Sabahdaily » pendidikan

Guru perlu efektif, sentiasa fikir pendekatan baru
Guru perlu efektif dan sentiasa memikirkan pendekatan baru bagi menyesuaikan amalan mereka kepada perkembangan dunia pendidikan, kata Pengarah Pelajaran Sabah Dr. Haji Muhiddin Yussin.

Beliau berkata, peranan guru sebagai sumber utama penyebar pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar bukan sekadar ‘penyampai pengetahuan’ tetapi sebagai ‘pemudah cara pengetahuan’.

“Bagi mewujudkan sistem pendidikan yang releven dan dinamik, guru perlu memainkan peranan sebagai pendidik yang menghayati aspek profesionalisme keguruan.

“Antara usaha yang boleh menjadikan profesion perguruan disanjung tinggi adalah melalui kajian tindakan seperti yang dijalankan oleh sekumpulan guru di SMK Bandaraya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 dan Pelancaran Buku Koleksi Kajian Tindakan SMK Bandaraya, di sekolah itu, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengetua SMK Bandaraya Dr. Shirley Tay Siew Hong, guru-guru dan para pelajar.

Muhiddin berkata, penggunaan kaedah kajian tindakan merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan, melalui perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana ini boleh menjadi satu platform bagi guru menjana kecemerlangan dalam kalangan pelajar.

“Kajian tindakan merupakan penyelidikan yang dijalankan oleh guru ke atas suasana sebenar di sekolah. Menerusi kajian ini, guru dapat merancang dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan pencapian objektif.

“Selain itu mereka dapat memahami, membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif serta mengubah dan memperbaiki amalan diri sendiri dan para pelajar untuk menuju kecemerlangan,” katanya.

Katanya lagi bagi melahirkan generasi berkualiti dan meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan, ibu bapa dan masyarakat juga harus memainkan peranan penting.

“Ibu bapa dan anak-anak merupakan satu gabungan jiwa bagi melahirkan modal insan berkualiti dan produktif bagi menjamin kesejahteraan dan meningkatkan daya saing negara di peringkat global.

“Oleh itu saya berharap para pelajar dapat menghayati dan menimba sebanyak mungkin ilmu daripada guru-guru bagi memantapkan minda dan pengetahuan untuk membawa negara mencapai wawasan 2020,” katanya.

Muhiddin berkata, dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran, para pelajar perlu disemai dengan keteguhan jiwa dan kekuatan iman.

“Program kerohanian seperti penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sahsiah yang dijalankan secara berterusan oleh pihak sekolah sangat membantu bagi membentuk jati diri pelajar yang berdikari, berketrampilan, matang dan bertanggungjawab,” katanya.

Antara pelajar yang menerima anugerah Pelajar Cemerlang pada majlis itu ialah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Norzellah Asim, Morsidy Nasir dan Kasmini Badin.

Manakala pelajar cemerlang SPM pula ialah Yusuf Kamal dan Nurul Amni Isnirur, pelajar cemerlang PMR Siti Nurhidaya Abdul Ghalib, Nuraliah Alias, Nur Athen Mohd.Hardy Abdullah dan Suriana Sunarto. -NST

Pendidikan seks tidak diajar di sekolah
Mata pelajaran pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar).

Beliau berkata, subjek tersebut yang juga dikenali sebagai pendidikan kesihatan reproduktif telah dimasukkan dalam mata pelajaran pendidikan kesihatan dan subjek lain seperti biologi, sains, sains tambahan, pendidikan moral dan pendidikan Islam.

Justeru, katanya, kementerian dalam memantapkan pengajaran guru dalam subjek pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial telah membuat persedian untuk melatih guru-guru di sekolah menengah dan rendah menjadi Jurulatih Utama (JU) di peringkat kebangsaan dan mereka ini akan melatih guru-guru di peringkat negeri. -Komso

Lembaran Analisis Media Pengajaran
LEMBARAN Analisis Media Pengajaran (LAMP) merupakan kaedah yang dapat digunakan untuk menganalsis potensi sesuatu media yang akan digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran. Proses penganalisisan ini penting untuk memastikan media yang dipilih atau dihasilkan dapat diintegrasikan dalam pembelajaran secara lebih tepat, berkesan, serta bersesuaian dengan aras pemahaman murid terhadap isi pelajaran.

