang membela nasib dianggap pengkhianat terutamanya yang tertindas dan miskin.”
“Ronggo Wasito boleh faham Melayu 2009, kenal zaman akan datang, beliau seolah-olah boleh meneropong zaman akan datang dan ungkapan-ungkapan yang baiknya dalam Bahasa Jawa,” katanya.
Jelasnya sehinggakan ahli falsafah terkemuka itu sudah lama membayangkan zaman akan datang yang penuh dengan kegilaan sehinggakan rakyat yang miskin akan lagi bertambah miskin dan terpinggir.
Perompakan harta rakyat dan penindasan hak adalah sesuatu yang bukan rahsia, bahkan dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah dan kroni-kroni mereka.
“Lebarnya diantara yang paling kaya dan paling miskin, sebab itu saya kata kaji semula Dasar Ekonomi Baru, wah khianat Melayu sebab saya suruh kaji semula DEB, kaji semula kerana kita ambil, kaji semula supaya dapat dilaksanakan dengan adil.”
“AP, dari Rafidah Aziz sampai sekarang, AP ini apa? Permit import motorkar? Berapa untung dia? Dalam masa 10 tahun permit ini bernilai puloh bilion ringgit, siapa dapat? Orang-orang yang terpilih, orang pimpinan UMNO atasan.”
“Saya khianat? Tidak! Saya cemburu kerana saya tidak dapat? Tidak! Saya menteri kewangan lapan tahun, mencekik darah banyak mana pun aku boleh. Siapa yang tidak hendak bagi?
“Pergi ladang Sabah, Sarawak, ermm Datuk tanah ini, Selangor pun begitu juga, apa yang tidak bagi kalau hendak. Tapi saya syukur Alhamdullilah, saya mampu cakap di bulan Ramadhan ini kerana sampai hari ini mereka tidak boleh tapi boleh cerca saya, boleh telanjangkan saya, boleh pukul saya setengah mati.”
“Dia boleh cuba aibkan saya tapi dia tidak boleh buktikan sampai hari ini, apa tuduhan khianat dia, satu saham pun saya tidak ambil, satu inci tanah kerajaan saya tidak ambil, satu AP saya tidak ambil,” katanya.
Anwar mengegaskan sekiranya beliau adalah pengkhianat negara, sudah lama beliau boleh berbuat demikian ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semasa memegang port folio Menteri Kewangan selama lapan tahun dahulu.
Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tomahan dan fitnah daripada mereka yang pro kerajaan tetapi Anwar menegaskan tidak akan berputus asa membela nasib bangsa.
Ekoran itu, Anwar meminta kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru bagi memperlihatkan semula perancangan itu sama ada masih relevan lagi atau tidak mengikut arus masa ke semasa.
“Saya hendak nak buat, nak ajak sayang, selagi Allah bagi kekuatan, kewarasan, kekuatan iman dan akhlak, saya akan guna seluruh kekuatan saya dan jaga kepentingan ini umat dan negara ini, dan hendak angkat kedudukan orang Melayu, Iban, dan Cina, serta Kadazan gagah di negara kita. Itu niat saya,” katanya. -TVA
1000 Sertai PKR di Johor
Parti Keadilan Rakyat Cabang Sekijang menempa sejarah pada 6 September apabila bejaya menyerahkan 1000 borang keahlian baru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam satu majlis Makan Malam di Dewan Siang Hai Kee Restaurant.
Pada sebelah petangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Cabang Keadialan Sekijang dan berdailog bersama penduduk setempat. Menjawab pertanyaan tentang ISA DSAI menyatakan bahawa ISA tidak diperlukan kerana setiap pesalah boleh didakwa mengikut undang-undang yang telah sedia termaktub, seperti jenayah senjata api, ada undang-undang senjatapi, begitu juga pemberontakan dan penganas terdapat undang-undang yang boleh disabitkan keatas pesalah-pesalah.
“Kita bukan hendak lawan UMNO, MCA, MIC tetapi kita nak ajak tukar rumah yang kotor dan buruk kepada rumah yang baru dan bersih” Ujur Anwar apabila menyentuh berkenaan komisen RM400 juta untuk sebuah kapal selam tidak termasuk meriam dan lain-lain.
UMNO juga menurut beliau lagi berlagak sombong apabila berlaku sesuatu isu akan mengangkat keris dan sanggup menghina agama lain seperti yang berlaku di Selangor mereka sanggup mengarak kepala lembu yang menjadi simbol kesucian bagi masyarakat India.
