Sabahdaily » melaka

Penghormatan terakhir untuk Teoh
MELAKA, : Para pemimpin Pakatan Rakyat bersama rakyat memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh Beng Huat yang meninggal dunia di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mengetuai pimpinan PAS yang bergegas ke Melaka selepas retreat PAS di Alor Setar yang tamat petang Ahad lepas.

Selain beliau, turut serta Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Rahman, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan Zulkifli Mohd Omar. Turut serta Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat.

Di samping itu, para Exco negeri Selangor turut serta bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Teoh. Antaranya Dr Halimah Ali.

Lebih kurang 2,000 orang berhimpun untuk menghadiri pengkebumian Teoh Beng Hock di Alor Gajah, Melaka.

Upacara bermula jam 9.45 pagi semalam dan keranda mendiang Teoh dibawa dari rumahnya di Taman Sri Kelamak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di taman peringatan Nirvana di Semenyih.- Siasahdaily

Gambar-gambar berkaitan:

H1N1: UITM Alor Gajah Melaka ditutup
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka ditutup selama sembilan Khamis berkuatkuasa serta-merta berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus terbabit sejak seminggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata penutupan kampus tersebut adalah disebabkan kejadian kes-kes influenza yang tinggi di kalangan pelajar UiTM serta bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan para pelajar.

“Penutupan kampus UiTM Alor gajah, Melaka berkuatkuasa serta-merta sehingga Jumaat, 24 Julai 2009. Arahan ini melibatkan semua pelajar kolej, pengajar dan kakitangan UiTM Alor Gajah, ” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata dalam tempoh penutupan kampus berkenaan kerjasama daripada pelajar , kakitangan dan tenaga pengajar diperlukan untuk mematuhi peraturan-peraturan berikut bagi mengawal penularan wabak pandemik ke dalam komuniti.

“Mereka diingatkan sentiasa berada di rumah atau kolej kediaman dan mengurangkan pergaulan rapat dengan mereka yang tidak terlibat dengan arahan ini serta mengamalkan kebersihan diri dan etika atau adab batuk yang baik,” katanya.

Dr. Mohd Ismail berkata bagi mereka yang mengalami simptom seperti batuk, demam dan selsema hendaklah sentiasa memakai mask dan sekiranya jangkitan bertambah teruk, diminta untuk segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan

Mereka yang mengalami simptom berkenaan juga diminta tidak mengunjungi tempat-tempat awam atau majlis keramaian.

“Mereka yang terlibat termasuk ibu bapa atau penjaga yang ingin mendapatkan maklumat yang berkaitan influenza A (H1N1) boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan http://www.moh.gov.my dan http:/h1n1.moh.gov.my atau melalui talian hotline influenza A H1N1 03-88810200,03-88810300, 03-88834414 dan 03-88834415 yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 9 malam setiap hari.

– BERNAMA

Pembentukan Kerajaan Perpaduan Perlu Berteraskan Kepentingan Negara – Shafie
MELAKA, 7 Jun (Bernama) — Umno perlu meneliti kandungan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadangkan PAS sama ada ia berdasarkan kepada kepentingan negara dan rakyat atau fahaman parti politik sebelum sebarang ketetapan dibuat, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata apa yang penting dilihat ialah kebaikan-kebaikan yang boleh membantu negara dan rakyat termasuk memulihkan ekonomi dan menstabilkan politik.

Katanya cadangan melaksanakan pembentukan kerajaan perpaduan itu mestilah berteraskan kepada keikhlasan.

“Saya melihat kalau sekiranya cadangan itu untuk kepentingan negara dan rakyat, kita perlu melihat dan mendengarnya, bagaimana ia boleh menambah baik dari segi pembangunan negara apatah lagi dalam keadaan ekonomi dunia pada hari ini yang amat mencabar, kita memerlukan kesejahteraan, kestabilan suasana yang ada bukan saja di negara kita malah di rantau ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Hari Potensi Tabika Kemas peringkat kebangsaan di Dataran Sejarah di sini, malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno yang dicadangkannya sebelum ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.

