Sabahdaily » perlis

UMNO Perlis Bergolak: Shahidan kutuk MB?
Umno Perlis terus dilanda krisis berterusan apabila mantan Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim mengutuk Pengerusi Umno Perlis ketika ini iaitu Mohd Isa Sabu.

Shahidan Kasim bukan sahaja mengutuk bosnya di negeri itu sebagai penipu, tetapi turut melabelkannya sebagai penzalim dan Otak Sedut kerana mensabotaj kehadirannya sempena lawatan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin semalam.

Berikut ialah antara kenyataan Shahidan yang boleh dilihat secara jelas di laman sosial facebook.com. di sini.

1. “Depa (mereka), kerajaan negeri suruh saya tunggu disimpang 4, untuk menyambut tpm (Muhyiddin Yassin) .Tiba2 mereka ubah laluan dan tpm turun ditempat lain.. saya tak tau arahan siapa..tak mungkin tpm, tak mungkin polis.. tapi bertanggung jawab.. rakyat benci penipuan dan mungkir janji macam ini.. Tapi benda besar mereka bolih tipu, tentula benda yg kecil ini perkara biasa saja.. PENIPU”

2. “Orang2 Umno dan BN tunggu tempat lain,tapi puak Md Isa bawa Tpm turun tempat lain.. Saya bawa juga Tpm ketempat org ramai yg sedang menunggu.. mereka adalah orang umno,bn dan rakyat, beribu yg menunggu.. Tpm hanya jumpa separuh saja.. Sian org2 umno dan bn .. saya pohon maaf kepada rakyat semua sebab semua usaha baik saya tidak dapat diterima olih puak2 penipu dan penzalim..”

3. “kerajaan negeri juga tidak sediakan jamuan dlm gerai untuk tpm..tiada ada meja,kerusi.. maka saya tergesa gesa minta tolong kawan2,sediakan tempat makan ..p beli makanan serta merta di gerai gerai berdekatan.. saya tanya mb kenapa buat macam ni kat saya.. jawapan mudah.. tak tau.. laluan ditipu, makanan tak disediakan.. akhirnya kita sediakan juga untuk rakyat jelata..saya halalkan… mereka harus jawab kenapa SABOTAJ”

4. “Saya tanya polis traffic, kenapa ubah laluan, mereka pun dapat arahan dari atas.. kalau saya tau nak tipu rakyat macam ini, maka saya tak perlu ajak org ramai datang… takut kalau ada banner2 yg tak sokong kepinpinan..maka siapakah yg berhak buat keputusan tukar laluan? saya akan tanya dato Hishamuddin, mengenai perkara ini kerana menipu rakyat dilarang olih ds.najib…”

5. “Majlis dgn bn tengah hari tadi ramai yang bukan jawatankuasa hadir terutama dri bhagian kangar”

6. “Otak selut sungguh, ketua bahagian Arau mereka tipu tapi mereka dengar pandangan dari seorang yg bukan jawatankuasa bahagian.. ts muh..menyeru perpaduan diujudkan..adakah atas dasar kezaliman ?”

7. “Tpm kena tau perkara ini..harap2 tpm tak “makan sebelah”.. kalau dia makan sebelah, dengar cakap md isa saja ,maka sianlah kat puak2 umno.. sudah jatuh ditimpa tangga”

8. “pemandu kereta ts muh. memang nak pergi ketempat yg ditentukan, tetapi bodyguard mb minta ubah tempat… Arahan siapa? siapakah yg kurang adat menipu rakyat? siapa?  -erapakatan

UMNO Perlis terus bergolak
Umno Perlis semakin bergolak kerana ramai ahli parti itu termasuk di kalangan Pemuda bersedia meninggalkan parti kerana mendakwa kebanyakan mereka “berasa tertipu” dengan permainan politik Perlis sekarang bawah barisan kepemimpinan baru sejak Mac tahun lalu.

Bekas ketua penerangan Umno Perlis berkata, “Respons awal ialah mereka akan meneliti perkara itu dan sedia bersama saya. Mereka berkata kalau Datuk Hashim lompat, mereka akan lompat juga,” kata Datuk Hashim Suboh hari ini.

Beliau juga mendakwa, ketua penerangan Umno negeri yang baru Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad “tidak pandai menjalin hubungan dengan orang lain”.

