Sabahdaily » pahang

Isu Kartika: 14 NGO Islam selar SIS & JAG
Sebanyak 14 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang hari ini menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, sebagai kejam.

Menurut jurucakap 14 NGO Islam di Pahang itu, Amidi Abdul Manan, mereka juga meminta dua badan berkenaan menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini.

“Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah adalah bererti menghina Sultan Pahang.

“Kita juga menuntut penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam,” katanya kepada pemberita di sini.

Baru-baru ini JAG dan SIS dalam laporan sebuah akhbar menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lalu.

Hukuman sebat itu kemudian ditangguhkan baru-baru ini bagi menghormati bulan puasa.

Amidi yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia berkata, pihaknya juga akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang JAG dan SIS serta pihak-pihak lain daripada membuat sebarang kenyataan yang mempertikaikan sebarang pelaksanaan hukuman berkaitan agama Islam.

“Kami juga menyokong sepenuhnya hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan menyokong sepenuhnya sikap dan pendirian Kartika Sari Dewi dan keluarganya berhubung kerelaannya menerima hukuman yang bakal dilaksanakan itu,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu bertindak tegas terhadap pihak yang mencabar kedudukan Islam dan perundangan syariah yang telah dijamin dalam Perlembagaan negara.

“Kita juga telah membuat satu laporan polis terhadap JAG dan SIS berhubung kenyataan yang menghina Islam itu di balai polis daerah Kuantan hari ini,” katanya.

NGO berkenaan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (Abim), Peguam-peguam Syarie Negeri Pahang, Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang (JIM), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Persatuan Cina Muslim Malaysia Pahang, Pekida Pahang, Badan Nadwah Ummah Negeri Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah Pahang.

Ikatan Pengkajian Islam Pahang, Majlis Kebajikan India Muslim Pahang, Persatuan Melayu Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Pahang dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Pahang.

Dalam perkembangan berkaitan, Amidi berkata pihaknya juga akan menganjurkan satu seminar berkaitan pelaksanaan hukuman sebat di dewan Jabatan Agama Islam Pahang pada 25 Oktober ini.

“Kita juga akan mengendalikan demonstrasi hukuman itu, butiran lengkap berkenaan seminar masih diperhalusi,” katanya. – Bernama

Isu Minum Arak: Masalah Kartika dan JAIP..?
Saya naik hairan dengan Jabatan Agama Islam Pahang dalam kes perlaksanaan hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Syukarno (32). Kartika telah dihukum rotan enam kali pada 20 Julai 2009 lepas oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Dato’ Abdul Rahman Yunos setelah didapati bersalah kerana meminum arak ditempat awam.

Alhamdulillah daripada hukuman rotan itu, Kartika telah mendapat kekuatan untuk melihat kesilapan yang telah dilakukan dan berazam untuk berubah. Untuk menunjukkan keikhlasan beliau bertaubat, beliau telah tidak membuat rayuan terhadap hukuman tersebut, malahan bersedia untuk dirotan sebagai kiffarah kepada kesilapannya. Saya mengangkat tabik kepada Kartika atas keikhlasan dan keinsafan beliau.

Kes ini telah menarik perhatian media dan NGO tempatan dan antarabangsa kerana jarang hukuman rotan dikenakan terhadap seorang wanita kerana kesalahan meminum arak. Sedangkan Islam tidak mengenal batasan gender dalam menguatkuasa dan melaksanakan hukuman. “Demi ALLAH, sekiranya Fatimah puteriku sendiri yang mencuri, akan ku potong tangannya”..begitu tegas Nabi dalam melaksanakan syariat ALLAH!

Dalam keadaan kes ini mendapat perhatian dan liputan begitu rupa, pihak berkuasa JAIP sepatutnya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti kes ini kerana sebarang kesilapan akan memberi imej burok bukan kepada JAIP tetapi kepada agama Islam.