Shafie berkata “(Perdana Menteri) Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, saya ingat pernah menyatakan kalau pun nak melihatkan keadaan ini (cadangan) atau pun kita nak respons seharusnya tidak ada syarat-syarat tertentu”.

“(Kerajaan campuran) sejarah kita memang pernah berlaku pun di zaman (bekas menteri besar Selangor) Datuk Harun Idris, kita pernah bergabung dengan kerajaan PAS, kita telah melantik (bekas Presiden PAS) Datuk Mohamed Asri Muda menjadi Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah satu ketika dahulu dan bukan satu perkara mustahil,” katanya.

– BERNAMA

UMNO bermain politik surau
Umno sering menuduh PAS menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik. Namun tuduhan itu menunjukkan kedangkalan Umno tentang ajaran Islam. Apabila Ustaz-ustaz yang mengajar di masjid dan surau membacakan ayar-ayat Al-Qur’an dan Hadis mereka menuduh PAS bermain politik di masjid dan surau. Sedangkan mereka jahil tentang Islam dan tetap beriman bahawa politik tidak ada kena mengena dengan Islam.

Namun saya ingin menjelaskan di sini bahawa PAS tidak pernah menganjurkan program parti di dalam masjid atau pada mana-mana program dan aktiviti surau maupun masjid. Malangnya Umno lah yang sering menggunakan kemudahan awam seperti sekolah, balai raya, masjid dan surau untuk kepentingan politik mereka. Bayangkan bagaimana biadapnya Umno apabila tanpa segan silu menggunakan balai raya untuk dijadikan pejabat Umno cawangan. Di Melaka perkara sebegini sudah menjadi lumrah. Bagi pemimpin Umno harta awam dan harta rakyat adalah harta Umno dan BN.

Semalam Umno di Melaka sekali ini menunjukkan belang mereka apabila menyediakan kaunter pendaftaran keahlian Umno pada majlis Perasmian Surau dan Balairaya Taman Angkasa Nuri, DUN Durian Tunggal. Program di bawah Japerun Durian Tunggal dan JKKK Gangsa ini di adakan di kawasan Surau dan Balai Raya tersebut. Selepas ini saya tidak hairan jika papan tanda Umno Cawangan Taman Angkasa Nuri akan didirikan di perkarangan Balai Raya tersebut.

Lebih malang lagi acara perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Menteri dan ADUN Durian Tunggal, Wahab Latip juga dicemari dengan program berunsur judi. Pihak penganjur telah mengadakan pertandingan meneka berat buku dan jumlah muka surat. Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut dikenakan 50 sen untuk sekali teka. Bukankah ianya ada unsur-unsur judi?

Inilah Umno, kalau tidak menggunakan kemudahan rakyat dan awam serta menyelitkan program-program berunsur judi dan maksiat itu bukan Umno namanya. -Mutaligat

Kesal Undi Tidak Percaya Ditolak Speaker
Ayer Keroh, Melaka : Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Melaka, Ramli Dalip (gambar) kesal kerana usul undi tidak percaya DAP yang dikemukakan kepada Speaker DUN Melaka untuk dibahaskan pada persidangan DUN akan datang ditolak.

Usul tersebut dihantar kepada Speaker DUN Melaka oleh Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San yang juga ADUN Kesidang sebulan lalu.

Dalam laporan media minggu lepas Goh tidak berpuashati kerana usul tersebut ditolak sedangkan ianya telah memenuhi semua syarat.

Sidang DUN Melaka akan berlangsung dari 20 dan 23 April ini.

Ramli berkata Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Mohammad sepatutnya bertindak adil dengan membenarkan usul ini dibahaskan kerana ianya sangat penting kepada negeri dan rakyat Melaka.

Menurut Ramli, usul undi tidak percaya ini penting untuk melihat samada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masih mendapat kepercayaan Ahli Dewan Undangan atau sebaliknya. Jika usul itu ditolak selepas dibahaskan bermakna beliau masih mendapat kepercayaan untuk meneruskan tugasnya sebagai Ketua Menteri atau sebalinya jika beliau kalah maka Ali Rustam mesti meletakkan jawatan.