BN berlagak sombong dan berbuat apa sahaja dan setiap tindakan BN ia tidak berada bersama hati rakyat kerana mereka mementingkan kroni mereka lebih dari rakyat bawahan. Sebagaimana yang berlaku di Perak seorang pelajar Cina mendapat 9A namun tidak dapat memasuki universiti. Ini adalah tidak adil kerana setiap rakyat Malaysia seharusnya dilayan dengan saksama. Menurut DSAI walaupun ia seorang Melayu semestinya ia akan menjaga nasib orang Melayu, tetapi beliau juga adalah rakyat Malaysia tugas beliau adalah untuk menjaga semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mewah yang mana suatu masa dahulu adalah bersaing bersama Singapura dan Taiwan namun ia menjadi jauh ketinggalan disebabkan oleh masalah rasuah yang teruk. Sekiranya kewangan negara diurus dengan betul, kekayaan negara ini sudah boleh dinikmati oleh seluruh rakyat negara ini. -boyanmen / GB
Penternak ayam buat hal
Tindakan 100 penternak ayam daging di Johor yang melepaskan 4,000 ekor anak ayam di hadapan pejabat Jabatan Veterinar negeri merupakan perbuatan yang kejam dan tidak bertanggungjawab, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.
Beliau yang kesal dengan tindakan penternak berkenaan berkata, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan mengkaji semula kaedah pengagihan subsidi dan insentif kepada penternak, petani dan nelayan bagi memastikan pengagihan lebih adil.
Katanya, perkara itu akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk dibincangkan.
“Langkah itu telah dimaklumkan kepada persatuan tetapi mereka telah mengambil tindakan yang tidak bertanggungjawab.
“Jika syarikat yang besar pun nak dapat insentif, bagaimana kita nak membela penternak kecil-kecilan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Cabaran Perdana Kepimpinan Dalam Ekonomi Inovasi di sini semalam. -Kosmo
Jambatan Ketiga: Sultan Tolak Idea Najib
Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.
Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini.
“Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu,” baginda dipetik bertitah.
Pengumuman mengenai pembinaan jambatan ketiga di Timur Johor dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengadakan lawatan pada 18 hingga 19 Mei lalu, bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang sering berlaku Tambak Johor terutama waktu puncak selain menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar Desaru dan Pengerang.
Cadangan mewujudkan laluan penghubung ketiga antara kedua-dua negara itu dikemukakan Perdana Menteri dan dipersetujui Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long.
Anggota parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad sbelum ini menyifatkan langkah pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di Timur Johor sebagai tidak wajar.
Shahrir berkata pembinaan jambatan antara Singapura dengan Pengerang seterusnya Mersing itu bukan keperluan mendesak bagi rakyat negara ini dan pelancong dari republik itu.
“Pandangan saya, pembinaan jambatan itu bukan satu keperluan yang mendesak sebaliknya kerajaan perlu meningkatkan kecekapan perkhidmatan feri atau menggalakkan penggunan kapal dan bot bagi menghubungkan kedua-dua negara.
PAS Johor Bahru turut pernah mempersoal cadangan Najib dengan bertanya kenapa begitu mudah Perdana Menteri mencadangkan projek jambatan yang baru sedangkan kesibukan trafik yang sedia ada di tambak Johor masih tidak dapat diatasi biarpun Kompleks Iskandar yang baru sudahpun dibuka termasuklah penggunaan Link Kedua yang tidak dimaksimumkan penggunaannya dan perkhidmatan keretapi KTMB yang perlu diperbaiki segera mutu perkhidmatannya. -GB / BH
PPSMI – Hasil Dialog GMP Dan Anwar
UNIKA PTS: Semalam, Selasa 12 Mei 2009, telah berlangsung dialog antara 15 orang pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Tn. Azmin Ali.
Dalam dialog itu DS Anwar Ibrahim meminta Pengerusi GMP, Dato’ Hassan Ahmad, melaporkan kemajuan gerakan itu semenjak Perhimpunan 100 Ribu yang lalu.
Ketua Umum PKR itu kemudian menegaskan bahawa pendirian beliau tidak pernah berubah, yakni beliau akan terus berjuang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu, dan pada waktu yang sama beliau akan mempertahankan kedudukan bahasa-bahasa ibunda semua kaum lain sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.
Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said menegaskan beliau akan terus menjelajah seluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat isu sebenar yang diperjuangkan oleh GMP, dan beliau sendiri.
Dato’ Seri Anwar juga dimaklumkan, oleh sebab Tan Sri Muhyiddin masih enggan memansuhkan PPSMI, maka GMP akan turun padang bagi menjalankan siri kempen penerangan di seluruh negara, dan negeri yang pertama dipilih adalah negeri Johor.
Johor dipilih kerana ia adalah negeri kubu terkuat UMNO, dan UMNOlah yang mengkhianati Bahasa Melayu.
GMP berpendapat bahawa rakyat negeri Johor perlu diberi penerangan yang sejelas-jelasnya mengapa mereka mesti menolak UMNO, yakni selagi UMNO tidak mengembalikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar kepada keadaannya sebelum 2003.
-nikhassanazmi.blogspot.com
Kertas 'No Ekor' menghina Nabi
Biadab dan melampau. Perbuatan sindiket judi di bandar raya ini menggunakan kertas bertulisan selawat nabi untuk menyiarkan keputusan nombor ekor seolah-olah mahu mempersendakan kesucian Islam.
Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Azuani Ahmad, 36, berkata tindakan sindiket terbabit bukan saja memperlekehkan selawat nabi, tetapi juga seperti menghalalkan kegiatan perjudian apabila meletakkan kedua-dua keputusan nombor ekor dan selawat nabi di muka surat sama.
Menurutnya, dia menyedari perbuatan sindiket terbabit Selasa lalu apabila kertas itu diedarkan secara bebas sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran di Tampoi di sini.
“Awalnya saya dan beberapa rakan beranggapan kertas yang diedarkan itu risalah biasa bagi promosi jualan barangan. Ini berikutan kertas itu diedarkan secara percuma kira-kira jam 8 malam termasuk penduduk Islam.
“Kami tambah terkejut apabila kertas itu terkandung selawat menyampaikan hajat kepada Nabi,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.
Dia berkata, perbuatan itu bukan saja boleh memesong dan mencemuh selawat nabi, malah menimbulkan pandangan serong di kalangan pelancong khususnya orang Islam.
Katanya, selawat nabi tidak boleh digunakan untuk tujuan haram termasuk kegiatan perjudian.
“Selawat menjadi permohonan kepada Allah supaya memberikan keutamaan kepada doa dan dengan berselawat, kita boleh mendapat pelbagai manfaat.
“Sebaliknya, penggunaan selawat di kertas judi adalah dosa besar dan menunjukkan perbuatan orang cetek pengetahuan agama. Diharapkan Jabatan Agama Johor (JAJ) mengambil tindakan tegas terhadap sindiket nombor ekor berkenaan,” katanya
Sementara itu, jurucakap JAJ berkata, selawat adalah kemuliaan terhadap Nabi dan sewajarnya digunakan secara bersesuaian.
“Kalau ia terkandung pada kertas nombor ekor, itu bermakna masyarakat tidak menghormati Islam dan mengambil ringan kepentingan selawat berkenaan.
“Kami akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sesuai bagi menghentikan perbuatan terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sumber: MyMetro
Satu lagi projek babi Kerajaan Barisan Nasional..?
Selepas kemenangan Pakatan rakyat di lima buah negeri pada PRU ke-12 yang lepas, media perdana begitu lantang membangkitkan isu penternakan babi di Selangor dan Kedah yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Kedua-dua kerajaan negeri ini digambarkan sebagai kerajaan yang tidak bertanggungjawab serta tidak sentitif dengan sensitiviti rakyat terutama kaum Melayu yang beragama Islam.
Mereka mengambarkan seolah-olah penternakan babi mula diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dan tiada projek seumpamanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional. Isu tersebut diputar-belitkan untuk mencemarkan imej Pakatan Rakyat serta Parti PAS terutamanya yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya.
Hakikatnya Projek pembukaan ladang ternakan babi turut diusahakan di negeri-negeri yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional(BN). Contohnya, satu permohonan pembukaan projek ternakan babi yang melebihi 50 ekar telah dibuat oleh syarikat Singamdia Sdn Bhd kepada kerajaan negeri Johor di Daerah Kota Tinggi baru-baru ini. Permohonan penukaran status tanah di Hulu Sedili Besar daripada tiada kepada TERNAKAN BABI telah dikemukakan kepada pihak Pentadbir Tanah Kota Tinggi dalam surat yang bertarikh pada 5 Oktober 2007 yang lalu (sebagaimana lampiran).