Hukuman rotan ini adalah hukuman syarie dan menurut ketetapan yang ditentukan ALLAH dan Rasul. Tiada siapa boleh pertikaikan persoalan ini, dan bagi yang mempersoalkan perlaksanaan hukuman ini sama saperti mempersoalkan hukuman ALLAH dan Rasul. Cuma yang berbeza adalah metode dan cara perlaksanaan hukuman itu sahaja yang ada kekhilafan. Keberanian Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan melaksanakan hukuman tersebut adalah sesuatu yang perlu diberi penghormatan.

Kita pejuang dan umat Islam tidak bersorak-sorai apabila hukuman ini dikenakan. Walaupun ada diluar sana sekelumit insan toghut mendakwa kita bergembira, namun itu adalah putar belit dan propaganda murahan untuk menimbulkan rasa gelisah dan kurang senang beberapa pihak tertentu terhadap Islam.

Hakikatnya kita sangat sedih kerana masih ada umat Islam yang masih engkar mematuhi perintah ALLAH dengan meminum arak secara terbuka.

Tidak ada umat Islam yang tidak tahu arak itu haram dan hukuman meminumnya adalah rotan.

Tidak timbul disini soal nak mendidik atau berdakwah, nak didik dan dakwah apa lagi! Kalau ada orang Islam yang kata dia tidak tahu arak itu haram, samada skrew otak dia perlu diketatkan atau pun dia baru keluar dari gua yakjuj makjuj mana kita tak tau!

Tapi apa yang malang tindak-tanduk pihak penguatkuasa JAIP telah memberikan gambaran buruk dan bodoh kepada Islam. Kalau nak laksana hukuman tu laksanakanlah dengan penuh professional dan berhemah. Ni ape cerita dah ambik Kartika kat rumah boleh u-turn balik kereta tak sampai 200 meter berjalan, peh tu kensel pulak tangguh hukuman sebab menghormati Ramadhan.

Takkanlah pegawai JAIP bodoh sangat tak tahu ni dah bulan Ramadhan. Dah tau bulan Ramadhan dok beriya-iya nak keluarkan waran, siap nak tahan kat penjara lah macam-macam story apa ke he ni. Tau-tau kensel setelah Kartika bersiap sedia nak dihukum, siap dengan tahlil solat hajat lagi dah buat kat Sg. Siput.

Tindakan bodoh ini benar-benar memalukan Islam. Seolah-olah Islam ni lekeh sangat sampai tak reti nak laksana hukuman rotan. Sebenarnya yang bodohnya pegawai JAIP, tapi yang malu ialah agama Islam. Ada pulak yang buat kenyataan sebenarnya pegawai yang nak merotan cara syariah tidak ada, dan para pegawai penjara tak reti nak laksana hukuman.

Apalah susah sangat, impot sahaja para pegawai syarie daripada Aceh Darul Islam, mereka dah punya pengalaman luas dalam melaksanakan hukuman rotan bagi peminum-peminum arak dan kesalahan syarie yang lain. Tak pun hantar aje pegawai penjara ke Aceh pegi kursus cara merotan mengikut syara’. Saya ingat dalam dua minggu setel dah isu remeh ni.

Apa pun, kita mintak sangat kepada para pegawai JAIP, tolonglah buat kerja tu profesional sikit. Janganlah bagi malu kat Islam disebabkan kebodohan kita. Hukuman ALLAH itu adil dan saksama, jangan dicemar akibat kejahilan dan kebodohan kita! Mungkin pihak berkuasa perlu menimbang untuk menyemak semula hukuman rotan yang dikenakan kepada Kartika.

Saya melihat beliau telah benar-benar menunjukkan keinsafan dan keikhlasan dalam kes ini.

Malahan ibubapa dan keluarga beliau juga menunjukkan sikap yang sama. Saya sangat berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibubapa Kartika. Ini satu sikap terpuji yang jarang nak dijumpai lagi hari ini.