Terdapat lima aspek penganalisisan media pengajaran dalam LAMP:-

a)	Jenis Media Pengajaran: Guru harus mengenalpasti apakah jenis media pengajaran yang dipilih untuk pengajaran seperti CD-ROM interaktif, gambar kaku, bahan dari laman sesawang atau sebagainya. Pemilihan ini memberi gambaran yang tepat tentang media dan aktiviti yang akan dijalankan nanti.

b)	Elemen: Media pengajaran mempunyai pelbagai elemen seperti teks, grafik, audio, video dan animasi terutamanya bahan multimedia. Oleh itu guru harus mampu mengenalpasti elemen manakah yang akan diberi perhatian dalam penyampaiannya. Sebagai contoh dalam sebuah klip video tumpuan mungkin diberikan pada elemen grafik atau mungkin juga pada kesan bunyinya. Ini akan membolehkan guru membentuk aktiviti yang sesuai dengan pemilihan elemen serta gaya belajar seseorang murid.

c)	Komponen/komposisi: Aspek ini penting kerana dalam setiap elemen terdapat komponen atau komposisi seperti objek utama/prima, objek sampingan/sekunder, latar belakang, latar depan, warna, suasana, perasaan dan sebagainya. Sebagai contoh dalam elemen audio, bunyi yang didengar mungkin boleh melahirkan sesuatu perasaan. Manakala kata-kata yang disusun boleh mencetuskan semangat pada pendengar.

d)	Kemahiran berfikir/kecerdasan pelbagai: Komponen ini memberi ruang kepada guru merancang sejauhmanakah pengajaran ini dapat dikaitkan dengan profil psikologi pelajar iaitu cara mereka berfikir dan bertindakbalas. Alat pemikir yang sesuai yang dicadangkan oleh ahli pemikir Edward De’ Bono boleh digunakan dalam sesi ini.

e)	Alat Pengajaran: Media yang digunakan dalam pengajaran harus dirancang agar ianya dapat digunakan mengikut kaedah, teknik, dan aktiviti tertentu. Kaedah pembelajaran koperatif iaitu secara kumpulan misalnya akan menggunakan media yang dirancang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran koperatif.

Dalam hal ini LAMP bertindak sebagai penghubung antara media yang dipilih, perancangan yang dibuat dan pelaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Adalah diharapkan bahawa sebarang media yang digunakan haruslah dirancang dahulu sepertimana yang terdapat dalam LAMP dan kemudian bertindak dengan menggabungkan pelbagai teknik dan kaedah penyampaian. Rumusan LAMP dapat dilihat pada rajah yang disertakan. -Pendidikan Utusan

Besta perkenal kamus bersuara Arab-Melayu
Kamus elektronik Besta yang memuatkan kamus bersuara Arab-Melayu yang pertama di dunia dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini baru-baru ini.

Kamus itu dikeluarkan oleh Amiux (M) Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada 2005 dan sehingga kini Besta terus menerajui pasaran dengan kelahiran pelbagai model baharu untuk memenuhi keperluan semasa pengguna.

Pengurus Jualannya, Yap Wee Yik berkata, kamus terbaik seperti Kamus Oxford Fajar Advanced Learner’s, Kamus Perdana, Kamus Dewan, dan Kamus Besar Utusan dimuatkan dalam kamus elektronik Besta bagi memantapkan lagi tahap penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu pengguna.

“Kamus elektronik Besta merupakan kamus elektronik pertama di dunia yang memuatkan kamus bersuara Arab-Melayu & Melayu-Arab selain dimuatkan dengan bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Korea, Thailand, Belanda, Sepanyol, Vietnam, Itali, Perancis, Jerman dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Menurutnya lagi, Besta mempunyai kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terlatih yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan kamus yang memenuhi keperluan pengguna.

“Pembangunan dan pemilihan data yang berkualiti menjadi fokus utama selain membina kandungan mengikut kurikulum sistem pendidikan di Malaysia.

“Mata pelajaran seperti bahasa Melayu dan Inggeris, Sejarah, Geografi, Sains, Matematik, Fizik dan sebagainya menjadi antara kandungan kamus Besta,” jelas beliau.

Tambah Wee Yik, kamus elektronik Besta juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang canggih seperti muat turun dan ruangan kad slot bagi memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat terbaharu seiring perkembangan teknologi semasa.