Katanya, keadaan ini boleh menjejaskan imej parti terutama ada kumpulan yang tidak senang dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seru Md Isa Sabu.

“Umno Perlis menjadi kacau bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Radzi di sebuah akhbar hari ini yang menganggap laporan di internet bahawa ramai ahli Umno Perlis menyertai pembangkang adalah “gimik politik murahan demi meraih populariti peribadi sebagai membantah kepemimpin Umno negeri”.

Orang kanan bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim itu juga kecewa dengan dakwaan Radzi bahawa laporan media bahawa ramai ahli Umno Perlis telah dan akan menyertai pembangkang “didalangi oleh individu tertentu yang mensabotaj parti ketika kempen pilihanraya umum tahun lalu”.

Hashim menambah, untuk membuktikan dakwaan tersebut benar atau tidak, ahli parlimen Kangar perlu bertemu dengan mereka yang berpaling tadah.

“Tanya mereka sendiri mengapakah mereka keluar Umno. Jawabannya, kerana (mereka) meluat dengan Radzi,” katanya.

Perlis: 1000 ahli UMNO sertai PKR..?
Difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR.

Tindakan ahli-ahli Umno itu didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Namun ketika dihubungi, seorang pemimpin Umno bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya.

Beliau juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar Umno selepas selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April lalu.

“Mereka buat (keluar) secara terbuka,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada bekas pemimpin Umno itu mempunyai masalah dengan Dr Md Isa, beliau berkata: “Saya tak tahu”. -Malaysiakini

Umno Salah Pelabuhan Dan Destinasi
Shahidan dengan Mat Isa nampaknya sedang berkeris semula. Sebelum ini mereka pernah berkeris tetapi berhenti sekejap untuk memamah ‘pinang semangat’. Mereka menyambungnya semula setelah semangat mereka pulih. ‘Pawang’ yang membekalkan mereka pinang semangat itu namanya Najib.

Kalau keris pemuda Umno namanya Keris Panca Warisan, saya tak pasti pula apa nama keris ‘orang tua’ Umno. Shahidan dan Mat Isa tak guna keris pemuda sebab mereka sudah tua. Silat mereka pun cara orang-orang tua juga. Berpencak daripada jauh. Shahidan berpencak daripada Tambun Tulang, Mat Isa pulak daripada Bintong. Kadang-kadang seorang di Kangar dan seorang lagi di KL.

Shahidan memang tidak puas hati Mat Isa jadi MB. Pada masa itu dia Pengerusi Perhubungan Umno Perlis. Bagi Shahidan, sepatutnya dia yang jadi MB sebab dia orang nombor satu Umno Perlis, tapi tak jadi kerana ‘tipu muslihat pihak tertentu’.

Umum mengetahui pihak tertentu yang dimaksudkan Shahidan itu ialah ‘istana Perlis’. Maknanya Shahidan nak kata, dia tak jadi MB kerana campur tangan dan silap mata istana Perlis. Nampaknya Shahidan sudah menyembah derhaka? Awas Shahidan!

Dulu, Shahidan orang nombor satu Umno Perlis tapi tak jadi MB. Sekarang Mat Isa jadi MB tapi tak jadi orang nombor satu Umno Perlis. Kalau ibarat kereta, Mat Isa letak kaki di pedal minyak, Shahidan pegang tombol gear. Mat Isa nak perderas kereta, Shahidan tak masuk gear. Bila Shahidan masuk gear, Mat Isa tak tekan minyak pulak. Kereta tak bergerak ke mana-mana.

Masing-masing lawan jerkah. “Tekan minyak la…”, kata Shahidan. “Masuk gear la…”, kata Mat Isa.

Shahidan kata, “Isa, hang tak layak bawa kereta ni…, aku dah bawa lama dah”. Mat Isa kata, “Kereta ni raja bagi dekat aku…, hang turunlah”.

Bagi Mat Isa dia patut jadi orang nombor satu Umno Perlis sebab dia MB. Shahidan pula tak mahu serah dekat Mat Isa, bagi dia, dia lebih layak daripada Mat Isa.Kalau nak ganti, hanya Muhyiddin yang layak ganti tempat dia. Huh…, Shahidan setaraf Tim Pres Umno laaa!