“Ketua Menteri yang terbukti terlibat dengan rasuah sepatutnya meletakkan jawatan namun sehingga kini beliau masih berdegil dan terus memegang jawatan tersebut tanpa segan silu”.

“Sepatutnya beliau sebagai seorang Ketua Menteri mesti menjaga maruah diri dengan meletakkan jawatan, namun oleh kerana beliau sendiri sudah hilang maruah maka beliau sanggup meneruskan tugasnya sedangkan sepatutnya jawatan tersebut dipegang oleh seorang yang berintegriti, bermaruah, bersih dan telus” kata Ramli yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Ramli kesal kerana sepatutnya Speaker kena sedar bahawa usul ini penting kepada Ketua Menteri kerana jika usul ini ditolak pada persidangan DUN nanti bermakna Ketua Menteri masih mempunyai sokongan kuat dari ADUN.

Namun oleh kerana usul ini ditolak maka kita tahu mengetahui secara sah adakah Ketua Menteri masih mendapat sokongan jitu dari ADUN atau sebaliknya.

Katanya, Speaker harus mempertimbangkan semula usul ini agar ianya dapat diterima semula untuk dibahaskan pada persidangan DUN akan datang demi kepentingan rakyat dan negeri Melaka.

-http://mutaligat.blogspot.com

Penyokong Ali Rustam bertindak ala samseng
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penyokong Ali Rustam yang berhimpun secara haram di depan Seri Negeri untuk menghalang penyerahan memorandum yang mendesak beliau meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka kerana terlibat dengan rasuah oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Menurut Ketua DPPNM, Ustaz Kamaruddin Sidek bahawa tindakan itu jelas sekali menunjukkan Ali Rustam mengamalkan budaya samseng kerana beliau yang mengetuai sendiri perhimpunan tersebut.

“Ali kena berani bertanggungjawab dan jangan takut dengan bayang-bayang sendiri dengan mengarahkan para penyokongnya berkumpul bagi melakukan provokasi terhadap Pakatan Rakyat.

“Kalau dia tak bersalah kenapa perlu takut dan mengumpulkan penyokongnya sedangkan kami datang cuma untuk menyerahkan memorandum sahaja, mengapakah Pak Lah sendiri boleh terbuka menerima memorandum yang dihantar kepadanya mengapa Ali tidak boleh.

Sambil itu, beliau menyifatkan tindakan penyokong Ali Rustam yang menendang kenderaannya sehingga rosak merupakan golongan yang menyokong secara melulu dan membabi-buta walaupun telah terbukti Ali bersalah melakukan rasuah oleh Umno sendiri.

Beliau juga kecewa dengan kegagalan pihak polis menyediakan kawalan keselamatan terhadap rombongan Pakatan Rakyat yang keluar daripada Seri Negeri selepas menyerahkan memorandum sedangkan sebelum itu pihak polis memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan mereka adalah terkawal.

“Biarlah kita berpolitik secara sihat bagi membangunkan dan memajukan bangsa serta negara ini supaya dipandang mulia oleh masyarakat antarabangsa bukannya dengan bersifat kebudak-budakan seperti orang yang mabuk kuasa.

“Kuasa adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita dan kita perlu melaksanakan dengan sebaik mungkin di mana di akhirat kelak kita akan dipertanggungjawabkan terhadap segala tindak-tanduk kita ke atas amanah tersebut,” kata beliau.

Tempohari, penyokong Umno yang berhimpun di depan Seri Negeri bagi menghalang penyerahan memorandum tersebut bertindak ganas menerajang dan melempar pelbagai objek terhadap kenderaan Ustaz Kamaruddin sehingga mengakibatkan kerosakan.

Mereka yang berarak dari kediaman rasmi Ketua Menteri, Seri Bendahara diketuai oleh Ali Rustam diberi kawalan keselamatan VIP oleh pihak polis sedangkan ia bertujuan memprovokasi rombongan Pakatan Rakyat.