“Kamus ini turut dilengkapi skrin sentuh, enjin carian, MP3 dan fungsi cahaya latar membolehkan pembacaan dilakukan walaupun pada waktu malam menjadikannya kamus tribahasa, beranimasi, berinteraktif dan mobiliti pilihan ramai,” kata beliau.

Jelas beliau, pemantapan pangkalan data yang lebih eksklusif, menjadikan produk Besta sebagai kamus elektronik yang unggul dan dijangka dapat menarik perhatian pengguna yang mementingkan kekuatan isi kandungan serta ketinggian mutunya sebagai sumber rujukan yang tepat dan jitu. -Pendidikan Utusan

UM kini di tangga ke-180 dunia
Tan Sri Muhyiddin Yassin gembira dan berbangga dengan pencapaian Universiti Malaya (UM) yang berjaya membaiki kedudukan di peringkat dunia sebanyak 50 tangga kepada kedudukan terkini ke-180.

UM juga berjaya mengekalkan prestasinya sebagai universiti terbaik Asia pada tangga ke-39. Sebelum ini universiti tertua itu berada pada kedudukan ke-230 terbaik dunia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peningkatan itu kejayaan besar kepada universiti tersebut yang pada masa ini menumpukan secara agresif kepada bidang penyelidikan dan pembangunan yang menjadi sebahagian daripada faktor yang dilihat oleh badan penilaian antarabangsa.

”Ini satu contoh baik dan peningkatan ketara, kerajaan amat bangga dengan pencapaian ini, tetapi saya nak ingatkan UM bahawa kedudukan ini boleh naik dan turun serta ia tidak akan kekal macam itu selamanya.

”UM perlu sasarkan peningkatan ranking setiap tahun, usaha yang dirancang kini perlu digiatkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Antarabangsa 2009 (Pecipta 2009) di sini hari ini.

Kedudukan terkini UM itu diumumkan oleh Mohamed Khaled dalam ucapan aluan beliau sempena majlis itu yang universiti berkenaan menjadi penganjur utamanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas kejadian kebakaran sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2, Johor dan panggilan bom palsu di sebuah sekolah di Klang, pagi semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau belum mendapat laporan terperinci mengenai kedua-dua kejadian tersebut sama ada ia berpunca daripada kecuaian atau perbuatan khianat.

”Saya sedang tunggu laporan, apakah ia berpunca perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab, litar pintas atau kecuaian. Kita juga telah meminta polis membuat siasatan lanjut. Saya tidak akan membuat kenyataan rasmi kecuali setelah mendapat laporan sebenar.

”Bagaimanapun kita amat bernasib baik kerana dalam dua kejadian itu tiada kemalangan jiwa berlaku dan ia juga tidak mengganggu proses peperiksaan PMR,” katanya. -Utusan

475,182 calon duduki PMR
Seramai 475,182 calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di seluruh negara mulai hari ini hingga Selasa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata daripada jumlah itu, 442,611 adalah calon kementerian manakala bakinya ialah calon swasta, persendirian, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Perantis Tentera, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebanyak 3,496 pusat peperiksaan disediakan membabitkan 28,028 petugas bagi mengendalikan peperiksaan itu.

Beliau berkata demikian selepas melawat pusat pemeriksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8(1) di sini bagi meninjau perjalanan peperiksaan itu.

Bercakap pada sidang media kemudian, Muhyiddin mengumumkan Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti pada 20 Oktober ini sempena sambutan Deepavali pada 17 Oktober ini.

“Setelah meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah mengambil cuti peristiwa bagi yang mempunyai baki cuti peristiwa dan cuti berganti bagi sekolah yang sudah habis baki cuti peristiwa,” katanya.

Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi memudahkan ibu bapa membuat perancangan untuk balik kampung serta mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun, katanya, kebenaran cuti itu hanya diberikan kepada sekolah yang memohon dan bukan kelulusan keseluruhan.

Katanya, sekolah yang mengambil cuti berganti pada 20 Oktober ini perlu menggantikan hari persekolahan pada 31 Oktober depan.  -BH

Oktober Diisytiharkan Bulan Bahasa Kebangsaan
Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.

“Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat kita,” katanya pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini , Selasa.

Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema “Bahasa Jiwa Bangsa” itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelbagai acara yang dianjurkan sepanjang bulan ini memberikan kesempatan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan.

“Kerajaan juga akan memperkenalkan Anugerah Tokoh Ilmuwan Negara mulai tahun depan sebagai satu pengiktirafan kepada ilmuwan negara yang memberikan komitmen dalam usaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi,” kata Muhyiddin.