Mungkin kita perlu menunjukkan ehsan kita. Ini tidak bermakna kita tidak melaksanakan hukuman rotan itu.

Tetapi suasana dan keadaan dah berubah terlalu banyak akibat kelemahan dan kesilapan pihak berkuasa sendiri..Bukan Kartika enggan dihukum, tetapi dengan takdir ALLAH suasana sudah berubah.

Mungkin para ulama’ dan ilmuan Islam, mungkin para Jawatankuasa Fatwa yang begitu ghairah nak berfatwa boleh duduk segerabermuzakarah untuk menimbang samada hukuman rotan tersebut boleh disemak semula atau tidak demi memperlihatkan sistem keadilan dan kasih sayang Islam, wallahua’lam.

Moga ALLAH memberikan keampunan dan kekuatan serta istiqomah kepada kita serta mengampunkan kelemahan dan kebodohan kita..astaghfirullah hal adheem.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

-http://zul4kulim.blogspot.com/

Tengku Abdullah: Biar Mahkamah Selesaikan Isu Kartika
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak agar bersabar dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu hukuman sebat ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Baginda yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Pahang bertitah, keputusan menangguhkan hukuman tersebut perlu dihormati bagi membolehkan pihak mahkamah mencari penyelesaian sebaik mungkin dalam masa terdekat.

“Dengan berkat bulan Ramadan ini mungkin ia dapat diselesaikan,” titah baginda selepas berbuka puasa bersama-sama penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam di sini, Selasa.

Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak termasuk pemimpin kerajaan berhubung penangguhan hukuman sebat tersebut.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.

Kartika, 32, sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor semalam dari Ipoh, Perak bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat-saat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini.

Kartika didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas.

-BERNAMA

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Negeri Pahang Mimpi Jumpa Nabi
Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang, Balakirsnan  telah memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Ustaz dato` Tuan ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu bahawa  individu yang datang berjumpa dengannya  didalam mimpinya  itu adalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.?

Balakirsna memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa individu yang dilihat didalam mimpinya itu memakai serban dan berjubah dan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w.  dan baginda Rasulullah s.a.w lalu memberikan satu nama muslim kepadanya.

Berkenaan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w ini, Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Masya Allah, selepas Ustaz dato` Tuan ibrahim memberithahu didalam ceramahnya  saya berfikir, ” Non-muslim pun boleh jumpa Nabi.  Namun kita yang sedia Islam ini bukan mudah mahu dapat mimpi jumpa Nabi”.

Berdasarkan pengalaman ramai non muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam.

Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang.

Mengenai lintasan fikiran saya di atas, saya gembira dengan khabar itu namun sedikit rasa cemburu menyelinap juga. Cemburu kerana mahu turut bertemu Nabi s.a.w.

Apa pun bila teringatkan bahawa ummah yang berpegang teguh dengan syariat Allah dan sunnah Nabi s.a.w tetap akan bersama Rasulullah s.a.w di akhirat kelak, maka cukuplah hal itu menjadi penawar untuk saya terus berusaha meneladani Rasulullah s.a.w sedaya mampu.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;

[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Surah al-Nasr (Kemenangan)

-http://dupahang.wordpress.com

19 Ribu Hadir Ceramah Nizar Di Maran
Lebih 19,000 orang penyokong Pakatan rakyat telah hadir beramai-ramai bagi mendengar ceramah umum yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak yang sah dan juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, YAB Dato’ Seri Ir.Nizar Jamaluddin di Markas PAS, Kg.Embun dekat sini malam tadi. rakyat yang hadir berbondong-bondong tanpa mengira kaum telah datang serta sanggup bersusah payah untuk hadir biarpun tidak diberikan sebarang imbuhan oleh pihak penganjur.