Polis telah mengadakan sekatan jalanraya menuju ke Masjid Al Alami dan Seri Negeri serta mengawal ketat di kedua lokasi tersebut sejak 11.30 pagi bagi menghalang hasrat Pakatan Rakyat.

Ini adalah kejadian kedua provokasi yang dilakukan oleh penyokong Ali Rustam ke atas Pakatan Rakyat di mana sebelum ini mereka melakukan provokasi di depan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Melaka ketika laporan rasuah Ali Rustam dibuat. -Harakahdaily

Dr M: Mohd Ali patut letak jawatan KM
Setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan mengamalkan politik wang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, kata mantan perdana menteri.

“Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli Umno pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.

“(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung.

“Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung. Kita tidak boleh cakap macam itu,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan presiden Umno itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali patut kekal sebagai ketua menteri ekoran keputusan lembaga disiplin Umno semalam.

Dr Mahathir mengulas perkara itu dalam sidang media di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di ibu negara petang ini.

Hadir sama ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan penyokong Mohd Ali akan memindahkan sokongannya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

“Ada kemungkinan mereka (penyokong Mohd Ali) akan menyokong Muhd Taib. Muhd Taib akan menang. Tetapi keputusan yang sebenar akan dilihat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sokong Muhyiddin

“Apabila rakyat mendapati parti (Umno) memilih orang sebegitu, mereka akan membuat keputusan (dalam pilihanraya). Jadi terpulang kepada parti untuk memikirkan.

“Perwakilan (Umno) mesti memikirkan tanggungjawab mereka. Kalau mereka memilih orang yang tidak dihormati rakyat terbanyak dan pengundi, akhirnya parti akan kalah dalam pilihanraya,” katanya.

Beliau juga mengisytiharkan sokongan terbukanya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya rasa, apa yang tinggal, orang yang tidak boleh membaca dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Itu sebab dia buat kesalahan di Australia, kerana dia tidak baca Inggeris.

“Pilihan saya Muhyiddin,” kata Dr Mahathir dengan sinis.

Pada 1999, Muhammad dilaporkan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta di Australia.

Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris, dan  kemudiannya didapati tidak bersalah.

Mengulas peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan timbalan presiden Umno itu, tetapi dengan syarat “tidak melantik pemimpin yang korup dalam kabinetnya”.

Beliau turut membidas kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memohon Yang di-Pertuan Agong yang sedang bersidang supaya tidak melantik Najib sebagai perdana menteri.

“Kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong, saya tak mahu baca apa pun pasal ni. (Pandangan) bodoh sangat. Siapa dia (Zaid) yang gamak dia nak? Dia nak Pak Lah balik?” katanya. -Malaysiakini

Ahli UMNO Melaka sertai PAS malam ini..?
Kalau 2 hari lepas Ketua Menteri Melaka mendakwa 40 orang ahli ‘celup’ PAS menyertai Umno, malam ini Insya Allah 19 orang ahli tulen Umno akan menyertai PAS. Majlis ini akan berlangsung di sebuah restoran di negeri Melaka.

Saya akan melaporkan berita ini dengan lebih lengkap selepas majlis tersebut berlangsung.

Bak kata Pendekar Musytar dalam Filem Pendekar Bujang Lapok, “ini betul-betul bukan main-main”.

Kalau Umno main-main dalam hal penyertaan ahli PAS celup ke dalam Umno, PAS tidak berbuat demikian sebaliknya akan memeriksa dahulu kesahihan orang-orang tersebut samada benar-benar ahli Umno atau sekadar penyokong Umno atau mungkin juga tidak berparti. Tidak sebagaimana Umno seringkali mengelirukan rakyat dengan dakwaan bahawa sesiapa sahaja yang mendakwa ahli PAS mereka percaya. Sedangkan mereka yang mengaku ahli PAS tersebut adalah ahli PAS yang sudah terlucut keahliannya; sekadar penyokong; tidak berparti malah kadang-kadang ahli Umno yang berlakon menjadi PAS. Mereka sebenarnya hanya mahukan duit dan habuan yang diterima dari Umno dalam apa juga bentuk.