Shahidan macam ayam gila seron. Dia rasa dia masih MB Perlis. Shahidan masih rasa dia hebat dan dia rasa hanya dia yang layak dan tahu mentadbir Perlis. Tapi, Shahidan lupa, ada kuasa yang mengatasi kuasa dan kehendak dia. Di kalangan makhluk kuasa itu ialah istana.

Macam mana ‘istana Perlis’ tak sudi Shahidan jadi MB, dan dia gagal jadi MB, maka macam itu juga nasib dia sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis. Kalau Najib bagi kepada Mat Isa, Shahidan tak boleh buat apa pun. Paling kuat pun dia boleh sepak atau terajang pintu pagar pejabat Najib saja. Itu pun kalau dia berani.

Nasib Shahidan sebagai MB duduk di tangan istana, nasib dia sebagai orang nombor satu Umno Perlis pula duduk di tangan ibu pejabat Umno. Tak taulah pula kalau-kalau Shahidan ada keris Taming Sari yang mampu ‘menewaskan’ Najib atau Mat Isa dengan keris itu?

Bagi saya, dari segi perangai Mat Isa lebih baik daripada Shahidan. Saya kenal Mat Isa macam juga saya kenal Shahidan. Mat Isa leboh ‘cool’ berbanding Shahidan. Shahidan pula ‘isim’ semacam. Cuma hebat Shahidan yang orang selalu bercakap ialah, dia banyak duit. Di sini Mat Isa kalah. Bab duit, tiada orang Umno Perlis yang mampu lawan Shahidan.

Shahidan dan Mat Isa orang besar Umno. Merekalah yang mencorakkan wajah Umno. Inilah wajah pemimpin Umno dan wajah Umno pimpinan Najib kini. Dan inilah wajah Umno dulu, kini dan (mungkin) selamanya.

Umno tak akan berubah, tak mampu berubah, tak boleh berubah, tidak ada peluang berubah, kalau pertempuran seperti pertempuran Mat Isa dan Shahidan masih berlaku. Berlaku pula dikala Umno sedang berdendang untuk berubah. Tunggulah bila dendangan semakin sayup kedengaran, pada waktu itu ‘perubahan’ juga semakin menjauh ditelan angin.

Mengapa ini semua berlaku kepada Umno?

Saya katakan begini, “Sebab Umno bertolak daripada pelabuhan yang salah dan menghala ke destinasi yang salah”.

Apa pelabuhan dan destinasi itu? Orang Umno fikirlah sendiri.

-http://bongkarsauh.blogspot.com

Kenapa SU MB Perlis letak jawatan..?
Setiausaha politik menteri besar Perlis, Ameir Hassan telah meletak jawatan berkuatkuasa 30 Mac lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ameir berkata, beliau menghantar surat peletakan jawatan itu pada 27 Februari lalu.

Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Mohd Isa Sabu.

Sebaliknya, kata Ameir, beliau meletak jawatan kerana ingin kembali aktif dalam bidang guaman.

“Umno Perlis berada dalam keadaan mantap, bersatu dan tiada sebarang perpecahan,” katanya.

Ameir juga menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau merupakan penyokong bekas menteri besar, Datuk Shahidan Kassim.

“Sebaliknya, saya ingin bertanding mencabar beliau bagi jawatan ketua Umno Arau tetapi malangnya saya tidak cukup kuota,” katanya.

Lagi pula, katanya, kalau hendak menyokong Shahidan, sepatutnya ketika beliau menjadi menteri besar kerana banyak faedahnya.

Bagaimanapun, ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh mendakwa Ameir meletakkan jawatan kerana tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau mendakwa, Ameir juga berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan Umno Perlis.

“Ameir pernah menyatakan beliau tidak puas hati dengan beberapa pemimpin Umno termasuk menteri besar,” dakwa Hashim.

Bagaimanapun, Ameir ketika diminta mengulas dakwaan Hashim itu berkata, sesiapa sahaja berhak membuat spekulasi.

“Saya tidak dapat menutup mulut mereka,” katanya.  -Malaysiakini

Umno Perlis kata rakyat muak dengan Umno…
Rakyat, khususnya orang Melayu, kini muak dengan Umno kerana parti itu gagal menyelesaikan masalah dalamannya sehingga gagal memainkan peranan membantu orang Melayu, kata .