Inilah bukti bahawa rakyat Pahang juga sudah menerima satu “anjakan paradigma” untuk melakukan perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang pastinya. Tinjauan krew kami mendapati, kehadiran rakyat yang ramai itu telah mencipta satu sejarah baru buat Pakatan Rakyat di parlimen Maran dan negeri Pahang khasnya. Kelihatan deretan kenderaan yang diletakkan ditepi jalan Temerloh-Maran sejauh satu hingga dua kilometer jaraknya.

Suasana program ceramah Pakatan Rakyat malam tadi sungguh meriah dan berjaya memecahkan rekod kehadiran rakyat semasa kunjungan Ketua Umum PKR ke Kuantan baru-baru ini. Malah, kutipan derma orang ramai yang mencecah RM13,000 jelas sekali menggambarkan bahawa rakyat sanggup memberi sokongan dana sebanyak mana sekali pun demi sebuah perjuangan.

Turut berceramah malam tadi ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Teng Chang Kim dan ADUN Tras iaitu YB Choong Siew On. Pengerusi majlis ceramah malam tadi telah dikendalikan oleh Peguam PAS Pahang iaitu saudara Abdullah Abdul Karim.

Dato’ Seri Ir.Nizar memulakan ceramahnya sekitar jam 11.05 malam. Lampu beberapa kali terpadam seolah-olah mengambarkan “hari gelap buat demokrasi” di Malaysia sudah bermula kembali. Dalam ucapan yang penuh bersemangat itu Nizar banyak menyentuh tentang perkembangan kes rampasan kuasa yang berlaku di negeri Perak.

“Segala yang berlaku di Perak adalah kerja durjana Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Najib Razak. Beliaulah yang telah merencana segalanya ini dan akhirnya menyusahkan seluruh rakyat Perak” katanya.

Beliau turut memperjelaskan secara terperinci rentetan perjalanan kes insiden rampasan kuasa itu. Bermula dengan isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku kepada dua Exco Perak iaitu Osman Jailu dan Jamaluddin Razi.

“Sesuatu yang agak aneh bila Jamaluddin dan Osman dikatakan telah meluluskan satu projek perumahan, sedangkan mereka bukanlah exco yang berkaitan dengan hal tersebut” tambah beliau lagi.

Dalam nada yang sebak dan tegas, Nizar menceritakan satu persatu segala apa yang berlaku di Perak. Beliau kemudian menceritakan perkembangan terkini isu Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu.

Dalam ucapannya beliau secara jelas menyatakan bahawa amalan demokrasi berpelembagaan dan keluhuran undang-undang sudah tidak mahu lagi diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Kes yang berlaku dalam Sidang DUN Perak merupakan satu sejarah hitam yang amat meninggalkan kesan kepada rakyat Perak dan Malaysia amnya.

“Saya yakin, bahawa politik Perak tidak akan stabil selagi DUN tidak dibubarkan dan rakyat diberi kuasa untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan. Saya juga amatlah berharap dan menyeru semua hadirin yang hadir untuk mendoakan kemenangan saya dalam keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah” kata Nizar lagi.

Difahamkan keputusan kes tersebut akan diumumkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang hari Isnin 11 Mei ini. – Pahang Daily

Syarikat tetap tuntut RM63 juta dari Adnan
Syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang) mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob membayar dahulu saman sebanyak RM63 juta sebelum mengemukakan permohonan rayuan.

Pengarahnya, Saiyeed Ali Al-Habsyee berkata, Adnan sepatutnya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang memberi tempoh 14 hari mulai Isnin lalu untuk membuat bayaran tanpa penangguhan.

“Dalam kenyataan Adnan semalam (kelmarin), beliau menegaskan bahawa defendan dalam kes ini masih ada ruang untuk membuat rayuan atau mengenepikan keputusan mandamus yang dikeluarkan oleh Hakim Datuk Abd. Halim Aman Isnin lalu.