Melalui surat rasmi Pejabat Pentadbir Tanah Kota Tinggi tersebut, permohonan penukaran syarat tanah tersebut dikatakan akan dipertimbangkan selepas mendengar penjelasan dari pihak syarikat terbabit. Terdapat 11 lot tanah yang jumlah luasnya melebihi 50 ekar diluluskan untuk projek tersebut. Lot-lot tanah yang terlibat dalam projek ini ialah lot 204 dan lot 405 hingga 414. Persoalannya, apakah mereka tidak mengetahui bahawa kawasan Hulu Sungai Sedili Besar itu didiami oleh masyarakat yang rata-rata melayu dan beragama Islam? Yang menghairankan lagi, majoriti penduduk di daerah Kota Tinggi ini adalah terdiri daripada orang melayu, jadi apa rasionalnya pusat penternakan babi tersebut hendak di bangunkan di sini? Tidak mencukupikah selama ini tempat-tempat penternakan babi yang terdapat melata di seluruh Johor? Adakah masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang Johor yang meminati keenakkan daging tersebut? Adakah projek tersebut akan meniru projek ternakan babi berteknologi tinggi di Selangor dan Kedah yang selama ini diperlekehkan oleh mereka?
Sehingga kini, media masih lagi memainkan isu ternakan babi dengan tujuan menjatuhkan imej Parti PAS di mata para pengundi. Pada masa yang sama mereka tidak memperkatakan isu ternakan babi di negeri-negeri bawah kekuasaan Barisan Nasional yang semakin parah dan tidak terkawal. Tindakan yang berat sebelah ini telah lama disedari oleh rakyat Malaysia yang tidak lagi memberi kepercayaan yang penuh pada media massa perdana. Amat malang bagi orang Kota Tinggi sekiranya permohonan tersebut di luluskan…tunggulah hasil daripada kenikmatan aroma terapi yang bakal di hasilkan oleh salah satu projek Barisan Nasional ini. Mana perginya ADUN Sedili?
Sumber : Tranungkite / PasKotaTinggi
Laporan Polis Kg. Plentong – Ahli Politik terlibat..?
Saya mewakili penduduk kampung memohon agar pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah untuk melakukan siasatan terperinci dan mendakwa beberapa individu serta syarikat-syarikat teretntu yang melakukan penipuan, penyelewengan, penindasan dan penginyaan secara jelas, terang dan nyata terhadap penduduk-penduduk Kampong Baru Plentong Tengah.
Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat serta lampiraan-lampiran untuk makluman dan tindakan Polis dan Badan Pencegah Rasuah agar siasatan dan pendakwaan dapat dilakukan seterusnya.
1. Wujudnya Penyelewengan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui pejabat tanah/pejabat daerah mengurniakan tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali swbagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru kepada pihak swasta iaitu MOSBERT BERHAD pada tarikh 11/9/1968 sedangkan permohonan oleh penduduk telah dilakukan lebih awal. Seperti di lampiran 1
2. Menyiasat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Tiram ( pada keteika itu ) Dato Ali Bin Hassan dengan bersubahat memeprekenalkan Peguam En Haddie Darris and Co untuk menipu dan
menyeleweng wang tabungan penduduk berjumlah RM 471,307.93 ( RM Empat Ratus Tujuh Belas Ribu, Tiga Ratus Tujuh dan Sembilan Puluh Tiga Sahaja ) milik 115 ( Seratus Lima Belas ) penduduk Kampong Baru Plentong Tengah. Seperti di lampiran 2.
3. Menyiasat dan mendakwa terhadap Peguam En Haddie Darris daripada Haddie Darris and Co kerana melakukan penipuan dan penyelewengan wang berjumlah RM 417,307.93 ( RM Empat Ratus Tujuh Belas Ribu Tiga Ratus Tujuh dan Sen Sembilan Puluh Tiga Sahaja ) milik 115 ( Seratus Lima Belas ) penduduk Kampong Baru, Plentong Tengah. Seperti di lampiran 3.