Katanya anugerah tersebut akan disampaikan kepada penerima yang layak sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata keyakinan terhadap keupayaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan adalah berasaskan kepada bukti bahawa keluaran sistem pendidikan sedia ada yang berteraskan pendidikan bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi pemangkin kepada kemajuan negara selama ini.

“Persepsi bahawa bahasa kebangsaan tidak berupaya untuk menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan merupakan tanggapan yang meleset,” katanya sambil merujuk kepada pelaksanaan dasar baru dalam sistem pendidikan bagi memartabatkan bahasa Malaysia disamping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

“Kita perlu sedar bahawa jika bahasa kebangsaan kita tidak lagi menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, lama kelamaan bahasa kita akan hilang kepentingannya, tidak lagi relevan dengan keperluan semasa dan akhirnya akan pupus,” katanya.

Muhyiddin meminta institusi pengajian tinggi, agensi pelaksanaan dasar bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan ilmuwan berkerjasama menghasilkan lebih banyak karya ilmiah dalam bahasa kebangsaan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dan bermutu tinggi.

Di samping itu, katanya, usahasama strategik dengan masyarakat penutur bahasa Melayu di Indonesia, Brunei dan Singapura boleh diwujudkan untuk menyemarakkan lagi penggunaannya sebagai bahasa ilmu.

Beliau berkata ada peluang yang baik untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam lingkungan yang lebih luas berikutan kedudukan bahasa Melayu pada tempat kelima sebagai bahasa utama dunia dengan bilangan penutur seramai 300 juta orang pada masa kini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang padu kepada program Bulan Bahasa Kebangsaan untuk mempopularkannya.

Walaupun Sarawak memperjuangkan bahasa Malaysia lebih lambat dibandingkan di Semenanjung, beliau berkata ia telah menjadi satu kaedah penyatuan bagi masyarakat berbilang kaum di negeri ini, yang mempunyai pelbagai loghat dan bahasa.

–BERNAMA

475,182 Calon Peperiksaan PMR Bermula Rabu
Seramai 475,182 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula Rabu sehingga 13 Oktober.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini daripada jumlah itu 442,611 orang merupakan calon sekolah bantuan penuh kerajaan, calon swasta (13,561), calon persendirian (338), calon MRSM dan Sekolah Perintis Tentera (4,150), Sekolah Agama Rakyat (1,288) dan Sekolah Agama Negeri (13,234).

Selangor merupakan negeri yang mencatatkan jumlah calon paling ramai iaitu 77,826 orang manakala Labuan mencatatkan jumlah calon paling sedikit iaitu 1,154 orang.

Seramai 28,028 petugas akan mengendalikan peperiksaan itu di 3,496 pusat peperiksaan di seluruh negara dan bagi mempastikan kelancarannya semua calon dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan.

Semua calon juga dinasihati supaya sentiasa merujuk jadual peperiksaan dan membawa kad pengenalan dan borang perakuan calon masing-masing ketika berada di dewan peperiksaan.

Ibu bapa diminta sentiasa menasihati anak-anak supaya mengikuti garis panduan kesihatan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi menggelak penularan virus selesema A H1N1.

Sepanjang tempoh peperiksan Bilik Gerakan PMR akan beroperasi dari 6.45 pagi hingga 7 malam dan ianya boleh dihubungi menerusi talian 03-88893601/3809/3582/3520/3551/3030/3095.

– BERNAMA

Program Baru Latih Graduan Dan Penganggur
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mewujudkan program baru bagi melatih graduan dan penganggur, kata Menteri berkenaan Datuk Dr S. Subramaniam.

“Sedia maklum Rancangan Malaysia ke-10 akan bermula Jun depan, maka rancangan baru untuk latihan akan bergantung kepada bajet baru,” katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan sijil kepada 25 orang peserta Kursus ‘Indian Restaurant Operation’ di sini ,Rabu.

Terdahulu, ketika berucap Dr Subramaniam berkata kerajaan membelanjakan hampir RM400 juta untuk menjayakan program-program latihan kemahiran bagi memastikan golongan belia terutamanya yang tidak berpendidikan tinggi mendapat peluang pekerjaan.

“Dengan adanya program seperti ini golongan belia yang tidak mempunyai pencapaian pendidikan tinggi mempunyai jalan alternatif untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang kemahiran, seperti membaiki kereta, membaiki kapal terbang, penyajian makanan, industri katering dan lain-lain,” katanya.

Mengenai skim latihan dan penempatan pekerjaan yang dianjurkan kementerian sejak Jun tahun ini, beliau berkata kira-kira 23,000 orang memohon untuk mengikuti program itu.

Beliau berkata daripada jumlah itu 8,000 orang sedang menjalani latihan dalam industri-industri tertentu manakala baki 15,000 permohonan sedang diproses.

– BERNAMA

Bicara Akademia: Pengaruh media
UNSUR media dalam pendidikan tidak boleh dipisahkan. Masing-masing mempunyai hubungan rapat dan saling lengkap melengkapi.

Walaupun dalam sistem pendidikan negara tidak mempunyai mata pelajaran media secara khusus namun unsur berkenaan boleh diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Kini proses P&P menjadi lebih berkesan, canggih dan mudah difahami. Komputer dilengkapi sistem bunyi serta kamera membolehkan guru menerangkan sesuatu topik dengan lebih jelas.

Kecanggihan itu menyuntik semangat serta perhatian murid untuk terus mengikuti sesuatu pengajaran, selain mewujudkan proses pembelajaran dua hala.

Menyedari pentingnya peranan media dalam proses pembelajaran harian. Menjadi tanggungjawab semua pihak terutama pelaksana dasar memastikan kemudahan media digunakan secara optimum dalam menarik minat pelajar di kelas.

Sebagai contoh, bagi mata pelajaran sains, setiap pengenalan mahupun penerangan mengenainya boleh dilaksanakan secara lebih berkesan menerusi media.

Unsur media boleh diterapkan menerusi sistem pendidikan sedia ada dengan mengambil kira aktiviti pengiklanan, pengucapan awam, penerbitan dan penyiaran. Semua kegiatan itu memberi peluang pelajar meneroka sesuatu yang baru untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama.

Sebagai contoh menerusi pengucapan awam, pelajar dapat panduan berkesan berhadapan dengan khalayak dengan penuh yakin. Ini boleh dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti seperti ucapan dan syarahan.

Begitu juga nilai kreativiti yang ditonjol menerusi pengiklanan. Aktiviti sedemikian memberi peluang pelajar meneroka sesuatu yang baru, sekali gus memberi ilham mereka untuk berfikir secara kreatif dan inovasi.

Semua usaha ini penting kerana media sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian. Malah ia membangkitkan inspirasi kepada individu untuk meneroka ilmu baru.

Berhadapan dunia tanpa sempadan, menjadi tanggungjawab semua pihak terutama ibu bapa dan guru menangani masalah penyalahgunaan media di kalangan pelajar. Pendidikan serta panduan awal penting supaya mereka dapat berfikir mengenai baik dan buruknya pengaruh media.

Pendedahan awal penting kerana pelajar dapat melihat kegunaan media dan mengoptimumkan penggunaan dengan mengambil yang baik dan membuang jauh perkara negatif.

Sejak kebelakangan ini, pelajar menjadikan media sebagai saluran alternatif melakukan aktiviti tidak berfaedah termasuk melayari laman web tidak sesuai dengan usia hingga terikut-ikut dengan perwatakan negatif hingga menjejaskan prestasi dan imej mereka.

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku jika pelajar didedahkan lebih awal mengenai kebaikan yang perlu dijadikan panduan dan keburukan untuk dihindari.

Sebelum ini sudah ada cadangan supaya pendidikan media diperkenalkan di sekolah, bagaimanapun ia tidak dilaksanakan kerana jumlah mata pelajaran sedia ada sudah banyak dan membebankan pelajar.

Bagaimanapun pendidikan itu boleh dilaksanakan dengan hanya menyelit unsur media dan komunikasi dalam mata pelajaran sedia ada. Guru perlu kreatif mengaitkan sesuatu topik dan hubungannya dengan media.

Malaysia kini memiliki lima juta pelajar dengan lebih 350,000 guru yang begitu dedikasi menjalankan tugas. Mereka boleh memanfaatkan kemudahan peralatan komunikasi antaranya komputer dan internet dalam menerapkan unsur media dalam proses pengajaran.

Kaedah pengajaran secara kreatif dan inovatif mampu melahirkan generasi muda yang lebih seimbang dan mampu menganalisis sesuatu isu serta boleh bertindak secara rasional apabila berhadapan dalam kesulitan. -BH