“Sepatutnya defendan membuat bayaran dahulu dan disusuli permohonan rayuan atau tindakan lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan permohonan Kerajaan Pahang untuk mengetepikan keputusan saman sebanyak RM63 juta oleh syarikat tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat ini.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Adnan melunaskan bayaran RM63 juta kepada Gemilang dalam tempoh 14 hari berhubung satu kes melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan. -Kosmo

Adnan Yaakob diarah bayar RM63 juta
Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan.

Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

bukit komon gold mine 020306 adnan pcKetika membenarkan permohonan perintah ‘mandamus’ (untuk memaksa) syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd., Abd Halim berkata, tindakan itu dibenarkan selepas segala saluran perundangan untuk menuntut bayaran itu telah selesai.

Syarikat berkenaan memperoleh perintah bayaran penghakiman dari Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 dan kerajaan negeri gagal membuat bayaran tersebut, lapor Bernama.

“Pendirian sebegini mencerminkan keengganan kerajaan negeri mematuhi kehendak statutori dan secara tidak munasabah membebankan rakyat (pembayar cukai) kerana ia akan membebankan kerajaan negeri dari segi faedah harian,” katanya.

Abd Halim berkata permohonan responden untuk mengenepikan tindakan ‘mandamus’ itu dengan hujah bertulis bahawa syarikat terbabit salah menamakan menteri besar sebagai responden adalah tidak tepat.

“Menteri besar adalah orang yang tepat serta berkelayakan untuk dinamakan sebagai responden kerana di Pahang dan mana-mana negeri sekalipun kecuali Sabah dan Sarawak, tiada wujud jawatan menteri kewangan negeri,” katanya.

Beliau berkata, mengikut Artikel 41 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang turut menyatakan menteri besar mempunyai kuasa serta berkompeten untuk menyempurnakan jumlah bayaran dari Tabung Kumpulan Wang Yang Disatukan Negeri. -Malaysiakini

Hampir tukar agama kerana jiran
KUANTAN - Sebuah keluarga miskin di sini hampir nekad menukar agama kerana mendakwa tertekan dengan kerenah jiran dan dibelenggu masalah bekalan air.

Tindakan mereka itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bergegas menemui keluarga berkenaan semalam sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.

Terdahulu pasangan terlibat, Zakaria Deraman, 42, dan isterinya, Nurhamiza Mat Jusoh, 32, bersama sembilan anak mereka berusia antara enam hingga 14 tahun dikatakan bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja untuk mendapatkan pandangan.

“Kehadiran kami sekeluarga di sini tidak disenangi oleh jiran-jiran dan kami dilayan seperti pendatang. Petang kelmarin, rumah kami dibaling dengan objek keras sehingga cermin tingkap pecah menyebabkan kami hidup dalam ketakutan,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Nurhamiza, bekalan air di rumahnya yang hanya diperoleh dari surau berdekatan juga telah diputuskan oleh pihak tertentu.

Dia mendakwa, anak-anaknya turut ketakutan setiap kali ke surau untuk membuka paip air kerana sering diganggu setiap kali melintasi rumah jiran.

Ditanya kenapa beliau tidak memohon bekalan air terus ke rumah mereka suaminya, Zakaria memberitahu, dia telah beberapa kali meminta kemudahan itu melalui penghulu kampung tetapi sehingga sekarang tidak menerima jawapan.

Dalam pada itu, walaupun terpaksa kais pagi makan pagi sebagai pencari besi buruk, Zakaria mengakui dia masih mampu menyara keluarga dan menyekolahkan empat anaknya.

Pasangan berasal dari Terengganu itu juga mengakui ada menerima bantuan daripada kerajaan termasuk rumah PPRT yang dihuni selepas beberapa tahun tinggal di pondok usang berhampiran sebuah lombong berdekatan.