Timbalan Pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abdin.

Katanya, keadaan itu mendorong orang Melayu mengalihkan sokongan kepada pembangkang, terutama PAS dan PKR.

“Orang ramai kini melihat Umno sedang menghadapi pelbagai masalah,mahathir subang airport 220706 zahidi zainal abidinbukan sahaja di peringkat bahagian, tetapi juga di peringkat badan perhubungan.

“Berbanding dengan parti pembangkang, mereka bertindak menyelesaikan masalah mereka dengan segera.

“Oleh kerana itu, mereka lebih percaya kepada pembangkang sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu Sabtu lalu,” katanya.

Zahidi berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.

Tidak yakin Umno

Wan Ahmad Farid kalah kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 30,252 undi manakala lawannya itu mendapat 32,883 undi.

Manakala calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya mendapat 193 undi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.

Ketika mengulas kekalahan tersebut, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemimpin Umno kurang mesra rakyat.

Manakala Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, Umno sudah kehilangan daya penarik khususnya kepada pengundi muda.

Mengulasnya, Zahidi yang juga ketua Umno bahagian Padang Besar, Perlis berkata, apa yang berlaku sekarang ialah rakyat telah kurang keyakinan kepada Umno untuk menyelesaikan masalah mereka.

Tarik sokongan Melayu

“Bukan kerana pemimpin tidak mesra. Tetapi masalah dalaman ini tidak pernah selesai… bayangkan masalah semasa pilihanraya umum lalu belum selesai, begitu juga dengan masalah yang berlaku dalam mesyuarat perwakilan bahagian November lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, Umno perlu memikirkan bagaimana untuk menarik semula sokongan orang Melayu dalam pilihanraya umum akan datang.

Kini, katanya, orang Melayu tertanya-tanya adakah Umno telah melakukan yang terbaik untuk mereka.

“Jika kita tidak melakukan apa-apa untuk menarik sokongan Melayu, tidak mustahil kita akan kalah lebih teruk dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Syukur yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Selangor berkata, ahli Umno perlu mengukur diri adakah mereka benar-benar melakukan yang terbaik untuk parti.

Katanya, kalau mereka gagal menyakinkan orang Melayu, bagaimana mereka hendak menyokong Umno.

-Malaysiakini

Shahidan Kassim hentam Sime Darby..?
“Sime Darby tidak menyerlah dalam NCER” begitulah tajuk utama yang terpampang dalam muka surat dua akhbar Utusan Malaysia (Sabtu 27 Disember).

Tajuk berita itu melaporkan rasa kurang senang mantan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Pak Lah) berkaitan Wilayah Ekonomi Koridor Utara atau NCER.

Shahidan dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau melihat penglibatan Sime Darby yang membabitkan NCER tidak begitu menyerlah berbanding syarikat-syarikat besar dalam koridor lain seperti Khazanah Nasional Berhad dan Petronas.

Itu kata atau dakwa Shahidan. Persoalannya adakah kebenaran dalam tuduhannya itu dan adakah ia melibatkan kepentingan politik membabitkan Shahidan sendiri?

Kenapa kita tidak dengar rungutan atau rasa kurang senang terbit daripada pihak-pihak berkuasa di Kedah, Pulau Pinang mahupun Perak dan juga pentadbiran negeri Perlis itu sendiri? Kenapa pula Shahidan yang melenting?

Gambar : Tun Musa Hitam, Pengerusi Sime Darby

Peranan Shahidan, itupun jika ada, selaku Penasihat Khas kepada PM tidak lebih daripada satu simbolik politik kerana ia tanpa kuasa dan tanpa taring. Shahidan tidak dilantik menduduki agensi pelaksana projek NCER iaitu Northern Corridor Implimentation Agency (NCIA). Maka tiada peranan dalam pelaksanaan projek.

Jika Shahidan kata dia adalah perantara antara NCER dengan Perdana Menteri, dia jelas silap besar. Perdana Menteri tidak perlu sebarang perantara kerana PM adalah pengerusi NCIA, badan pelaksana projek. Apa perlu perantara jika PM sendiri terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek?

