Sebanyak 60 kolej swasta dibatalkan pendaftaran mereka sejak tiga tahun lepas kerana gagal menyediakan tenaga pengajar serta prasarana mencukupi untuk kemudahan pembelajaran pelajar.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya tidak boleh bertolak-ansur dengan isu kekurangan tenaga pengajar dan peralatan itu kerana ia menyalahi syarat kementerian.
“Kami akan terus memantau kolej-kolej lain dan jika mereka [...]
Written on March 14, 2010 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 6,277 pada 2008.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu, seramai 214 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu.
Beliau berkata [...]
Written on March 11, 2010 | Posted in
pendidikan |
12 Comments
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan 11 Mac ini (Khamis).
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon peperiksaan boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar [...]
Written on March 4, 2010 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek tersebut.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan ialah guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan [...]
Written on March 3, 2010 | Posted in
pendidikan |
7 Comments
Tiga belas orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak memperoleh empat prinsipal dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 yang diumumkan baru-baru ini. Sekolah itu juga menunjukkan peningkatan peratus lulus yang tinggi berbanding tahun sebelumnya. Pengetua SMK Kunak, Thangavelu Subramaniam berkata, peratus lulus STPM 2009 ialah 97.2 % , berbanding 91.1 peratus pada 2008 [...]
Written on March 2, 2010 | Posted in
pendidikan,
sabah |
5 Comments
PELBAGAI sekolah mengakui pelaksanaan konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang menggunakan akhbar sebagai satu daripada bahan bantu mengajar mampu meningkatkan prestasi pelajar.
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pintu Geng, Kota Bharu, Nik Shafna Nik Daud, 36, yang melaksanakan ADD menggunakan akhbar Berita Harian berkata, ia juga antara alternatif terbaik meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Sejak melaksanakan [...]
Written on March 1, 2010 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Malaysia (STPM) bagi tahun 2009 di Sabah yang diumumkan kelmarin menunjukkan peningkatan sebanyak 1.68 peratus iaitu 90.13 peratus berbanding tahun 2008 yang hanya 88.45 peratus.
Penurunan jumlah pelajar tidak menjejaskan peratusan kelulusan para pelajar, dicatatkan bahawa jumlah pelajar yang mendudukiSTPM pada tahun 2008 ialah 5,802 berbanding tahun 2009 iaitu 5,756 sahaja.
Timbalan Pengarah Sabah, [...]
Written on February 26, 2010 | Posted in
pendidikan,
sabah |
18 Comments
Kira-kira 92.55 peratus daripada 48,446 pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) tahun lepas lulus penuh, Majlis Peperiksaan Malaysia mengumumkan hari ini. — Bernama
Written on February 25, 2010 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
Pendaftaran calon sekolah dan persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) boleh dilakukan mulai 1 hingga 31 Mac ini.
Kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini menyebut, bagi calon sekolah, borang boleh didapati di sekolah masing-masing manakala calon persendirian boleh mendapatkannya di Jabatan Pendidikan Negeri [...]
Written on February 25, 2010 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment
Sesungguhnya tabiat seseorang itu mempengaruhi tindakan serta prestasi diri sepanjang tahun. Sebagai seorang murid anda harus membentuk tabiat positif di awal tahun lagi agar segala tindakan anda mampu memberi kesan yang positif ke arah peningkatan prestasi dalam pembelajaran.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah pepatah melayu yang memberi maksud bahawa sesuatu kesedaran harus berlaku [...]
Written on February 25, 2010 | Posted in
pendidikan |
Leave a comment