Sumber: Kosmo

Ahmad Tajuddin Sahut Cabaran Adnan Untuk Mubahalah
KUANTAN  – Nampaknya kemelut politik UMNO Pahang semakin panas sekarang ini, berikutan isu cabar mencabar supaya letak jawatan antara Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob dengan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar iaitu Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman. Sebenarnya perbalahan antara kedua-dua pemimpin terbabit sudah pun bermula semenjak nama Ahmad Tajuddin tidak dipilih sebagai calon pilihanraya umum ke-12 lalu untuk kawasan DUN Lepar, parlimen Paya Besar.

Susulan daripada itulah beliau seolah-olah “berpatah arang dan berkerat rotan” dengan pucuk pimpinan tertinggi UMNO Pahang itu. Krisis yang melanda menyebabkan Ahmad Tajuddin meletakkan jawatan Setiausaha Perhubungan UMNO Pahang gara-gara tidak sehaluan lagi dengan Adnan Yaakob. Akhirnya berbagai “rahsia sulit” tentang aset UMNO Pahang telah dibongkarkan oleh Ahmad Tajuddin termasuk penjualan tanah milik UMNO di kawasan Maran suatu ketika dulu.

Berita ini sungguh mengejutkan kerana ramai yang tidak percaya, bagaimana orang UMNO boleh menghentam pucuk pimpinan mereka sendiri. Hingga ada desas-desus Ahmad Tajuddin bersedia menyertai Pakatan Rakyat ketika itu. Namun, segalanya tidak menjadi kenyataan apabila beliau menang merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar dalam pemilihan tahun lepas.

Kemenangannya itu pula mengalahkan proksi Adnan, Datuk Manan Ismail yang juga merupakan Ahli Parlimen Paya Besar. Kemenangan Ahmad Tajuddin biarpun penuh dengan “tipu muslihat” akhirnya memberi “millage politik” kepada beliau. Kononnya perwakilan UMNO bahagian itu masih dahagakan khidmatnya dan menolak orang Adnan. Namun, kemenangan Ahmad Tajuddin itu sebenarnya tidak bermakna kerana hampir majoriti orang-orangnya tewas ditangan team Manan Ismail.

Akhirnya kini Ahmad Tajuddin menjadi Ketua Bahagian sedangkan majoriti orang dibawahnya adalah dari team Manan Ismail iaitu orang yang ditewaskan semasa pemilihan pucuk pimpinan tertinggi bahagian itu. Ahmad Tajuddin sungguh berbangga dengan kemenangannya, sedangkan beliau tahu sudah pasti orang-orang Manan akan menyerang serta menjatuhkannya dari dalam. Inilah yang amat digusarkan sebenarnya.

Tambahan pula Manan Ismail yang ditewaskan itu juga adalah proksi Najib Razak yang bakal ditabalkan sebagai Presiden UMNO tidak lama lagi. Inilah yang membuatkan Ahmad Tajuddin sedikit tercabar, dan susulan daripada tindakan Lembaga Displin UMNO menjatuhkan hukuman kepada Manan Ismail dan orang kanannya yang merupakan wakil rakyat di ketiga-tiga DUN di parlimen Paya Besar maka ia memberi sedikit ruang untuk Ahmad Tajuddin “berkokok” dan “besar kepala”. Kononnya beliau lebih bersih dari seteru politiknya itu, walhal mereka sebenarnya sama sahaja bahkan datang dari parti politik yang sama. Akhirnya Ahmad Tajuddin dengan bangganya mencabar dan menggesa supaya Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob meletakkan jawatan beliau.

Ini kononnya bagi mengambil tanggugjawab atas penglibatan orang-orang Adnan dalam kes politik wang yan berlaku di bahagian itu. Demi maruah dan harga diri Ahmad Tajuddin mahu Adnan melepaskan jawatanya itu dengan segara. Berlakulah pertembungan politik yang tidak dijangka-jangka sebenarnya. Isu ini semakin panas bila Adnan pula mencabar Ahmad Tajuddin yang meletakkan jawatan kerana gagal menerajui UMNO Bahagian Paya Besar.