Sebenarnya, Shahidan ada kepentingan dalam satu-satunya projek NCER yang dirancang untuk Perlis, iaitu Pusat Benih Negara. Pembabitan Shahidan adalah melalui pelan asal untuk melaksanakan projek itu di Kampung Sentua, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang yang diwakili oleh Shahidan.

Dengar kata, oleh kerana masalah membabitkan kelulusan tanah, maka NCIA memutuskan untuk memindah projek itu ke Bukit Tangga di Kedah. Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PAS memberi kerjasama penuh dan baik kepada NCER.

Oleh itu, Perlis atau lebih tepat Shahidan atas sifatnya selaku Penasihat Khas PM kehilangan satu-satunya projek NCER. Kehilangan projek itu, jika benar, sudah tentu mengaibkan Shahidan dan Ahli Parlimen Arau yang turut merangkumi Tambun Tulang, iaitu adiknya Ismail Kassim. Rakyat Perlis sudah tentu akan bertanya bagaimana satu-satunya projek NCER di negeri yang dikenali sebagai Indera Kayangan itu boleh terlepas sedangkan dua orang kuat mereka, Shahidan dan adiknya Ismil, adalah wakil rakyat (Dewan Negeri dan Dewan Rakyat) kawasan itu.

Shahidan tidak seharusnya mempersalah atau mempersoalkan kewibawaan pihak lain semata-mata kerana gagal mempertahankan projek berkenaan dan Shahidan mesti akui bahawa dia tiada kuasa dalam NCER kerana dia tidak terlibat dalam NCIA.

Kedudukan Shahidan selaku Penasihat Khas PM juga akan berakhir Mac tahun depan jika dia mematuhi konvensyen dan pendirian politik sebenar. Ini kerana orang yang melantiknya akan bersara pada Mac 2009 dan mengikut konvensyen semua pelantikan yang dibuat berbentuk “khas” seperti Penasihat-Penasihat Khas Agama, Ehwal Luar, Wanita dan NCER mesti meletak jawatan serentak. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian ia menandakan bahawa mereka mengutamakan kepentingan peribadi.

Shahidan mesti meletak jawatan selaku Penasihat Khas kepada PM berkaitan NCER apabila Pak Lah letak jawatan. Kita ingin lihat sama ada Shahidan seorang “gentleman” atau tidak apabila Pak Lah letak jawatan.

Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin tidak memerlukan penasihat atau dia mungkin ada calon lain untuk mengisi sebarang kekosongan yang difikirkan perlu.

-KudaRanggi

Raja Perempuan Perlis mangkat
Raja Perempuan Besar Perlis, Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, mangkat di Hospital Kuala Lumpur pada 3.47 pagi tadi.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengumumkan kemangkatan bonda Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu melalui stesen Radio Malaysia Perlis sebentar tadi.

BELASUNGKAWA: Tengku Budriah dalam kenangan

Almarhum adalah Raja Permaisuri Agong yang ketiga antara 1960 dan 1965 dan menjadi Raja Perempuan Perlis bermula 1945 sehingga kemangkatan almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2001.

Jenazah almarhum diterbangkan dari lapangan terbang Subang ke Alor Star dan dibawa ke Istana Arau untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir bermula tengah hari ini sebelum disemadikan di Makam Diraja Arau selepas solat Asar.

Md Isa berkata, bagi menghormati kemangkatan itu, bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini dan semua acara keramaian dan berbentuk hiburan ditangguhkan.

Raja Perempuan Besar Perlis Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, yang mangkat di Hospital Kuala Lumpur hari ini, merupakan seorang kerabat yang amat disenangi rakyat.

Baginda adalah cucu kepada Raja Pattani (Thailand) yang terakhir dan menjadi Raja Perempuan Perlis bermula 1949 serta Raja Permaisuri Agong ketiga bermula 1960.

Almarhum Tengku Budriah dilahirkan pada 28 Mac 1924 di Kuala Krai, Kelantan, dan mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu dan Inggeris di Kuala Krai sebelum melanjutkan pelajaran di Anglo-Chinese Girls’ School di Ipoh, Perak.

Semasa di alam persekolahan baginda gemar bermain badminton dan hoki dan mencebur diri dalam kegiatan Pandu Putri selain berminat dalam kegiatan menjahit, memasak dan gubahan bunga. Di masa lapang, baginda turut menunggang kuda.