4. Menyiasat dan mendakwa terhadap Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Kawasan Tiram ( pada ketika itu ) Dato Ali Bin Hassan secara bersubahat mengarahkan 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) penduduk Kg Baru, Plentong Tengah menyerahkan kepada Syarikat OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD untuk trangsaksi awal pemilikan tanah. Seperti di lampiran 4.
5. Menyiasat dan mendakwa terhadap Peguam J. Singh and Co kerana melakukan penipuan dan penyelewengan wang berjumlah RM 820,000.00 ( RM Lapan Ratus Dua Puluh Ribu Sahaja ) milik 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) penduduk Kg Baru Plentong Tengah dalan transaksi penjualan tanah oleh pihak OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD. Seperti di lampiran 5.
6. Menyiasat dan mendakwa terhadap Encik Mohd Ayub B. Kasdi ( I/C No : 560608-01-6277 ) beralamat No. 7, Jalan Besar, Kampong Baru, Plentong Tengah, Johor Bahru secara bersubahat bertindak bagi pihak dan mewakili OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD seperti yang tercatit pada surat Rujukan : F. Lot 83/94 bertarikh 25.10.94 Seperti di lampiran 6.
7. Menyiasat dan mendakwa terhadap OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD kerana dalam keadaan sedar menjual tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali sebagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru kepada BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD walaupun pihak OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD dalam proses transaksi penjualan dan telahpun mengutip deposit berjumlah RM 820,000.00 ( RM Lapan Ratus Dua Puluh Ribu Sahaja ) milik 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) penduduk Kampong Baru Plentong Tengah.
8. Menyiasat dan mendakwa terhadap BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD dalam keadaan sedar membeli tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali sebagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru daripada OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD tanpa menyiasat kedudukan sebenar status hak milik tanah tersebut serta transaksi-transaksi yang berlaku diantara penduduk Kampong Baru Pelentong Tengah dengan OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD
9. Menyiasat dan mendakwa terhadap En Hasmoni Bin Salim yang merupakan seorang bekas Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri dan juga bekas Exco Kerajaan Negeri Johor yang terlibat secara langsung dalam BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD sebagai salah seorang lembaga Pengarah Seperti Lampiran
10. Menyiasat dan mendakwa terhadap Encik Mohd Shahari Bin Mohd Sham selaku Ketua UMNO Cawangan Kampong Baru Plentong Tengah yyang bersubahat dan berniat jahat terhadap penduduk-penduduk-penduduk kampong Baru Plentong Tengah dengan menarik balik Affidavit tanpa persetujuan seluruh penduduk Kampung Baru plentong Tengah terhadap BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD yang sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 Oktober 2009.
11. Menyiasat dan mendakwa Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato Seri Mohamad Khaled Nordin yang secara sedar tidak membantu untuk mengatasi kemelut yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Kampong Baru Pelentong Tengah malah dengan secara sedar membuat janji-janji palsu ketika kempen Pilihanraya ke 12 dalam isu penempatan semula penduduk dari kampong Baru Plentong tengah ke Kampong Bukit dagang, Ulu Tiram. Ini menguatkan lagi wujudnya kepentingan beliau dalam pembangunan semula tanah Kampong Baru Pelentong Tengah tersebut.
12. Menyiasat dan mendakwa YAB Dato Hj Abdul Ghani Bin Othman selaku Menteri Besar Johor yang gagal menyiapkan infra struktur kemudahan asas seperti Jalan Raya, Pembekalan Letrik dan Pembekalan Air Bersih di kawasan penempatan semula Kampong Bukit Dagang, Ulu Tiram seperti yang telah dijanjikan
13. Wujudnya penyelewengan dalam pembahagian Lot-Lot tanah di kawasan penempatan semula Kampong Bukit Dagang, Ulu Tiram. Pecahan Lot yang dikurniakan adalah berjumlah 202 Lot manakala penama yang diperuntukkan Cuma 123 orang. Manakala selebihnya sebanyak 79 penama tidak di umumkan.
14. Wujudnya penyelewengan dalam pembahagian Lot-Lot tanah di kawasan penempatan semula Kampong Bukit Dagang, Ulu Tiram kerana sebahagian penduduk asal Kampong Baru Pelentong Tengah tidak diperuntukkan tanah tersebut tanpa alasan yang munasabah.