Sebab itulah PAS tidak risau dengan berita-berita kemasukan ahlinya ke dalam Umno kerana kebanyakan kes itu adalah tidak benar dan palsu. Ini termasuklah isu kemasukan Senin Tumpang dan kononnya 40 orang ahli PAS ke dalam Umno 2 hari lepas. Setelah diperiksa ahli-ahli di Musai boleh dikatakan tiada kerana cawangan PAS Musai juga sudah lama tidak ujud.

Jadi persoalannya sekarang siapa yang menipu dan siapa yang kena tipu. Mungkin Senin Tumpang menipu YAB Ketua Menteri atau sebaliknya.

Sumber: Mutaligat.blogspot

Melaka Cadang Bina Jambatan Malaysia-Indonesia
Kerajaan akan mengambil kira segala aspek termasuk kesesuaian dan faktor ekonomi terhadap cadangan kerajaan Melaka untuk membina jambatan yang merentasi Selat Melaka bagi menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan satu hari kelak akan wujud sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara.

“Bagaimanapun, pada masa kini pembinaan jambatan itu akan kita kaji dulu mengambil kira dan penilaian semua sudut,” katanya pada majlis perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kesembilan di sini Selasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian ketika menjawab permintaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang terdahulu mahu jambatan itu dibina berasaskan aspek ekonomi dan hubungan kedua-dua negara yang sekian lama terjalin.

Menurut Mohd Ali, jambatan yang akan dibina itu sepanjang kira-kira 52 kilometer, dianggarkan menelan kos sebanyak US$11 bilion.

“Saya mencadangkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji permintaan pembinaan jambatan ini yang boleh dibiayai menerusi pembiayaan inisiatif sektor swasta,” katanya ketika berucap.

Cadangan membina jambatan Malaysia dan Indonesia pernah dikemukakan oleh beberapa pihak sejak pertengahan 90-an lagi sebelum terbantut kerana berlaku kegawatan ekonomi pada 1997.

-BERNAMA

Hasrat Terselindung Di Sebalik Penarikan Balik Larangan Melawat Kelantan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melihat kenyataan Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam di Kota Bharu bahawa Kerajaan Negeri Melaka menarik balik larangan kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan sebagai mempunyai hasrat yang terlindung. Ini kerana beliau sendiri terpaksa datang ke Kelantan khususnya menjelang pemilihan UMNO untuk mencari penyokong dan mendapatkan undi daripada perwakilan UMNO di negeri ini.

Pihak DPPNK tidak dapat mengelak daripada meragui keihklasan beliau di dalam hal ini apabila beliau menyatakan bahawa sebab larangan pada tahun 2000 itu adalah kerana kononnya sikap pemimpin PAS yang menuduh ahli UMNO sebagai tidak Islam sedangkan ianya adalah tidak benar sama sekali.

Penarikan ini hanyalah sebahagian daripada kempen beliau untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana sejak tahun 2000 sehingga sekarang, pemimpin yang sama memerintah Kelantan. Apakah kali ini beliau berasa berpuas hati dengan sikap pimpinan negeri ini yang mengikut pengamatan beliau tidak lagi bersikap sebagaimana yang beliau nyatakan itu.

Ataupun beliau cuba menonjolkan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang bersikap terbuka dan sentiasa memantau perkembangan politik di negeri-negeri lain khususnya yang diperintah oleh pembangkang bagi melayakkan beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO walaupun beliau tidak mempunyai jawatan di dalam kerajaan persekutuan.

Pihak DPPNK menyifatkan Dato’ Seri Mohd Ali sebagai seorang pemimpin yang hipokrit dan pengampu besar di dalam UMNO kerana negeri-negeri lain walaupun ketika itu diperintah oleh UMNO/BN tetapi tidak pernah melarang kakitangan mereka mengadakan lawatan ke Kelantan.

Walaubagaimanapun pihak DPPNK tetap menyambut baik penarikan ini dan mendoakan agar Dato’ Seri Mohd Ali Rustam diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk kembali kepada landasan Islam yang sebenar.

http://mengkebang.pas.org.my