Ketika berusia 17 tahun, Tengku Budriah bertemu jodoh dengan Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ketika itu bergelar Bakal Raja Perlis dan hasil perkongsian hidup mereka, pasangan diraja itu dikurniakan lima orang putera dan lima puteri.

Seorang daripada puteranya ialah Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang kini Raja Perlis dan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-12 dari 2001 hingga 2006.

Seorang lagi puteranya, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail, pula terlibat dalam politik dan kini menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pauh dan dilantik seorang anggota exco kerajaan Perlis.

Semasa hayat baginda, Tengku Budriah amat mengambil berat kegiatan sukarela, dan pada 1950, baginda menyertai pasukan Pandu Puteri Tanah Melayu ke Jambori Pandu Putri di Australia.

Semasa menjadi Raja Permaisuri Agong, Tengku Budriah menjadi Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Perkumpulan Perempuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi penaungnya.

Sebagai wanita yang prihatin terhadap bidang pendidikan, nama baginda diabadikan di beberapa institusi ilmu dan kebajikan termasuk Sekolah Kanak-kanak Cacat Tengku Budriah dan Taman Didikan Kanak-kanak Tengku Budriah yang kedua-duanya terletak di Kuala Lumpur selain pada Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Budriah di Arau dan Taman Asuhan Darulfarah Tengku Hajah Budriah di Kangar.

Almarhum sentiasa merendah diri malah ketika kunjungan wartawan Bernama ke Istana Kenangan Indah untuk satu wawancara pada 2001, baginda begitu mesra dan banyak bercerita tentang pengalaman hidupnya.

Kisah di zaman pendudukan Jepun sentiasa segar dalam ingatan baginda kerana zaman itu menyebabkan baginda sekeluarga diketepikan sehingga terpaksa kembali ke Kelantan.

Bagaimanapun setelah Jepun menyerah kalah pada 1945, baginda sekeluarga pulang semula ke Perlis dengan menaiki kereta api hingga ke Padang Besar.

Dari Padang Besar, baginda sekeluarga menaiki kereta api troli yang ketika itu lebih dikenali sebagai “gek-gek” yang ditolak dengan tenaga manusia sehingga ke stesen Bukit Keteri kerana ketika itu tiada perkhidmatan kereta api antara Padang Besar dan Arau.

Dari stesen Bukit Keteri, baginda dan keluarga dibawa ke Istana Arau untuk proses pelantikan Tuanku Syed Putra Jamalullail sebagai Raja Perlis.

Ketika bergelar Raja Perempuan Besar Perlis berikutan kemangkatan almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 16 April 2000, Tengku Budriah lebih gemar memenuhi ruang waktunya dengan menziarahi rakan-rakannya yang sakit atau berkunjung ke dusun durian baginda.

Almarhum juga menerima banyak menghadiri majlis rasmi tertentu semata-mata ingin bertemu rakyat dan rakan-rakan. — Klpos

Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu – Shahidan
KANGAR — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan.

“Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu,” kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.

“Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka,” kata Shahidan yang ditemui pada majlis penutup Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Perlis 2008 dan Kejohanan Lumba Basikal Wanita Piala Presiden di sini hari ini.

Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

Baru-baru ini Zaid mendakwa konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara. – Bernama

Lagi pergaduhan di SMK Perlis
Selepas kejadian pelajar perempuan tingkatan dua menendang seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini Khamis lalu, insiden pergaduhan melibatkan pelajar tercetus lagi di sekolah sama semalam.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, pihak sekolah terpaksa meminta bantuan polis bagi meleraikan pergaduhan yang berlaku di belakang bangunan sekolah tersebut.Kumpulan pelajar yang bergaduh enggan mendengar arahan guru supaya berhenti bergaduh.Ekoran kejadian itu, beberapa ibu bapa dan penjaga pelajar terbabit bergegas ke sekolah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah berkata, pihaknya menghantar beberapa anggota polis selepas menerima laporan mengenai pergaduhan yang tercetus.

Menurut beliau, selepas kehadiran beberapa anggota polis, pergaduhan itu dapat dikawal.

Yusof memberitahu, ekoran kejadian itu beberapa pelajar yang terlibat dalam pergaduhan itu telah dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.

– www.isuduniamelayu.blogspot.com

Oleh Isu_Malaysia