Nama Pengadu
HASSAN BIN WAN ISMAIL
Balai Polis Johor Bahru Central
Johor Jaya
Rakyat JB Mahukan Jambatan Ganti Tambak Johor
Rakyat Johor Bahru mahukan sebuah jambatan baru dibina menggantikan Tambak Johor yang sentiasa penuh sesak. Demikianlah intipati sebuah laporan Bernama yang disiarkan oleh Utusan On-line hari ini.
Oleh itu, berita yang saya siarkan di bawah ini perlulah dikaji sehalus-halusnya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ini kerana beliau adalah pemimpin yang telah membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok untuk menggantikan Tambak Johor di Johor Bahru. Maka, beliaulah juga yang semestinya mengkaji semula permintaan semasa rakyat di Johor Bahru.
HIDUPKAN KEMBALI PROJEK JAMBATAN BARU GANTI TAMBAK JOHOR, KATA PENDUDUK DAN PEMIMPIN POLITIK JB
JOHOR BAHRU 15 Dis. — Bangunan Sultan Iskandar bernilai RM1.3 bilion yang dirasmikan oleh Sultan Johor pada 2 Dis lepas akan beroperasi sepenuhnya sebagai pintu masuk dan keluar negara mulai tengah malam ini.
Bagaimanapun, bagi penduduk dan pemimpin politik tempatan di Johor Bahru, mereka tetap menaruh harapan agar kerajaan dapat menghidupkan kembali projek pembinaan jambatan baru, sama ada bengkok atau lurus, untuk menggantikan Tambak Johor.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, kebanyakan rakyat Johor masih mahukan sebuah jambatan baru yang menyeberangi Selat Johor, menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1923.
“Anda tanya sendiri rakyat Johor sama ada mereka mahukan jambatan baru atau tidak, dan kebanyakan akan mengatakan yang mereka mahukan sebuah jambatan yang baru untuk menggantikan Tambak Johor,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata, kesesakan trafik yang berlaku setiap hari di pusat bandar raya hanya dapat diatasi menerusi pembinaan jambatan baru di selat terbabit.
Menurut Abdul Halim, jambatan baru yang lebih besar dan memenuhi keselesaan pengguna juga dapat meningkatkan kemasukan pelabur dan pelancong asing ke Iskandar Malaysia.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm
Di bawah ini saya siarkan dua kenyataan Abdullah yang bercanggah mengenai projek Jambatan Bengkok.
Kenyataan Abdullah pada 10 Februari 2006: “Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan baru, sama ada bengkok, lurus atau herot,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tegas Perdana Menteri, Malaysia memerlukan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Sehubungan itu, Perdana Menteri menyerahkan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, untuk mengadakan rundingan dengan Singapura.
Kenyataan Abdullah pada 12 April 2006: Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan Kerajaan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit dengan jambatan tersebut.
Maka, berasaskan maklumat terbaru yang dipetik oleh Bernama hari ini, benarkah Abdullah membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok di JB pada 12 April 2006 berasaskan suara dan sentiment rakyat jelata? Fikir-fikirkanlah sendiri, siapa membohongi siapa? – Ruhanie Ahmad
Kg Plentong Tengah terus ditimpa malang
Nasib malang yang menimpa penduduk Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru berterusan apabila seramai 290 keluarga bakal kehilangan tempat tinggal pada 18 Disember ini.
Pada tarikh tersebut, syarikat pemaju Bukit Lenang Development Sdn Bhd akan merobohkan rumah penduduk tersebut bila kesemua mereka enggan menandatangani aku janji dengan syarikat terbabit.
Hari ini, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Plentong menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
Dalam aduannya hari ini, wakil penduduk tersebut turut melahirkan rasa kesal bila rumah baru dan penempatan transit yang dijanjikan kepada mereka masih belum siap hingga kini.
Sebelum ini, kerajaan negeri Johor berjanji akan menyediakan penempatan baru di Bukit Dagang sebagai ganti kepada tanah mereka yang telah diambil untuk projek pembangunan Iskandar yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mereka turut kesal dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Seri Khaled Nordin yang berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Plentong Tengah namun janji hanya tinggal janji mereka akhirnya diusir dari tanah sendiri.
Sehubungan itu, pada 18 dan 19 Disember ini wakil Suhakam akan berada di kampung tersebut dan melawat tapak penempatan semula yang telah dijanjikan oleh Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman.
Menurut surat peguam syarikat pemaju itu, perobohan pada pagi Khamis depan tidak melibatkan 120 penduduk yang telah menerima aku janji di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 Oktober lalu.
Harakah