Tajuddin Akan Gagalkan Adnan Menang MT

Cabaran itu tidak berakhir begitu sahaja, dan terkini Ahmad Tajuddin menyatakan beliau sedia menyahut cabaran Datuk Seri Adnan Yaakob untuk bersumpah (mubahalah) berhubung dakwaannya mengenai campur tangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pahang dalam pemilihan Umno bahagian itu tahun lepas. Ahmad Tajuddin mencadangkan mubalahah itu diadakan pada pukul 10 pagi Selasa depan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

“Saya akan menunggu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang di tempat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ahmad Tajuddin sebelum ini menggesa Adnan meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab terhadap keputusan Lembaga Disiplin Umno menggantung keahlian Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail selama setahun dan memberi amaran kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Md Sohaimi; ADUN Lepar yang juga Naib Ketua Bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian, yang juga ADUN Panching Mohd Zaili Besar. Kesemua mereka adalah anggota Umno Bahagian Paya Besar yang didapati bersalah melanggar Tata Etika Ahli UMNO. Adnan dalam kenyataannya semalam bagaimanapun menafikan beliau menjadi dalang serta mencabar Ahmad Tajuddin untuk bermubahalah pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan.

[Nampaknya, Ahmad Tajuddin benar-benar ingin menguji kewibawaan Menteri Besar Pahang itu sebenarnya. Bukankah 24 Mac iaitu hari Selasa yang dijanjikan itu adalah hari pertama Perhimpunan Agung UMNO. Maka mungkinkah apa yang dilakukan oleh Ahmad Tajuddin ini bertujuan untuk menggagalkan usaha Adnan menang dalam perebutan jawatan sebagai Ahli majlis Tertinggi UMNO agaknya. Apapun mesej ini jelas membuktikan memang sedang wujud keretakan yang begitu besar dalam UMNO Pahang yang wajar diambil kesempatan oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan jentera mereka dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Kami akan melaporkan perkembangan terkini isu ini].

-http://pahangdaily.blogspot.com

Adnan Yaakob Ajak Ketua UMNO Paya Besar Muhabalah
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, menegaskan beliau tidak akan mengendahkan desakan Umno Bahagian Paya Besar supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang selepas empat pemimpin Umno bahagian itu didapati melanggar Tata Etika Ahli.

Adnan berkata, beliau hanya akan berbuat demikian sekiranya Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, menjadi Presiden Umno.

“Saya akan letak jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang jika dia (Ahmad Tajuddin) menjadi Presiden Umno… esok dia jadi presiden (Umno), lusa saya letak jawatan kerana yang melantik Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri ialah Presiden Umno,” katanya dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini, hari ini.

Umno Bahagian Paya Besar membuat gesaan itu semalam selepas Lembaga Disiplin Umno memutuskan menggantung anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, selama setahun dan memberi amaran kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Naib Ketua Mohd Shohaimi Jusoh; dan ahli jawatankuasa bahagian, Mohd Zaili Besar.

Adnan berkata, orang yang sepatutnya letak jawatan adalah Ahmad Tajuddin sendiri kerana sebagai ketua, dia dilihat gagal menguruskan bahagian itu dengan baik.

“Mengenai tuduhan saya jadi dalang, itu satu tuduhan palsu daripada orang yang kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon pilihan raya kerana saya tidak mencampuri urusan pemilihan bahagian Paya Besar di mana saya tidak berjumpa atau berhubung, jauh sekali menolong mereka yang terbabit dalam pemilihan bahagian itu,” katanya.

Sehubungan itu, Adnan mengajak Ahmad Tajuddin bermuhabalah di masjid negeri pada satu tarikh dan masa yang dipersetujui bersama.

“Dia boleh menuduh saya jadi dalang dan saya akan menafikannya dan dia boleh bawa seberapa ramai saksi yang dia boleh upah,” katanya – BERNAMA