GURU diberi tugas untuk “menjana modal insan gemilang” bukanlah satu perkara yang baru tetapi ia adalah matlamat atau impian bagi setiap guru terhadap pelajar-pelajarnya dalam mengharungi proses pengajaran dan pembelajaran.
Insan gemilang adalah puncak daripada kejayaan-kejayaan yang membawanya ke arah kecemerlangan. Kejayaan pula ialah penggunaan secara maksimum kebolehan yang ada pada diri seseorang untuk menghasilkan pencapaian. [...]
Written on December 30, 2008 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
RAMAI murid yang mungkin sudah tidak sabar lagi menunggu menjelangnya hari peperiksaan. Ramai juga yang merasakan diri mereka ini ”terkurung” atau ”terikat” kerana tidak dapat bertindak atau melakukan perkara-perkara yang mereka minati seperti menonton televisyen (TV), mendengar lagu atau bersantai dengan rakan-rakan.
Sememangnya tindakan seperti di atas sepatutnya dihindari agar murid-murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap [...]
Written on December 25, 2008 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
GENGGAM bara apa biar sampai jadi arang begitulah bunyinya perumpamaan melayu yang membawa maksud sesuatu tugas yang dilakukan itu biarlah berhasil walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Menggenggam bara api memerlukan semangat, ketabahan serta jati diri. Kesakitan pasti dirasa tetapi hanya buat sementara. Apabila ianya dapat diatasi, maka arang yang terhasil dari bara api itu amat diperlukan [...]
Written on December 22, 2008 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
Mungkin ada di antara murid yang rasa bosan serta tidak bertenaga lagi untuk menghadapi semua ini. Bagaimanapun mahu tidak mahu proses ini harus dilalui. Oleh itu adalah amat penting bagi seseorang murid dapat mengekalkan semangat untuk terus belajar. Dengan berbekalkan semangat segala cabaran akan dapat ditangani dengan mudah.
Berikut disenaraikan beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh [...]
Written on December 18, 2008 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
SUDAH pasti pada ketika ini, murid-murid telah puas bercuti bersama keluarga atau berehat di rumah. Sekarang tiba masanya untuk kembali ke sekolah menimba ilmu demi masa depan. Mungkin ada juga yang masih tidak bersedia atau masih tercari-cari apakah tindakan yang harus dilakukan. Berikut disediakan beberapa tindakan yang perlu dilakukan sekembalinya murid-murid ke musim persekolahan.
1. Menyemak [...]
Written on December 15, 2008 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
Terdapat sebilangan pelajar-pelajar berasa begitu gembira kerana pada hujung tahun ini mereka akan menamatkan pengajian mereka dan seterusnya akan melangkah ke tahap yang lain pula. Manakala tidak kurang pula yang tidak begitu yakin pada diri mereka sama ada mereka dapat menghadapi segala cabaran dengan jayanya.
Ivan Burnell, (1995) seorang ahli korporat dan pakar motivasi barat dalam [...]
Written on December 10, 2008 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
SETIAP individu mempunyai matlamat hidup masing-masing. Jika ditanya apakah matlamat hidup kita, seorang peniaga akan mengatakan matlamatnya ialah untuk maju dalam perniagaannya. Seorang guru akan mengatakan agar ia dapat meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya dan seorang pelajar pula akan mengatakan tentang harapannya untuk beroleh kecemerlangan dalam pelajarannya.
Sejauhmanakah matlamat itu akan tercapai? Semua matlamat yang dinyatakan di atas [...]
Written on December 6, 2008 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
PADA tahun lepas ada di antara pelajar-pelajar berasa sangat gembira kerana gambar mereka tersiar di akhbar-akhbar kerana berjaya menempah kecemerlangan dalam peperiksaan STPM yang lalu. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang lain? Tidakkah merasa “cemburu” terhadap kejayaan rakan-rakan kita itu? Bayangkan betapa seronoknya perasaan mereka serta ibu bapa mereka apabila mendapat tahu bahawa anak-anak mereka telah [...]
Written on December 3, 2008 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.
Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. [...]
Written on December 1, 2008 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
DI antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah ialah kurangnya rasa minat untuk belajar di bilik darjah. Dalam hal ini guru memainkan peranan yang penting ke arah mewujudkan satu suasana yang menyeronokkan yang dapat memberi satu impak kepada pelajar-pelajarnya dalam proses pembelajaran.
Sesungguhnya pembelajaran yang berkesan itu seharusnya mempunyai ciri-ciri di mana [...]
Written on November 27, 2008 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment